Tuesday, September 04, 2012

Boleh tak share tips ambil pembantu rumah?


Kami adik beradik dalam proses mencari pembantu untuk mak di kampung.
Kesian mak takde orang yang boleh tengokkan.
Dulu ada makcik yang boleh datang pagi-pagi untuk temankan mak.
Tapi makcik tu dah berhenti.

Dan mak tak boleh dibiarkan seorang diri.
Good thing is mak dah boleh berjalan sendiri guna walking frame.
Kebanyakan kerja mak nak buat sendiri.
Orang-orang tua macamana pun kalau boleh nak buat semua sendiri.
Segan (malu) dengan orang.

Tapi kena sentiasa monitor sebab kalau terjatuh mak tak boleh bangun sendiri.
Especially masa mak nak ke tandas. Bahaya.
Kami sedang usha-usha agen pembantu rumah Indonesia sekarang.
Terpaksa ambil walaupun mak refuse.

Jadi sahabat alam mayaku sekalian...
BOLEH TAK BERIKAN SAYA TIPS NAK AMBIL PEMBANTU RUMAH?
sangat-sangat taktau ni.
terima kasih daun keladi in advance.


9 comments:

Kazman / Sue said...

kalau nak cari pembantu rumah untuk ibu baik cari yang local.... sekadar cadangan... sebab kami pun tak pernah ambil pembantu rumah ni...sekadar mendengar cerita sahaja...

Tie HT said...

simpati dengan mak mira..tapi tak tau pasal pembantu rumah..sory eks

edane said...

arwah mak mertua saya dulu pun mmg pembantu rumah indonesia yg tengokkan sementara kakak balik kerja... so far alahmdulillah dia ok walapn agak bebal. yg penting arwah sgt selesa dengan dia. dan dia pun jenis suka melayan karenah org tua.

pada saya, jangan cari mereka yg ada sedara mara atau kawan di sini. biar dia keseorangan... kalau dah ada kawan, sedara mara di sini mmg kebanyakan buat hal... dah banyak kes terjadi byk kakak dan sedara mara...

moga dpt yg terbaik. insyallah

Fiza Rahman said...

Ala nok, tak der pengalaman lah. Harap2 yg lain bley bantu.

Kakzakie Purvit said...

Pada kakaklah Amie yg dah guna pembantu rumah hampir 14 tahun tidak mudah nak tahu kebaikan/kebolehan/keburukan sebelum ianya berada/tinggal dgn kita. Kakak dah jumpa bermacam-macam jenis maid. Yg baik ramai yg tak baik pun ramai - nasiblah kan. Rupa paras tak boleh diukur sedangkan yg agen tunjuk satu gambar passport satu lagi gambar dia berdiri - its really not easy for us to judge.

Kakak biasa solat istikharah pilih 2 gambar. Tapi itu pun pernah terkena juga.

mommychaa said...

ala kak kita tarak pengalaman amik bibik. sebab kita lah bibik kat rumah sendiri hahahahaha :)

neway goodluck for ur bibik's finding yer kak...insyaallah semuanya akan berjalan lancar :)

amirah said...

bro kazman/k.sue

kami dh cuba cari yg local tp susah nak dpt yg boleh komit dgn mnjga orang tua. kebnyknnya kerja rumah masih nak lagi

tihara : its ok...

etiey : mmng ikutkan hati risauuu sgt2.. tp terpaksa sbb mak dh takbleh tinggal sorang diri..nak anta ke daycare sedihhh sgt rasanya

fiza : thanks nok..

kakzakie : tula, amie pernah bc experience akak dgn maid. mcm2 kan. amie ingat lg citer akak. tula kak, terpaksa juga redah risiko ambil maid ni. berdoa sgt2 moga dipermudahkanla hendaknya

cha : mekasih cha. harapnya dpt yg okay2 aje

wahida said...

aku takde pengalaman bab ni nok...tapi aku doakan korang adik beradik akan jumpa maid yg bagus utk tgkkan mak ko...

InsyaAllah, doalah selalu, niat korang adik beradik utk membantu ibu tu sgt murni, semoga Allah mempermudahkan urusan korang...

Anonymous said...

Ambil yang tempatan senang cerita budak muda yang tak lulus periksa yang duduk kampung..kebanyakannya baik2 belaka..boleh ajak mengaji dengan emak akak..