Monday, December 19, 2011

Anak punya birthday, mak yang excited..


Hari Ahad ni birthday Ahmad kan.
Jadi mak bapak nya dalam seminggu ni haruslah sibuk nak mem prepare apa yang patut.
Mula-mula tak mahu celebrate tapi tetiba rasa macam nak celebrate pulak.
Ngengade kan, padehal Ahmad tak dapat nak menghayati pun itu birthday dia.
Mahupun memahami betapa banyak pengeluaran wang tunai di mesin ATM telah dilakukan untuk birthday dia.


Celebrate yang simple-simple jela memandangkan 2 anak buah baru dah selamat melihat dunia.
Adik perempuan Incik Husben lahirkan baby girl 16 Disember 2011.
Beras Biras saya lahirkan baby boy 18 Dis 2011.
Gembiranya bila semua dah selamat.
Tengok baby sangatlah geram.
Bau baby wangiii..
Kita juga yang berdebar-debar menunggu saat-saat ituuu... 


Sebenarnya kalau majlis sambutan harijadi, waktu makan mana yang paling sesuai?
Minum Pagi?
Makan tengahari?
Minum Petang?
Makan Malam?

Friday, December 16, 2011

Apa kejadahnya "Lady Car Wash" tu??


Malam semalam.
Balik kerja pergi makan kat kedai Ayam Penyet Limbongan kat Kota Fesyen MITC.
Dah happy-happy perut kenyang, nak balik rumah.
Lalu kat deret-deret rumah kedai baru kat area MITC.


Tetiba ternampak satu kedai.
Poster/bunting dia tulis "Lady Carwash - We now open".
Pastu siap ada slogan ke tagline ke "We clean it, You see it".


Aku dah macam..hah??!! hah??!! hah??!!
Kejadahnya "See it" tu?
Nak tengok apa..


Tetiba pulak ada terdengar suara buat terbakar darah.
"Abang rasa kereta kita dah lama sangat tak cuci"..
Grrr...


Nantikan hasil siasatan apa kejadah sebenarnya kedai Lady Car Wash tu.
Sebab semalam takde nampak aweks aweks mahupun acik-acik atau aci-aci pun kat kedai tu.
Jeng jeng jeng...kita terjah untuk satu kepastian!!