Monday, January 28, 2013
Penyakit was-was kalau datang hari Isnin memang menyampah sungguh..
Pagi tadi kelam kabut sikit sebab Encik Husband kena bertugas minggu ni.
Bangun tidur pukul 5 pagi. 5 pagi okeh.
TV tak off sebab nanti senang nak bangun pagi.
Maklumlah kat tv tu ada jam kat bawahnya kan.
Punya semangat nak datang kerja katanya.
Masak nasi goreng (sotong), mandi, solat Subuh etc etc.
Berlenggang kangkung Mak Jemah katanya lagi.
Sekali, tengok dekat pukul 7..hah, hambek kau!
Maka, Adik Cha Nana yang melalak nak ikut terpaksa di pass baton pada mak je.
Karang di layan karang makin lambat pulak.
Boleh pulak tengah jalan dah nak sampai opis, TENGAH JALAN okeh...
Teringat suis iron dah tutup ke belum.
Shaitonnnn nyaaa.
Tengok, tengok, betapa shaitonnya perasaan tu sebab kenapa bukan masa tutup pintu ke, masuk kereta ke.
Dah nak sampai opis pulak tu...
Maka, hari Isnin dimulakan dengan sedekah uncle teksi tu RM40.00.
(Untuk pengetahuan umum, acik dah lama tak bawak kereta dan kat sini memang mahal sebab teksi tak bermeter)
Tu tambang untuk to fro balik umah - semata-mata nak tengok suis cepat cepat.
Yela, karang kalau lambat sangat terjangkit rumah sebelah (banyak sangat tengok drama la ni)
Encik Husband tak boleh nak patah balik dah.
Dan betullllll...suis tu tutup ye encik dan puan..
Elokkkk je dia tertutup.
Padehal dalam cab tadi dah terbayang macamana nak tadah air sorang-sorang kalau betul la ada api. NAUZUBILLAHIMINZALIK
Shaitoonnn nyaaaa.
Pastu pastu pastu kan, nasik goreng kita tinggal dalam kete Encik Husband.
Pastu pastu kita tak dapat makan nasik goreng kita yang ada sotong tu.
Pastu pastu kita sedih sebab kita tergopoh gapah lambat tadi sebab masak beliau la.
Tapi sebab optimis je, redha dan gembira je anggap itu rezeki uncle tu di hari Isnin.
Ntah ntah ada hak orang lain yang kita ambik tak sedar la tu.
Yela, macam tau-tau je hari ni hari gaji.. : P
tapi Encik Husband bagi balik tambang tu. hoyeehhh
Senyum gembira di hari Isnin, syukur masih bernyawa.
Tuesday, January 15, 2013
Sindrom "Listen"
Rasanya hari ni wall FB kita masing-masing penuh dengan perkataan "Listen..listen...listen...listen.."
Apa pun sekarang baru tau haiwan paling banyak masalah adalah jerung..Sebab orang makan fin dia...huhu
Ingatkan kucing sebab kucing selalu termenung..kejap-kejap menung jauh, kejap-kejap menung jauh..huhu..ye ke KOG?
~ Kita bertanggungjawab atas segala perbuatan dan kata-kata kita ~
Monday, January 14, 2013
Ahmad Raif kuasa 3..
Anak bujang kami sambut ulangtahun hari lahir ke 3 Krismas lepas.
Sekejapan aje dah terasa anak bujang ni makin besar.
Macam baru semalam saya menangis di operation theatre seorang diri -
berdoa supaya anak kami sempurna dan selamat dan berdoa sungguh-sungguh supaya bius saya cukup untuk buatkan saya tak sakit ketika perut ditoreh dan dijahit. : )
Ahmad Raif kesayangan saya walau berapa pun adiknya, beliau tetap no 1 kami.
Yang pertama mengajar kami menjadi ibu bapa - kekok - sebab mamanya masih terasa macam sweet 16..heh
Yang pertama membuatkan tidur kami seperti ayam..
Yang pertama membuatkan kami beria-ria mengenal jenis dan warna najis manusia dan herannya masih berselera makan..heh
Makin banyak ragam yang menguji kesabaran.
Tiap pagi peluk kaki babah, berjurai airmata minta simpati.
Terlalu rapat dengan babahnya, membuatkan saya kadang terasa.
Tapi hakikatnya, mereka lebih banyak habiskan masa bersama.
Syukur saya superheroin yang ada superpower anugerah Allah menghasilkan susu ibu yang Ahmad Raif minum hingga 2 tahun 2 bulan dan mengikat hati.
Masih pelat, pekat.
"Babah, nak yo-chet (coklat)"
"Nak kete me-lah (merah)"
Kalau saya marah pada beliau, saya lebih banyak diam.
Saya biarkan beliau "menyanyi" ikut lagu..hehe
Yang bijak dan suka buat kelakar.
"Jangannnn, itu saya punya!" - kalau berebut mainan dengan Adik.
"Abam nak macak (Abang nak masak)" - kalau minta beliau mandi.
"Tolong..tolong lepaskan saya" semasa cuba nak loloskan diri dari car seat nya.
"Babahhhh, nak ayam gorem ipin satu!!" - order dari meja makan restoran semasa babah tengah beratur nak pesan makanan *pitam*.
"Mama, shhhhh" - suruh saya senyap ketika saya membebel Allah marah kalau buat Adiknya. *pengsan*
Kami ke Pulau Pinang untuk sambut besday Ahmad Raif.
Owhh, lebih kepada bercuti untuk mak bapak...
Anak-anak tak faham pun lagi..huhu..
Lepas tu, kami balik ke Perak, potong kek dengan Opah Perak.
Percutian yang bermakna, walaupun pendek - sehari aje!
Hotel kami di Batu Feringghi, padat sendat dengan famili bercuti dengan anak-anak.
Baru saya tahu, Penang rupanya syurga makanan!
Best-best makananan di Penang, sampai sayang nak cuci tangan bersih-bersih.
Takut bau kari di tangan hilang!..kih kih
Sungguh saya sayangkan anak-anak sama saje, walaupun satu - dua - atau (tiga?).
Doakan anak saya membesar sihat, jadi insan yang taat pada agama.
Macam yang selalu saya harapkan, moga beliau jadi anak beriman, yang patuh pada syariat.
Sebab hanya agama yang akan membantu beliau cemerlang - dunia dan akhirat insyaAllah.
Wednesday, January 09, 2013
Assalamualaikum
Tetiba saya jadi seorang yang pemalu..
Malu nak update blog di tahun baru..hik hik hik
Hai aunties semua...
Ahmad and Arissa miss you all....
Gambar lama dari Facebook.
Sila abaikan keselerakan yang terjadi.
Betul, gambar sukar menipu (kecuali dalam keadaan tertentu).
Salam manis,
Mama Ahmad dan Arissa yang manis (muntah.. : P)..
Subscribe to:
Posts (Atom)