Friday, July 18, 2014

#MH17 ... Tragedi yang tragis...


Allahuakbar...bila mana aje tahu pasal MH17 pagi tadi..Allah...tak tergambar dengan kata-kata. Pedihnyaaa....lukanya rasa. Hilang lagi nyawa. Palestin, Syria...arhhh...episod luka lagi lagi lagi dan lagi..Kenapa Malaysia Airlines? Kenapa Malaysia? Terasa susah nak cerap dan hadam semua teori dan andaian...Allah sahaja yang Maha Mengetahui...

Terus teringat arwah mak. Masa MH370 hilang dalam bulan Mac, arwah mak admitted di Hospital Sungai Siput. Masa dalam wad hari-hari dok tanya "Dah jumpa dah?" "Dah jumpa dah ke?"..Arwah mak orangnya walaupun dah uzur, tak sekolah tinggi tapi sangat hebat tentang berita-berita terkini. Kalaulah mak masih hidup sampai sekarang, mesti mak pun sedih kalau tahu pasal MH17.

Alfatihah..takziah untuk semua keluarga mangsa. Anda insan terpilih, diuji Allah dengan ujian kehilangan sebegitu rupa. Besar hikmahnya.

Damai dan tenanglah wahai roh-roh yang telah dijemput Allah. Moga tenang dalam kesenangan dan jauh dari segala azab di alam sana. Ajal menjemput dalam pelbagai keadaan. Moga kita beroleh husnul qotimah. Pengakhiran dalam kemanisan iman...aminnn...

90 hari pemergian arwah emak. Alfatihah...rindu...

9 comments:

faraherda.razalan said...

Allahuakbar! Speechless. Tatau nak kate apa.

AtieYusof said...
This comment has been removed by the author.
AtieYusof said...

Terkejut sangat! tak terkata.. Salam Takziah buat semua keluarga mangsa, Al-Fatihah.. Ujian bertimpa buat Malaysia..

amirah said...

fara : sama...taktau nak cakap apa. Tambah lagi bila dengar sebabnya ditembak jatuh. Downed at no technical fault but shot. Sedih..

atie: terkejut kan atie...kesian sgt2 yg nak balik beraya..aduiii...kesian kat semualah..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Al Fatihah dan takziah.. semoga keluarga mereka tabah..

Sharinginfoz said...

semoga dipermudahkan segala urusan berkaitan dengan MH17 ni

Kakzakie Purvit said...

Mereka dijemput Allah dibulan yg mulia Amie. Kita ni tak tahu lagi. Ada ketenangan buat mereka yg pergi di bulan ini.

Moga ada bantuan Allah buat umat Islam yg teraniaya di seluruh dunia..

aizamia3 said...

Moga keluarga mangsa kuat dan tabah hendakNYA.

LYAfrina said...

Lya sdri sedih n tkejut sgt dgn apa menimpa mh17.. x dpt bygkn saat kejadian tu.. moga roh arwah y b'agama islam dicucuri rahmatNya

Amin