Wednesday, September 01, 2010

Terbakar Kampung Nampak Asapnya, Terbakar Hati Siapa Yang Tahu..waaaa

Haritu big bos datang. Dengar kata bila Datuk datang, pastu dapat bonus.

Tapi tadi bos kata takde bonus untuk saya. Sedihnya. Bos kata polisi syarikat bonus cuma untuk pekerja yang dah kerja sekurang-kurangnya 10 bulan untuk tahun lepas. Saya join firm ni tahun lepas bulan 6, so, tak sampai 10 bulan la kalau sampai Disember tahun lepas.

Abis tu, kalau takde bonus raya, takde ke jugak duit raya untuk saya boss? Sian la kat saya. Dahla boss "janji manis" bagai, saya dah siap-siap berangan tau..!!

Berangan in advance nak beli kuih raya, baju raya untuk mak kat kampung. Alamatnya, sekian terima kasih jela.

Memang terbakar je rasa hati ni. Penat-penat buat collection, achieve KPI bagai, tapi tak dapat apa pun.

Waaa..sedihnya.


Monday, August 30, 2010

Ikan Bakar Malim

Semalam berbuka di luar..jadi babai jelah sup ayam ngan bubur kacang yang dah siap masak dari petang. Rajin kan..hihi..

Semalam makan kat Restoran Ikan Bakar Malim, MITC Ayer Keroh Melaka.

Lokasi : dekat dengan MITC dan Restoran Naiman.

ikan siakap bakar plus nasik ngan lauk-lauk pilihan hati..
budak puasa yang yok tengah hari bukak periuk, tengah berselera babah suapkan makan time mama tgh lapooo..mujur mama tak zass je nasik Ahmad..hehe 

ikan siakap bakar..memang best la sambal dia ni..taktaula apa resepinya..sungguh masyukk, minum pulak dengan air tembikai (tidak kelihatan di dalam gambar ye..nyorok malu2 sket) 

orang memang penuh satu kedai ni..kena book dulu..

ramai kan kat belakang tu?


ermmm..harini nak makan apa pulak ye??