Friday, June 07, 2013

Bila anak susah nak makan...



Minta maaf banyak-banyak sebab saya tak sempat nak membalas komen sahabat semua,
bukan saje tak sempat nak membalas komen,
nak lipat baju yang bertimbun2 kat rumah tu pun tak sempat juga...heee
nampaknya saya perlu hadir seminar pengurusan masa
atau ke seminar mengurus rumahtangga...
atau ke agensi pembantu rumahtangga??...ngeee..


Sekarang ni Adik Iecha sangat la susah nak makan bubur atau nasi.
Tapi lebih suka makan biskut atau benda-benda 'merapu' yang lain 
Adik Iecha masih menyusu badan sepenuhnya dan saya masih mengepam sepenuhnya
hampir 1 tahun 3 bulan 
Kalau disuap nasi atau bubur, akan sembur atau keluarkan semula.
Susah hati tengok nasi bersepah lebih banyak daripada yang masuk ke mulut.


Abam Ahmad masih ok, semua pun ok.
Takde komplen, kadang minta tambah "laji" (lagi).
Sudah pandai 'request' macam-macam ikut selera sendiri.
Dah pandai menyanyi "Mee maggi cepat dimasak sedap dimakan"...heheeee
(Errr, faktor mama selalu masak kah??)


Yang menghairankan kami, 'hasil' Adik Iecha banyakkk..
Kadang mencecah 2-3 kali sehari.
Bukankah itu menghairankan?
Dari manakah kesemua hasil itu datang kalau makan pun berapa butir nasi saje sehari?
Errrmmm.... 


Photo: nasik x nak mkn.kalau benda ni together gether.adoi aiii


Ahmad Raif Idlan dan Arissa Rifhana
RnR Tapah arah selatan
- 3 Jun 2013 -







19 comments:

Norhasniza Khalid said...

sama la ngan anak saya, susah bebeno nak makannya..

Sharinginfoz said...

susah ya nak makan, lama2 ok le tu

D_08 said...

cik amirah senang makan tak??? kalo tak....maknenye kepimpinan melalui teladan... ahakssss....

dela said...

lama2 elok la :)

Dayana Bahar said...

Budak tengah nak membesar.. suka bermain.. makan memang ditolak ketepi... huhu

jemput singgah yer RAHSIA ANAK SIHAT CERGAS

Kakzakie said...

Walau dia tak makan tapi susu umi dia dah lengkap disambil makan biskut pun ok Amie.. Kadang budak ni satu Amie... makan diluar suka dlm rumah jemu. Cuba suap di taman (bawa bekal dari rumahlah) mesti dia suka sebab kakak tengok abam dia suap di R&R tu dia mengnganga bukan main:)

LiYa HaNiF :: said...

memang age cam tu asyik nak main je... insyaallah ok le tu nanti.. :)

faraherda.razalan said...

Die kenyang minum susu ibu la tu. Hehehehe...

Sy mmg takde mslh anak tak nak mkn. Tak nah rs pun cmm ne ek? Hehehehe....tp klu jdk kat sy, mmg menggelabah jugak. Bg sy, normal budak tak nak mkn....asik nak mkn benda merapu. Cume mgkn kena kurangkan bg makanan yg ade msg. Sy rs dr situ bt anak tak nak mkn makanan berkhasiat.

wahida said...

bertabah la nok...sama je dgn anak aku si adik tu...huhu...

a.samad jaafar said...

kihkihkih.. makanan pun ade jenih yang merapu rupanya..

err..pekabo ???

kak ina kl said...

tak makan tak per..janji nak makan roti dan sewaktu dengannya..kalau minum susu pun dah kira ok

Masni Syafie said...

sama la mcm anak saya...susah nk mkn
insyaallah..pasni derang siap boleh order sendiri nak mkn ape =) followww

mekchu said...

mungkin hasil tu dari makanan dia yg sampingan tu.. kemain hebat hasil tu ye walau pun x makan nasi.. hihi

Cho Zila said...

takper.. janji nak minum susu... belikan susu yang ada makanan kat dalamnyer... ala yang iklan dugrotu..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

nasib baik minum susu...budak2 nak membesar..memang main jek nak makan liatkan..

aizamia3 said...

comel je dorang..
walaupun tak kuat makan tapi syukur dia masih bf dengan jayanya.. ;)

ct rahani said...

alololo sweet je gambo abg suap adiknya tuh.. :)

anak sy yg sulong pun susah nk mkn dulu.. riso jugak tp bila usia dia dh meningkat selera makan dia pun bertambah baik.. InsyAllah iecha pun camtu gak kot..

Fiza Rahman said...

AKu malam tadi mengerjakan kain baju. Habis juga timbunan kain tu. Tapi tak susun lagi dalam almari.

Samalah macam qhalif. Tapi ada masa byk juga dia makan.

ieda immi said...

akk x pernah alami anak2 payah makan ... anak2 terlebey makan adalah huhu