Friday, October 19, 2012

Mukmin Jaya Seafood Restaurant, Melaka


Musim musim hujan ni teringat pulak makanan yang best-best.
Maka gigih acik membelek folder gambar lama.
Apa orang kata, tak dapat makan, tengok gambar pun jadila.


Restoran Mukmin Jaya Seafood
Masakan Chinese Muslim..
Senang sangat nak cari restoran ni.
Di Limbongan, unit kedai tepi jalan, signboard merah.
Tak jumpa, sila tanya orang. Malu bertanya tak dapat makan.


Hah, ni time tengah pregnantkan Arissa.
Punyala mengidam nak makan ketam telur masin.
Sampai mengigau kata kau.


Tabah la suami carikan
Sebab ada ter blogwalking satu blog yang cerita pasal ketam telur masin.
Tapi dia punya kat Bagan Lalang.
Tak larat pulak mak yong nak berangkat ke sana semata-mata nak makan ketam telur masin.
Mujur jumpa kedai ni.



Tembikai laici + carrot



 Udang oat
(Best. Suka sangat. Sedap)



Ketam telur masin
(Sedap.Kalau lagi masin lagi best. Seekor RM36.00.)



Shark fin sup
(Shark takde, so shark fin pun takde. Ganti dengan crab stick. Still sedap)


Ni makan-makan sebelum bersalin.
Lepas bersalin pun ada pergi sekali masa bulan pose.
Harga boleh tahan, tapi menu pelbagai.
Macam-macam ada..
Recommended for Chinese food.
Lai..lai..lai..


13 comments:

tasekM said...

kejap.
limbongan tu celah mana..?
tetiba aku mcm tak tau..

haha.


.

amirah said...

limbongan tu dicelah2 ibukota melaka..takpe paham paham pelancong memang camtu..heheh..limbongan kan dekat mahkota parade.kalau straight dari melaka parade terus sampai limbongan..

Kazman / Sue said...

bila hujan ni kan selalu perut lapar kan... selera pun bertambah2x... heee3x

Tie HT said...

as salam,

tembikai laici tu mmg penah rasa..1st time minum nak lagi..yg lain terlior je lah hai :)

Unknown said...

takpenah tau ada menu nama ketam telur masin. maklumla makan ketam pon jarang kan hehehe..

a.samad jaafar said...

semua yg utk dimakan tuh..sy tak penah makan.. semua yg boleh diminum tuh, biasa saya minum.. huhuhu..

sal-nurbeena said...

pertama kali dengar menu telur masin

Kakzakie Purvit said...

Ya Allah... punyalah lama Amie nak tunjuk kakak sampai anak dara tu pun dah pandai makan haha...

wahida said...

udang oat? teringin pulak aku nak try...nampak yummeh...

LiYa HaNiF :: said...

best menu2 nie... ^_~

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Amirah..time ujan2 ni mmg memajang lapar,ken arajin g dapo lar,nk kuar hujan lak :)


P/S;Klu berminat dgn pemanggang ajaib...colling2 saya ya.
Email:azatie_sayang7071@yahoo.com.my

Terima kasih

faraherda.razalan said...

Mak aih! Terliur sy dibuatnya....

Cikgu Ma said...

terliur tengok ketam tu...