Thursday, February 21, 2013

Migraine


Pesal malas sangat nak update blog pun tak tau.
Punyala azab nya pemalas.
Tapi salah satu faktor nya badan tak sihat, kepala weng sangat.
Sakit kepala, badan, tangan kiri, sakit urat mata, nak jeling jegil mata kat Ahmad pun sakit.


Doktor kata simptom migraine dan prescribed ubat untuk migraine.
Masa tu doktor tanya "Awak stress ke ni? Banyak sangat ke kerja awak? Awak ni kerja ke belajar? Awak ni kerja apa ni? Cikgu? Ke awak medical student


Andaian:

1. Kerja cikgu stress. Dengar kawan-kawan cikgu banyak kerja pentadbiran sekarang ni. Pukul 6 petang baru dapat balik tengok muka anak. Dari pepagi yang keluar rumah tu petang baru balik? Kadang-kadang Sabtu Ahad pun kena gi sekolah. Just imagine their total working hours a day. Er..boleh ngadu jabatan buruh tak? hehe..Simpati kat dorang. Harap adala tindakan kerajaan untuk perbetulkan keadaan yang not healthy ni.

2. Muka ambe awet muda sebab macam muka student.. keh keh

3. Mulut ambe banyak tanya sangat sampai doktor teringat houseman dia kut.


Fakta:

1. Takde maknanya stress. Ni sebab banyak sangat consume caffeine ni. Kopi memanjang.  Maybe caffeine intake dah melampaui batas-batas norma kehidupan seorang manusia normal. Iye, ambe dah abnormal. So, bukan lah sebab stress, tapi sibuk tu adalah jugak.

2. Awet muda hapenya. Kedut dah bertambah dah ni hah. "Cuba teka, umur akak berapa?" "Ermm...35?" Alaaa...sentap!

3. Banyak sangat tanya sebab penakut jumpa doktor. Sekali jumpa haruslah tanya macam-macam. Segala benda keluar. Susah kalau nak ulang alik jumpa. Alang-alang tanya je semua yang kita dah gugel sebelum jumpa doktor tu..hihihi 



5 comments:

Cho Zila said...

oklertu der chance lagi orang kata student.. cikgu skrg mmg stress yerk.. kesian lak ... emak akak sampai sekarang tak puas hati akak tak nak jadi cikgu!!!

wahida said...

nasib baik aku x jadi cikgu...kalau x, aku pun stress sama...hahaha...

Kakzakie said...

Kalau bergelar pendidik tak kiralah di sekolah, rumah, IPT dan mana-manalah institusi memang mencabar sekarang tak macam dulu... itu yg boleh buat migrain..

Sharinginfoz said...

Memang tension bila migrain ni

Tihara said...

kita sebaya kut ...
take care ey mira :)