Hari Sabtu lepas.
Kami suami isteri sibuk mengemas untuk balik Kuala Kangsar.
Makcik Rumah No. 8 datang di pintu pagar.
Sempat pasang telinga sambil menyusukan Arissa.
Makcik Rumah No. 8 bersembang dengan suami.
Suami masuk rumah "Mama, makcik kurus nak jumpa".
***********************************************************************
Makcik Rumah No 8 : Eh, buka la pintu pagar ni. Makcik nak masuk. Makcik nak duduk. Nanti orang nampak.
Saya yang comel *siapa nak puji kalau bukan diri sendiri* : (Terpinga-pinga) Makcik duduk la sini. (Sambil bagi Makcik Rumah No. 8 duduk di kerusi Ahmad di luar rumah). --- Kejam kan sebab tak bagi masuk rumah..muahahaha...
Makcik Rumah No 8 : Kau kenal ****** **** & Associates tak?
Saya yang comel : Kenal nama jela Makcik. Saya tak pernah jumpa dia.
Makcik Rumah No 8 : (Sambil buat muka terkejut dan ketat) Hah!! Tak kenal??
Saya yang comel : Tak pernah jumpa dia tapi firma dia dekat sangat dengan ofis saya. Kenapa makcik? Ada apa?
Makcik Rumah No 8 : Kau ada no telefon dia? Makcik nak no handphone dia. Kau cari sekarang dapat tak?
Saya yang comel : No office dia saya boleh carikan. Nanti hari Rabu saya balik dari kampung saya tanya budak office saya no telefon dia. Sekarang ni tak boleh lah makcik sebab nak balik kampung. --- Lepas tu Incik Suami kata nape tak dail operator TM? Adoii..takleh fikir masa tu.
Makcik Rumah No 8 : Kau bagi no telefon kau. Salin nombor telefon makcik. 06-*******. Nama makcik ********. Nanti kau telefon makcik. Kalau tak nanti makcik telefon kau.
Saya yang comel : (Sambil jeling-jeling kenyit-kenyit mata pada Incik Suami, ambil kertas tulis no office.) Ni no telefon ofis saya makcik.
Makcik Rumah No 8 : Ni nombor ofis kau ye. No handphone nya mana? kau tulis sekali.
Saya yang comel : (Sambil jeling-jeling nak terkeluar biji mata pada Incik Suami lagi, tulis no handphone) Ni ye makcik no telefon saya.
Makcik Rumah No 8 : Ni ye no handphone kau. (Makcik mengira 1..2..3..4..5..6..7..8..
9..10). Sepuluh nombor ye. BUKAN NOMBOR TIPU YE..
Saya yang comel : (Terkedu)..iye iye bukan..
***********************************************************************
Maka lepas je Makcik Rumah No 8. balik, saya cakap pada suami betapa serba salahnya saya. hahaha. Gila tak serba salah bagi nombor tipu pada Makcik Rumah No. 8 yang innocent kan. Yang membuatkan rasa serba salah tak hengat tu sebab ayat pemukul dia, BUKAN NO TIPU YE. Siap termimpi-mimpi lagi makcik tu. haha
Tapi tugas dah berakhir sebab Incik Suami dah bagi nombor telefon yang Makcik Rumah No 8 tu nak kan semalam.
Bukan apa, Makcik Rumah No. 8 ni agak mengkonpiuskan. Risau menengoknya. Sebelum ni memang ada je benda yang dia mintak tolong pada Incik Suami. Bayar bil, bayar cukai. Takpela kan. Dah orang tua, jiran pulak tu, kita tolongla apa yang patut.
Bila tanya auntie sebelah rumah (yes, auntie jiran yang baik, yeayyy 1Malaysia..hehe), auntie kata Makcik Rumah No 8 akan terlebih mesra kalau dia tau no telefon kita dan dia memang akan sentiasa minta tolong. Auntie kata pantang pintu rumah terbuka, tetiba je dia dah ada dalam rumah kita..hehe..ini paling scary okeh.
Tapi disebabkan pengalaman dulu, memang paranoid la kalau nak bagi no handphone pada orang sembarangan. Kalau klien pun saya dah tak berapa boleh nak bagi no telefon kecuali yang muka ada potensi tak telefon di waktu yang tak reasonable ataupun klien yang takde potensi untuk MENGGANGGU emosi. Kalau telefon ofis, no problem, sentiasa dialu-alukan la.
Bos di KL dulu marah kalau tak bagi no handphone sebab katanya handphone adalah sebahagian daripada 'kehidupan'. Abis camne nak bagi kalau tengah-tengah malam call kita minta kita buat kerja dia. Kalau kita dapat call yang menakutkan..Camne? camne? sob sob sob...
Maka, walaupun saya bukan selebriti tapi saya faham perasaan Wardina Saffiyyah..hehe
17 comments:
Dalam business card kakak memang tercatat no hp tapi biasanya kalau bukan berkaitan kerja kakak tak pernah bagi business card kakak pada org... betul bimbang lain jadinya...
Pandi juga Amie rekacipta no bagi makcik itu. Tapi itulah yg dinamakan terpaksa Amie...
mcm kepochi pun ada gaya makcik tu :p
saya dulu boz bg hp ofiz suh pegang sebab dia kata you mesti x angkat kalau tepon you sendiri kalau cuti, tapi kalau hp syarikat mesti you kena angkat..cilakak punya boz cina :p
oooo diamintak no teponspy senang nk mintak tolong itu ini yer?
tp bab yg tetiba memang dh ada dalam rumah tu mmg scary,buatnya kita tgh sexy auuuwwwuuuuu sape nk jawab?
kalau minta no. tel untuk kebaikan alhamdulillah....takut buat yang bukan-bukan...
hahaha tetiba jek nama wardina naik... tapi soalan pentingnya, adakah di usia tua kita nanti kita akan digelar 'makcik kurus'? best jugak tu, hehe
heee3x... ini kes macam ni pun ada ye makcik no 8 tu... haa3x... baik berpada2x walau pada jiran sekalipun..
tu bohong sunat namanya bagi no talipon... haaaa3x
susah juga ada jiran terlebih ramah camtu ya..kalau akak pun tak selesa jadinya
klu sy pun cam ragu2 ngan org tuh jgn arap la nak bg no tepon.. scarykan..
tak pasal2 makcik tu dapat nama makcik no 8 haha..
hebak makcik no8 ni....be careful tu bagus :)
hehe..sabar je la kan dengan makcik no 8 tu
hehe kelakar ar...bila budak2 bahasa kan jiran dengan nama makcik kurus..hehe bukan nama..budak2 mmg jujur...
wahhh mmg serba salah la dibuatnya... kalau hanis pun cmtu... ayat last tu buat sy lawak la adehh...
Amie... tepek ajelah gambar anak dara dgn bujang dua org jadilah. Tak payah kata apa-apa. Kakak nak tengok tak keluar-keluar sejak yg sekali hari itu je...
hehe... aduyaiiii... kalo mak cik no.8 jnis tu.ssh gak kan.. nnti slalu dtg... sesekali tlg apa y patut xpela...
eh...takut juga rasanya kalau ada jiran yg "terlebih mesra" sampai kita jadi rimas huhu
kenapa aku rasa scary kalau dpt jiran mcm makcik tu...tetiba je dah masuk rumah org? alahai...
Post a Comment