tarikh 16 Mei sgt signifikan dlm hidup saya - pada tarikh ini 16 tahun yang lepas saat-saat yang tak boleh dilupakan - pemergian arwah abah ke rahmatullah, semoga Allah mengampunkan segala dosa2 dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman - dan Hari Guru... Selamat hari guru untuk cikgu di hati, terima kasih untuk semua pendidik yg mengajar semasa di SK Karai, SMKA Slim River, UIA, adik ipaq ku - Dmun Ever, biras2 - kak long, sabrini, sahabat2 yang bergelar pendidik dan semua guru2 ..terima kasih atas jasa kalian..
walaupun dah 16 tahun tapi bila tiba je 16 Mei masih rasa sedih. Memori visual dalam kepala ni memang jelas lagi la walaupun dah 16 tahun kan...macam dvd yang di rewind berkali-kali..memang sedih sebab tengok muka arwah abah kali terakhir waktu jenazah dah diturunkan dalam liang.
Masa tu tingkatan 3 kan. Berapa bulan je lagi nak amik PMR. Memang nampak efek nya sampai PMR punya result teruk gila. Berbanding dengan sahabat yang lain, result tu memang agak teruk dan dibawak sampai hari ini la memori luka tu. Bersama dengan memori kehilangan orang yang paling disayangi waktu tu. Iye, memang diakui waktu tu sayang abah lebih sebab mak garang sangat - waktu tu la.
Tapi kan masa tu memang tertekan sebab kawan-kawan sekeliling ko mak ayah dorang semua muda-muda lagi. Masa tu memang tertekan nak terima kenyataan kematian orang tersayang. Bayangkan masa tu arwah abah dah umur 70 tahun. Genap 70. Perokok tegar lak tu. Mak bapa orang lain baru 40-an.
Banyak kali meroyan sorang-sorang tepi loker asrama mengenang nasib. Memang meroyan la namanya tu sebab arwah abah ada je lagi waktu tu. Tapi dah menangis beria. Rasa macam nak lempang tak ? Tapi bila tiba saatnya, kehilangan tu dapat diterima seadanya sebab perasaan "masih ada" tu memang kuat.
Arwah abah dulu memang sayang sangat la kat anak bongsu dia ni. Manja gila sampai abang kakak sume nak rasa jeles. cis. Suka hati orang la kan dah abah sayang kat orang lebih. Dah abah bagi kuasa veto kat orang sorang. Dengkis.
kalau la abah ada lagi hari ini, mesti abah bangga dengan anak-anak dia. Mesti abah seronok tengok cucu-cucu dia dan kehidupan kitorang sekarang ni. Arwah abah jenis yang cool dan suka belajar benda yang baru. Mesti dah sambar iPad lagi awal dari saya..
Kalau kita kehilangan orang yang kita sayang, atau kita yang meninggal dunia, hanya memori yang tinggal. Dalam ingatan, dalam hati. Tapi jangan lupa sedekahkan bacaan Qur'an dan doa setiap kali ingatan tu datang. Abah, tenanglah di sana. Amie sentiasa ingat dan rindu pada abah. Al-Fatihah.
Bila mengenangkan betapa sedihnya kehilangan orang yang kita sayang, terfikir macamana la cara nak mendidik anak-anak sendiri menerima situasi hilangnya orang yang disayangi. Baru-baru ni pun ada terbaca kisah budak yang murung, bunuh diri lepas nenek dia meninggal.
Bab mendidik ni apa kata kita serahkan pada yang pakar? Bak kata Encik Husben, guru ni terlampau meluas skopnya. Selagi kita diberi ilmu, orang yang memberi ilmu itulah guru. Termasuk 'love guru' ke bang? : )
Selamat hari guru abang dengan ingatan ikhlas tulus murni "Tahun ni dapat hadiah frame lagi ke?"
Happy teachers' day wahai semua pendidik sekalian.
Google doodle.
21 comments:
Ingatan padu terhadap orgtua kita sampai bila pun kekal amie.. moga rohnya tenang dan beliau ditempatkan bersama org-org yg beriman dan beramal soleh... doakan dia selalu
ami, long time no hear, dh abes pantangke ni?
arwah abah la yang menguatkan lagi semangat untuk terus maju dalam hidup...
selamat hari guru
moga arwah tenang di sana amin >_<
salam singgah n folow sini
dr
afasz.com
selamat hari guru juga :)
saat kehilangan orang tersayang sukar digambarkan....
moga arwah tenang disana...amin
Sy tak rs lagi kehilangan org tersayang. Malah tak tergambar...
=(
Al-Fatihah untuk arwah abah awak..moga beliau tenang disana.
sedihnyaaa huhu al fatihah...
sempat lg akak melawak ayat last tu hehe...
sebak baca posting ni...takpe asyik terkenang, dik. sbb bila terkenang tu, kita automatik akan sedekah doa. doa anak2 yg solehah la yg dinantikan oleh arwah :) jaga diri ye...
selamat hari guru kepada semua guru2 di malaysia
sama dgn hari guru la ye..xpalah..tabahkan hati.kita kena sentiasa berdoa buat mereka.tu yg penting.kita ni mula2 je rajin lps tu lupa trus..jgnlah kita lupa jasa ayah dan emak kita.doa lah buat mereka somoga mereka bahagia disana.oklah sy singgah dan follow.
http://johariblogger.blogspot.com
amie, hadiah frame tu wajib ada hihi, jimat tak perlu nak beli frame dah (^_-)
sedih...sbb aku pun kehilangan ayah...tapi untungnya ko sbb ayah sayang sgt kat ko...aku pulak sampai saat kematian arwah ayah, aku tak pernah rasa pun kasih sayang dia...
:(
al-fatihah utk arwah abah. lama tu dah 16 tahun. semoga roh tenang di sana..
Al fatihah for yr abah.. Mga diatenang di sana..
Dah habis oantang?
Btw the sleepbag lady beli kat blue dot baby dekat bangsar village, kedai ni sebelah kedai bebehaus...
Kalau nak beli online boleh jugak rasanya..
Ni website dia:
http://www.snoozaboo.com/
:-)
baru teringat nak bg frame kat cikgu taska nuha :p hehehe. selamat hr guru utk abang awak yer :)
semoga roh arwah ditempatkan bersama2 org beriman
Al- fatihah untuk arwah sis.. semoga rohnya tenang di alam sana.. amin..
sis, jwb soklan kt entry sy tu yer.. rumah sy ni baru 60% kot siap.. jangka siap ujung bulan nih.. next year jugak kot baru dpt kunci.. setahu sy jalan biasanya last progress.. maybe sis keliru kot ngan entry sy.. yg sy cakap dh dpt kunci & wat reno tuh umah SIL sy.. :)
amin.smoga roh arwah dicucuri rahmat
Post a Comment