Thursday, March 14, 2013

Setahun Arissa Rifhana



11 Mac 2013.
Arissa Rifhana dah setahun.
Ni lagi seorang, rasa macam cepat sangat besarnya.



Arissa Rifhana hari pertama menjenguk dunia.


 


 

Arissa seminggu.


 
Cik Iecha yang suka bebel-bebel.
Suka jerit-jerit.
 

Gambar sambut birthday Arissa tak sempat nak di upload lagi.
Sambut kecil kecilan aje mengenangkan birthday Adik jatuh hari bekerja.
Beli sebiji kek dan hadiah aje.
Dan jemput makcik dan pakcik Arissa datang rumah.

Arissa Rifhana ni kalau tengokkan lebih 'berjiwa kental' daripada Abam.
Abam sensitip orangnya.
Adik jatuh nangis sikit je.
Suka memanjat pulak tu.

Baru baik demam.
Demam nak masuk umur setahun la tu.
Tak pun demam nak tumbuh gigi.

Adik Iecha masih minum susu ibu sepenuhnya.
Syukur alhamdulillah walaupun mama struggle nak increase kan production.
Walaupun mama capek balik kerja tak sempat nak lipat baju, nak masak sedap-sedap, makan tercekik-cekik sebab nak menyusukan awak, tapi mama happy masih berusaha keras nak beri awak yang terbaik, insyaAllah.

Setakat hari ni:
  • Arissa dah pandai memapah tapi belum berjalan sepenuhnya. Kadang-kadang berdiri sendiri. Tapi selalunya kena ada sokongan. No problem, take your time. Berjalan can wait Adik.
  • Arissa pandai 'salam kaup' bila kita cakap 'salam'. Salam kaup dengan dua belah tangan dia macam nak makan tangan kita.
  • Pandai hulur barang cakap 'nah' ke 'dah'.
  • Kalau dengar azan, letak tangan kat telinga.
  • Kalau bunyi bising, tutup telinga dengan tangan.
  • Suka menyengih..gigi dah ada 6 batang. 4 bawah 2 atas. Baik, tak menggeget pun.. : )

Arissa Rifhana, sayang mama,
Selamat ulang tahun kelahiran.
Setahun lepas, 11 Mac 2012, mama bertarung nyawa untuk lahirkan awak, buah cinta mama dan babah yang kedua.
1 atau 2 sama saje dalam ruangan hati mama.
Mama doakan awak semoga jadi anak solehah.
Sihat, cergas dan membesar jadi khalifah Allah yang berjaya dunia akhirat.

7 comments:

Fiza Rahman said...

Happy belated bday Arissa Rifhana. Kejap jer dah setahun kan. Bagusnya...tak menggigit masa BF. Aku ...perghhhh...seriau nak bagi qhalif nenen.

Sama mcm aku gak, tak der stok susu...zero sudah. Hari2 bagi susu fresh.

Anak kedua memang semangat kental lah. Sma mcm kakak qahirah.

Mommy_Cha said...

Happy birthday sayang. moga menjadi anakanda yang solehah di dunia & akhirat kelak.

:)

wan habibah said...

happy birthday baby comel..
n salam kenal....

lydzar DN said...

happy belated bday Arissa :)
Semoga membesar comel ceria sihat dan jelita ye :)

mekchu said...

nama penuh iecha Arissa Rifhana ke? wahhh glamer nya nama dia.. HAPPY 1st BIRTHDAY dear.. semoga jadi anak yg solehah.. amin..

Sharinginfoz said...

comelnya arissa, happy belated b'day

hayati hashim said...

selamat ulangtahun Arissa.. selamat berkenalan jugak :)