Suami dia pergi kursus.
Mulai hari ini hingga hari Khamis.
Nampaknya dia sudah mula termenung.
Sebab sekarang dia berjalan macam penguin.
Hendak mengejar dan melayan kerenah si anak sulung.
Yang kadang-kadang mahu didukung.
Mahu buka peti ais setiap kali ke dapur.
Harus "ditangkap" setiap kali selepas mandi untuk dipakai baju.
Yang tak jemu menonton Boboiboy untuk ke 400 kalinya.
Hendak melayan sakit di sini sana lagi.
Alangkah eloknya kalau dia berani bawa kereta sendiri ke mana-mana.
Dia terasa hendak mengeluh.
Tapi mengenangkan ada insan lain lebih lagi dugaannya.
Arghhh..semputtt
Tuesday, February 07, 2012
Tuesday, January 31, 2012
Dan akhirnya...
...telur ikan telah selamat masuk ke perut saya dengan jayanya..hehe
Terima kasih banyak-banyak untuk suami yang sanggup meredah rimba membelah lautan semata-mata nak mendapatkan telur ikan ni...
Ai terharu yu..sob sob
Makan sambil terasa nak menitis airmata terharu kata kau.
Pastu nak nari-nari ular..heh
Suami beli dengan harga RM7 seekor rasanya.
Dapat beli 2 ekor.
Mula-mula suami sanggup tunggu nelayan kat tepi pantai untuk dapatkan ikan duri ni.
Tapi malangnya masa tu takde musim lagi.
Nasib baik suami dah pesan dengan kawan dia (yang kampungnya dekat dengan laut) untuk dapatkan ikan duri yang ada telur.
Mempersembahkan....telur ikan duri masak pedas masakan suami...!!
Suami ai masak untuk ai yu ols.
Sedap...diri sendiri pun tak pernah makan masakan ni.
Bukan..bukan ai malas yu, tapi incik suami buat surprise untuk ai.
Bila balik kerja je dah ada telur ikan siap dimasak.
Terharu...
See..see..incik suami saya romentik bukan?
Kalah abang Remi Sehak *bukan nama sebenar* dengan Seth Tan..hik hik hik
Subscribe to:
Posts (Atom)