Wednesday, May 08, 2013

Pasca Pilihanraya Umum 2013



Lebih 2 minggu berhibernasi. Taktau apa lagi yang mahu ditulis di sini. Hari-hari pergi kerja cuma sibuk membaca sini situ. Maklumlah pilihanraya cuma 5 tahun sekali. Entah ada umur ke dak nak tunggu PRU yang akan datang nanti kan.


Tapi pilihanraya kali ni memang meriah. Daripada sebelum kempen, sebelum penamaan calon, lepas abis kempen. Macam-macam cerita. Sebelum PRU 13 banyak isu, lepas PRU pun masih banyak isu.


Yang pastinya, makin ramai yang celik politik sekarang ni. Cuma sambil-sambil baca tu kena la fikir-fikir, tapis yang mana betul yang mana boleh dipercayai, yang mana macam was-was je. Amik fakta-fakta yang halalan toyibban ye..


Apa pun, negeri Melaka dah dapat Ketua Menteri yang baru menggantikan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Ketua Menteri Melaka yang baru YB Datuk Ir Idris Haron, Ahli Dewan Undangan Negeri Sg Udang baru angkat sumpah semalam. Kami rakyat negeri Melaka dah memang lama mendengar khabar bekas Ketua Menteri tak akan bertanding di kawasan DUN pada PRU 13 ni.


  Ketua Menteri Melaka baru janji teruskan legasi Mohd Ali


Camne pun, harapnya Melaka terus maju di bawah pimpinan Ketua Menteri yang baru ni. Nak la juga taraf kehidupan rakyat Melaka setaraf dengan kemajuan fizikalnya. Dapat gaji macam orang Key El kekdahnya...ngeeee...
 
 

17 comments:

ayukhairy said...

hehe....harap2 mcm tu la ye ami..

kesian gak kat DAR bila kalah tempoh hari..

aizamia3 said...

bersama-sama nantikan perubahan yang terbaik untuk negeri Melaka nanti.. ;)

Kakzakie Purvit said...

MB baru seorang Ir Engineer tu Amie, hebat kan... Johor pun dapat MB baru juga tau...

Anamarza said...

harapnya bila tukar menteri besar ada la perubahan ke arah yang lebih baik,

Qhaifa Nur said...

harap2 mereka terus cemerlang...

AtieYusof said...

Harap2 begitu lah kan?..
moga YB yg dipilih dpt memikul amanah rakyat sebaik mgkin...
sekampung ler dgn hubby sy...hehe..

Cho Zila said...

tahniah untuk YB Datuk Ir Idris Haron.. semoga dia mampu menjadi jurutera yang baik untuk negeri Melaka...

amirah said...

ayu : amie pun baru duduk melaka ni tapi memang dgr2 DAR bukan fav lagi. mungkin mereka je yg tahu kenapa.. : )

amirah said...

aizamia3:harap2nya ada la perubahan terutamanya untuk pekerja swasta cam kami ni.. : )

amirah said...

kakzakie: siapa ye MB johor yg baru? amie tak baca pun lagi

amirah said...

ana sue : harapnya begitulah. sebab melaka ni sgt la kecil jadi kalau ada perubahan ke arah kebaikan sepatutnya diteruskan juga

amirah said...

qhaifa nur : begitu jugala harapan kami sebagai rakyat marhaen

amirah said...

atie : aah, sama dgn kmpung suami atie ye.. : )

amirah said...

cho : harapnya cam tula..walaupun hakikatnya kejuruteraan bangunan dan kejuruteraan pembangunan insan berlainan arus dan perlu ada check dan balance

AtieYusof said...

singgah melawat khamis..:)

Tie HT said...

moga pemerintahan ada roh Islam~ insha Allah terjamin masa depan rakyat dunia akhirat..aamiin :)

Fiza Rahman said...

Smoga janji ditepati ☺☺