Friday, June 28, 2013

Salam Jumaat



  • Kalau dah sekali malas, forever ever la malas nak update blog. huhhh..Salam hari Jumaat semua. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Jaga kesihatan kita sama-sama. Kalau ada duit banyak pun tak de maknanya kalau sakit kan? Lagi satu orang kata, kalau banyak duit ni memang asyik susah hati je. Yelah, takut orang datang nak merompak..hehe


  • Baru tadi dapat maklum dari En Husband yang abang ipar saya yang baru umur 34 tahun diserang stroke. Semoga Along kembali sihat seperti biasa...insyaAllah. Kami dah plan nak balik ke Perak esok tuk melawat Along. Along memang duk kat Ipoh. Maka malam ni kenala prepare apa yang patut nak diangkut balik. Baik terus balik Kuala Kangsar tengok mak Perak dah alang-alang dah sampai Perak kan? Elok gak idea tu...
  • Minggu ni heboh pasal pasar malam Jonker Walk kat Jonker Street tu ditutup. Dalam newspaper, dalam tv semua highlight isu ni.Ikut apa yang dibaca, keputusan diambil Kerajaan Negeri Melaka berdasarkan pendapat majoriti rakyat negeri Melaka. Saya pun taktau atas dasar apa sebenarnya. Mungkin Kerajaan Negeri lebih tahu kenapa dan mengapa. Saya pun belum pernah bertemu muka secara live dengan Ketua Menteri Melaka yang baru, Datuk Wira Ir Hj Idris. Tapi next week insyaAllah ada kesempatan berjumpa secara langsung dengan beliau untuk kerja.


  • Malam esok final Piala FA Johor DT melawan Kelantan. Tetiba haku sokong Kelantan, boleh? ngeee..harap Kelantan main elok-elok. Score lebih-lebih sikit. Jauh nak balik tu.hehe..

Wednesday, June 19, 2013

Jerebu

Dah berapa punya malas daaaa nak update blog. Internet connection ni hah dah sedehhh sangat. Lembab sangat. Nak buka satu satu blog pun makan berzaman. Sebab ramai buat Wordless Wednesday maka kita buat More Word Wednesday la pulok. heh

Melaka ni tengah berjerebu. Kan ke Bandar Melaka ni kawasan paling 'panas'. Pekat likat sangat bau dia. Bau hangit. Ni kalau duduk luar opis ni mau badan bau orang baru buat bbq... ahaks. Tapi yang hat tu okey lagi. Dapat gak makan. Ni apa pun tak dapat. Dapat makan asap jela. 

Semalam pukui 3 pagi bangun sebab terkejut badak mana la datang bau hangit tetiba.  Ingat-ingat macam ada rumah sebelah terbakor pulak ke. Dah ready camne nak lari..Ke tak tutup dapur gas ke, takpun terlupa tutup iron ke. Sekali tengok sebab jerebu daaa... Maka pagi tadi ada le fefeeling macam duduk Cameron Highlands. Tapi bukan sejuk, berasap ada le. Pastu berangan-angan harap opis tutup ler ni. Tapi berangan je la pun.

Maka banyakla penyakit datang bersama dengan angin-angin sepoi sepoi jerebu ni. Kelmarin saya dah MC. Punya la sakit kepala sangat. Ni tekak pulak, mak datuk pedih ya amat. Tu sebab macam lama tak update blog (walau takde kena mengena).

Semalam Abam Ahmad pulak  demam. Dia memang selalu demam malam-malam. Mula-mula ingat dia buat lawak (*sejati sangat kan mama dia kata dia buat lawak demam-demam..ngeee*) sebab bila balik kerja tengok dia tengah main dengan Adik Iecha. Main bola gol gol kenmain lagi. Berpeluh sakan. Tengah elok-elok main tu, tiba-tiba lemah  gemalai pulak dah, sambil dok kata "Mama, Abam demam, nak tetapal" (read : "tampal-tampal" kat dahi - Cool Fever).

Harapnya hari ni Abam dah sihat la ye.



Gambar untuk hiasan.

Jadi sesama la kita jaga kesihatan time-time jerebu ni. Minum bebanyak air kosong. Kalau berebut toilet pun takpe. Demi kesihatan katanya. 

Kurangkan aktiviti luwau atau mengulau (alamak..bahasa Melake dah terkeluwau). Pagi tadi time pergi kerja, ada ke patut nampak seorang mamat yang gagah ni tengah jogging dalam asap jerebu ni. Tapi yang bagusnya dia pakai mask. Hehe..kelaka okeh!..

Sekianlah saje laporan jerebu di Melaka. Mekaseyyyy.

Thursday, June 13, 2013

Hari ini hari Khamis..


Pagi tadi. Ada dalam kelas. Rasanya macam lecture hall. Luas.

Lecturer itu berdiri tegak di hadapan kelas. 

"Bunyi ini adalah seni muzik terkini yang semakin menjadi kegilaan", katanya.

Aku pulak menyahut : "Iyela Sir. Bunyi muzik ni pun memang macam bunyi lagu Harlem yang orang guna untuk menari Harlem Shake tu"

Tiba-tiba, "mama, bangun cepat. Dah pukul 5.50 ni"

Buka mata tengok beliau dah mandi, tuala terlilit di pinggang.

Panas hati.

Aduiiii, macamana bunyi alarm hp dah bertukar lagu Harlem Shake??

Nasib baik mimpi tu pendek je tau.

Belum sampai kena buat latihan menari Harlem Shake bagai lagi... hihi

Assalamualaikum semua. Hari ini hari Khamis ye.



Friday, June 07, 2013

Bila anak susah nak makan...



Minta maaf banyak-banyak sebab saya tak sempat nak membalas komen sahabat semua,
bukan saje tak sempat nak membalas komen,
nak lipat baju yang bertimbun2 kat rumah tu pun tak sempat juga...heee
nampaknya saya perlu hadir seminar pengurusan masa
atau ke seminar mengurus rumahtangga...
atau ke agensi pembantu rumahtangga??...ngeee..


Sekarang ni Adik Iecha sangat la susah nak makan bubur atau nasi.
Tapi lebih suka makan biskut atau benda-benda 'merapu' yang lain 
Adik Iecha masih menyusu badan sepenuhnya dan saya masih mengepam sepenuhnya
hampir 1 tahun 3 bulan 
Kalau disuap nasi atau bubur, akan sembur atau keluarkan semula.
Susah hati tengok nasi bersepah lebih banyak daripada yang masuk ke mulut.


Abam Ahmad masih ok, semua pun ok.
Takde komplen, kadang minta tambah "laji" (lagi).
Sudah pandai 'request' macam-macam ikut selera sendiri.
Dah pandai menyanyi "Mee maggi cepat dimasak sedap dimakan"...heheeee
(Errr, faktor mama selalu masak kah??)


Yang menghairankan kami, 'hasil' Adik Iecha banyakkk..
Kadang mencecah 2-3 kali sehari.
Bukankah itu menghairankan?
Dari manakah kesemua hasil itu datang kalau makan pun berapa butir nasi saje sehari?
Errrmmm.... 


Photo: nasik x nak mkn.kalau benda ni together gether.adoi aiii


Ahmad Raif Idlan dan Arissa Rifhana
RnR Tapah arah selatan
- 3 Jun 2013 -