Dah berapa punya malas daaaa nak update blog. Internet connection ni hah dah sedehhh sangat. Lembab sangat. Nak buka satu satu blog pun makan berzaman. Sebab ramai buat Wordless Wednesday maka kita buat More Word Wednesday la pulok. heh
Melaka ni tengah berjerebu. Kan ke Bandar Melaka ni kawasan paling 'panas'. Pekat likat sangat bau dia. Bau hangit. Ni kalau duduk luar opis ni mau badan bau orang baru buat bbq... ahaks. Tapi yang hat tu okey lagi. Dapat gak makan. Ni apa pun tak dapat. Dapat makan asap jela.
Semalam pukui 3 pagi bangun sebab terkejut badak mana la datang bau hangit tetiba. Ingat-ingat macam ada rumah sebelah terbakor pulak ke. Dah ready camne nak lari..Ke tak tutup dapur gas ke, takpun terlupa tutup iron ke. Sekali tengok sebab jerebu daaa... Maka pagi tadi ada le fefeeling macam duduk Cameron Highlands. Tapi bukan sejuk, berasap ada le. Pastu berangan-angan harap opis tutup ler ni. Tapi berangan je la pun.
Maka banyakla penyakit datang bersama dengan angin-angin sepoi sepoi jerebu ni. Kelmarin saya dah MC. Punya la sakit kepala sangat. Ni tekak pulak, mak datuk pedih ya amat. Tu sebab macam lama tak update blog (walau takde kena mengena).
Semalam Abam Ahmad pulak demam. Dia memang selalu demam malam-malam. Mula-mula ingat dia buat lawak (*sejati sangat kan mama dia kata dia buat lawak demam-demam..ngeee*) sebab bila balik kerja tengok dia tengah main dengan Adik Iecha. Main bola gol gol kenmain lagi. Berpeluh sakan. Tengah elok-elok main tu, tiba-tiba lemah gemalai pulak dah, sambil dok kata "Mama, Abam demam, nak tetapal" (read : "tampal-tampal" kat dahi - Cool Fever).
Harapnya hari ni Abam dah sihat la ye.
Harapnya hari ni Abam dah sihat la ye.
Jadi sesama la kita jaga kesihatan time-time jerebu ni. Minum bebanyak air kosong. Kalau berebut toilet pun takpe. Demi kesihatan katanya.
Kurangkan aktiviti luwau atau mengulau (alamak..bahasa Melake dah terkeluwau). Pagi tadi time pergi kerja, ada ke patut nampak seorang mamat yang gagah ni tengah jogging dalam asap jerebu ni. Tapi yang bagusnya dia pakai mask. Hehe..kelaka okeh!..
Kurangkan aktiviti luwau atau mengulau (alamak..bahasa Melake dah terkeluwau). Pagi tadi time pergi kerja, ada ke patut nampak seorang mamat yang gagah ni tengah jogging dalam asap jerebu ni. Tapi yang bagusnya dia pakai mask. Hehe..kelaka okeh!..
Sekianlah saje laporan jerebu di Melaka. Mekaseyyyy.
23 comments:
Musim panas kena minum air kosong banyak2.. pastu senang sgt demam Amirah... Moga abam sembuh ;)
teruk sgt jerebunya tu..errr..kalo mengikut laporan mike laa..
Jadi sesama la kita jaga kesihatan time-time jerebu ni. Minum bebanyak air kosong. Kalau berebut toilet pun takpe. Demi kesihatan katanya. kihkihkih..
Cahaya hidupku : aah, senang sgt demamnya dgn jerebu mcm ni...
yob samad : aishh, ni copy paste ayat ni dah bayor royalti ke? hehehe
awok macma tak percaye je ... jerebu tengah teruk..sbbnye kat Ipoh sekaghang ... Alhamdulillah... cerahhh... nampak langitnye.... moge tak sampei le jerebu tu ke sini....
iye ke yob D_08? bestnya kalo cenggituuu. ater sini sama je lagi nih. idok berkurang pun.
nampaknyer ujung minggu ni duk umah la kiter...
Masa Melaka dah kena jerebu tu JB masih ok lagi Amie. Tapi hari ini dah masuk 3 hari sama je.. car park office kakak ni pun macam sebu je...
Harap Ahmad cepat sembuh.. kesian bebudaklah kalau jerebu ni.
melaka berjangkit dgn singapore la tu. kt sini pon macam dok dalam oven gak ami. dok dalam umah pon rasa sunburn..
wh owhh remote aircond ada kt kedai lagi rupanya. hukhukhuk
sekarang nak tido malam pun panas...
air masak jangan cakap habis sesaja..
bila jerebu ni banyak penyakit pun datang...moga cepat sembuh
take care. jerebu nih tak eok untuk kesihatan. semoga jerebu nih cepat2 lah elok ye.
Di Sabah pun Jerebu juga.. malas nak keluar masa2 begini.. dah lah cuaca panas, senang sgt penyakit nak berjangkit..take care tau..moga cepat sembuh ya..
tak leh duk kat luar sangat masa jerebu ni..terutama kanak-kanak
nasib baiklah kat kl tak teruk sangat
betul.. kena kurangkan aktiviti luar..
moga kita semua sihat hendakNYA.. walau keadaan semasa tak memuaskan..
cepatlah eloknyerkan... akakpun dah mula tak berapa nak sihat...
time jerebu ni kena minum banyak air.
http://lovingwantie.blogspot.com/2013/06/menang-rm3500-melalui-ga-lambang.htm
harap cepat lah ok jerebu ni kan..tak selesa dgn jerebu skrg ni
Kat area bangi dah kena serbu dgn jerebu hari sabtu tu. Risau kan kesihatan anak2 jer nih. Sama2 kita jaga kesihatan.
Jerebu di mana2..sakit mata...
memang jerebu semakin teruk kat beberapa tempat ni, kena lebih waspada
kat tempat saya jerebu makin teruk...kemai berkabus n panas kering...sakit hidung kiteorang...
huhu..sian kan kat budak2.. diorg yang paling teruk kena kalau time jerebu ni..
paksa minom air banyak2. InsyaAllah ok =)
salam singgah Jumaat:)
Happy Wednesday..:)
Post a Comment