Tuesday, July 31, 2012

Sila ambil kira keadaan sekeliling anda...heh





Kadang-kadang rasa geram juga dengan dia.
Tapi selalunya gelak la sebab dia ni kelakau dan baik macam maknya.
Manja pulak tu. Kadang sepupu dia jerit sikit kat dia dah terperosok tepi peti ais. 

Nak marah lebih-lebih bukan dia faham sangat pun kan.
Ajak lawan-lawan Ultraman lagi adalah, walaupun kita ni tengah marah dengan dia ni.
Dia tak nampak api keluar dari telinga kepala hidung apak dia kalau tengah marah.
Mak dia  dah lari siap-siap dah sebab mak dia sorang je yang boleh nampak asap tu. hehe
Kita cuma nak dia tau kita ekspresikan kemarahan kita sebab dia buat benda yang salah.

Benda yang paling dia suka buat walaupun kita dah jadi tarzan adalah mengusik adik.
Sebenarnya adik okey je. Senyum redha je.
Pastu dia suka buat kelakau, nak suruh adik dia gelak.
Nanti adik dia dah  gelak, dia senyum-senyum dengan kita cakap "Tawaaa.."
Dia nak kata adik dia ketawa la dengan kelakau yang dia buat.

Tapi dia suka genggam atau picit-picit tangan adik.
Macam nak patah-patahkan jari adik. Dia geram agaknya nengok adiknya asyik mengayuh.
Takut je jari adik terpatah ke apa. Baby kan.

Satu hari tu darah mak dia dah mendidih.
Mak dia pun tetiba dah bertukar jadi Incredible Hulk.


Apa lagi, mak dia pun nak prektis la kan apa yang dibaca.
Time ni la pun nak prektis kan, bila lagi..ehe
Denda dia letak dalam bilik sekejap.
Sebelum tu dah cakap "Mama denda sebab Ahmad suka picit jari adik sampai Adik jerit. Mama denda 1 minit".
Mula-mula dia okey je masuk sekali. Agaknya ingat nak ambik mainan dalam tu.

Pastu kena tinggal, apa lagi meraung-raung la sebab bilik tu memang bilik gelap.
Memang sesuai la untuk pesalah tegar. hehe

Sekali dia tekan kunci.
Bagussss..great job.. sekarang dia pulak bagi mak dia meraung kat luar bilik.

Gelabah tu sebab kunci bilik tu memang takdela kan.
Ntah kemana-mana.
Lagipun seingatnya pintu tu memang tak boleh dikunci.
Sejuk kaki tangan pucat lesi muka mak nya..heh
Hah..ambik kau
Meraung berganti-ganti kaedahnya..hehe

Babah dia takde pulak tu, pergi sekolah.
Ntah camne pulak boleh tak terfikir kalau terkunci macamana.
Tu la marah sangat la konon
Kan padan muka aku adoi

Tetiba gen Incredible Hulk dah masuk
Tendang je pintu tu berkali-kali.
Syukur pintu tu terbuka!

Moral of the story : Kalau nak tiru sangat Nanny 911 tu sila cari bilik yang confirm ada kunci spare yer. 

Kami masih bereksperimen dan belajar mendidik anak-anak.
Tapi Islam itu indah, lengkap termasuk cara didikan anak.
Tiba masa nanti rotan juga la alat bantuan mengajar - macam cikgu! heh
Moga anak-anak menjadi hafiz hafizah penyejuk hati kami suami isteri.

Kita sebagai ibu bapa memang sentiasa super heroes di hati anak-anak kita kan..
Jadi kita memang betul-betul kena jadi superheroes yang ada super power.
Termasuk terbang selamatkan Adik bila Abam buli dan tendang pintu! hehe..
Selamat 11 Ramadhan semua...

21 comments:

GREENJADE said...

aduhh nasib baik mummy jd hero ..sure sakit kaki mummy nye ni..

betul la sis..kdg2 kena jugak berpikir diluar kotak minda gitu kan...

Kakzakie Purvit said...

Haaa... itulah balasan pada mama kan Ahmad. Salah cara. Nasib baik boleh jadi hulk kalau tak satu meraung dalam bilik satu meraung luar bilik...

Kakak tak sukalah rotan-rotan Amie. Sakitkan. Jgn mulakan nanti terbiasa. Marah je dan bagitahu baik-baik. Bapak kakak paling marah kalau ada org rotan anak. Tapi kalau cikgu tak apalah sebab cikgu ramai sangat 'anak murid' nak jaga..

Eliss said...

alahai. gitu la emak2 yer. td beriya kurung , pastu meraung.hehehe. guna kad boleh bukak pintu mcm mcgyver.

amirah said...

jade : hehe...benda dah nak jadi kan..

amirah said...

kakzakie : tula kan kak..salah cara. kena kaji balik macamana cara nak tackle ni. kesian balik bila kena pukul. anak2 dah jadi takut dengan kita

amirah said...

eliss : tula, nasib baik la boleh ditendang pintu tu...

Unknown said...

Memang kena belajar setiap masa nak jadi super mommy ni kan =)

Anamarza said...

akak yang duk rumah ni ada masa jadi tarzan amie, tapi tu la dugaan membesarkan ank

zue said...

hahaha..lain kali kena brfikir sblm denda anak.

Hanis MY said...

nasib baik boleh bukak pintu, Abam ahmad ingt adik anak patung gamaknye comei sgt itu yg dia geram...

Fiza Rahman said...

Ko memang supermommy lah nok. Terror tendang pintu erk, kuat tu.

Abam sama ngan qahirah lah. DI picit-picitnya si adik. Adiknya plak senyum jer, redho katakan. Aku plak jenis tak bley nak rotan pakai tangan...perit tangan aku nnt. Kena beli rotan jugak nih.

Cik Nor said...

boleh kurus mak layan anak2, eh, betul ape

kucingorengemok said...

meraung secara berjemaah adalah baik untuk mengeratkan ukhwah keluarga, hehe

untung dia raung (tanda dia takut) dari anak kawan kita, kena kurung, dia baring tidor...!

wahida said...

aku dgn anak2 adalah garang...kalau salah dah tegur berulang kali tapi masih melakukan kesalahan yg sama, mmg aku akan letak anak aku kat belakang umah, kunci pintu dari dalam, dan aku relax je teruskan kerja kat dlm umah...anak2 mmg akan meraung...
tapi lepas tu aku tanya balik, nak buat lagi tak? dorang akan ckp tak nak....dan lepas tu mmg dorang tak buat lagi dah....


aku tak pernah letak dorang dlm bilik, takut kes mcm ko ni lah...haha...

Tie HT said...

bagus juga entry ni, mcm2 baca entry kawan2 ttg jaga anak ni, byk dugaan..maybe saya tak layak jadi ibu terbaik, sebab tu belum sampai masanya saya dapat rezki anak..tapi tak putus berdoa utk impian jadi seorang ibu..tak care yea :)

Kazman / Sue said...

teletah anak2x pengubat jiwa dan lara setiap ibubapa... tenang jee bila lihat mereka kan...

Qhaifa Nur said...

sebut nama hubby (papa) semua anak2 takut...dgn mama bole main2 lagi..
betul seperti MIL kata masa anak2 tido tiup umbun2 sambil berdoa....

eelobor said...

hehehe....masalah kita memang hampir 99.99% sama

LYAfrina said...

mendidik anak mmg perlukan kesabaran y tinggi & kna btul caranya kan..

stakat ni dlm mdidik asya..kalo dia buat salah lya mmg akan marah tp dlm nada berlembut tp tegas...

Unknown said...

hallamak!! harunya bilik tadek kunci. seb baik mama kuat kan. :)
budak2 ni pon pandai dh masuk bilik tekan kunci..

ct rahani said...

adeh la sis klu sy pun mau meraung.. penah gak praktis kurung aidil lam bilik kalau dia wat salah.. memang meraung2 la kan.. kentalkan hati jelah time dia meraung tuh.. huhu..