Tuesday, December 28, 2010

Awasi Anak Anda di Eskalator

Baca berita hari ni dalam suratkhabar? Berita kaki budak cedera tersepit eskalator. Terasa macam nak komen sebab ada di tempat kejadian. Bak kata orang memang  the right time at the right place.

Ahad pukul 9 malam. Kami baru tiba ke situ tak sampai 10 minit. Tengok orang kerumun eskalator. Ingatkan ada orang terjatuh. Tengok-tengok ada budak perempuan dalam darjah 5, tersepit kaki dalam eskalator.

Sila imejin ye, jejari kaki termasuk dalam celah-celah eskalator. Disebabkan eskalator tu sedut kasutnya. Ye, kasutnya. Saya tak berani nak tengok. Ala-ala jengah manja je. Takut pulak nak tengok, kut-kut berdarah ke apa. Maka, Encik Husben pun tolong apa yang patut. Kitorang dua duk diam-diam tolong tengok dari jauh je.

Sian kat budak tu terjerit-jerit sakit. Gila kau kaki masuk celah-celah tu mestila sakit. Adoi..Dekat sejam juga kakinya tersepit baru bomba bleh keluarkan. Paramedik pun dah stand by.

Ditambah pulak dengan drama antara pekerja shopping complex termasuk guards dengan reporter. Iye, reporter sampai situ sangat cepat ok. Ramai pulak tu. Taktau sape yang jadik informer. Dah ada pulak nak bergaduh-gaduh sebab pekerja-pekerja tu tak bagi sesape pun ambil gambar. 

Tak boleh ambil gambar sebab nak jaga nama shopping complex tu atau nak jaga air muka mangsa? 

Wartawan itulah kerjanya. Guard tu pun itulah kerjanya. Kalau tak dapat berita macam ni, wartawan tu mesti kena marah dengan bos dia. Guard tu pun kalau tak jaga gerenti kena sound tak pun terus kena sack.

Apa pun, tolong awas dengan anak-anak ye. Kadang-kadang tengok mak ayah biarkan je anak turun naik main eskalator.

Dan kasut mahal pun tak tentu boleh selamatkan kaki kalau tuan punya kaki tak sayang kakinya sendiri..lol





Tuesday, December 21, 2010

nak cuti...nak cuti

tapi tak boleh nak cuti. hangin satu badan oke. Branch KL yang buat masalah, tak pasal-pasal terpalit sama kat kitorang yang suci kat Melaka ni.

Datuk pun dah keluarkan circular, semua loyer tak boleh cuti sampai bulan 2 tahun depan. Semua cuti kena beku sebab collection tak berapa bagus.

Masa mula-mula keluar memo tu ada la sikit-sikit "termaki" manja "what?..what?..what?" sebab hujung tahun dah plan nak gi bercuti. Maklumlah, cik abang cekgu, mestilah kita nak cuti-cuti Malaysia time cuti sekolah. Time lain susah cekgu nak dapat cuti tau. Bila sekolah cuti, kitorang yang private ni pulak yang susah nak cuti.

Ni rasa macam nak buat cuti sendiri je ni...dah boring dah keje. Rasa macam dah tepu dah kepala otak ni. Menghadap benda yang sama tiap-tiap hari...

nak cuti..nak cuti..nak cuti..nak cuti...*kalau sebut 44 kali boleh cuti kut*