Minggu ni Adik Baby dah 32 minggu..
Makin dub dab dub dab dangdut dah jantung ni..
Saya ok. Sangat ok. Makan pun ok je.
Masih gigih menapak untuk shopping..heh
Sebab nafsu shopping sudah mari!
Check up semalam dah nampak muka 4D Adik Baby..
Sama macam muka Abang Long! Hidung, mata dan bibir..
Subhanallah..
Adik Baby ok dan aktif. Alhamdulillah.
32 minggu, Adik Baby dah 2.1kg korang!
Cargas membesar sihat…sebab last visit baru 1.4 kg.. huhu
Tapi ada yang tak bestnya…
Sebab kita ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM)..
Berbelit lidah kan? Alaaa..kencing manis.
Tapi belum sampai tahap kena cucuk diri sendiri dengan insulin.
Masih tahap diet control (DC). GDM on DC..
Sebab keluarga saya memang ada sejarah diabetic…kuat ok.
Jadi masa ‘booking’ (buka buku merah) di klinik, memang kena minum air glukos (oral glucose tolerance test (OGTT)) untuk nilai tahap GDM..
Air glukos yang sangat sedap dan menyelerakan! hehe – ini tipu.
Rasa air gula la. Tapi tengok ramai yang muntah balik.
Apsal saya seorang je rasa macam sedap.
Macam nak tambah lagi..hehe
Sebab result OGTT saya dengan kiasu nya sangat tinggi..
Maka bermulalah tanggungjawab buat prosedur blood sugar profile (BSP)..
Iaitu buat ujian darah 4 kali sehari – kat jari je..
(pre bread, pre lunch, pre dinner and post dinner)
Setiap bulan kena buat. Semalam adalah kali ke 3 buat BSP.
Sumpah yang ni tak happy dan tak best..hehe
Menyerah jela..
Takpelah walaupun tak best..
Sebab nanti lagi best dapat anak yang sihat.. : )
Apakah itu diabetis gestasi?Diabetis gestasi adalah diabetis yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus kehamilan diserang penyakit ini. Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika: • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30; • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih; • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini; • keluarga anda mempunyai sejarah diabetis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai diabetis); • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah diabetis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah. |
18 comments:
scan 4d berapa rm ha?
*kalau klinik kerajaan check gula tu sehari kena datang 4 kali~hu~
alamak ye ke???
adakah sebab ini baby adik beratnya naik dengan jayanya?
apepon harap2 its a smooth process..
minum air gula sgt la membuatkan aku sakit tekak...apesal ko boleh rasa sedap ha? musykil aku...ekekek...
Dah semakin besar baby semakin besar risiko diabetic Amie dahlah ada genetic kan... jaga kesihatan dik...
Tak lama lagi dah...
memang dah nampak rupa dah kalau 32 minggu.... dah dekat sangat tuu... kami doakan semoga selamat semuanya... dulu isteri pernah puasa malam kejap sebelum nak pi test GDM tu keesokkan harinya... heee3x... takut kena tahan awal....
bujal : telah dijawab persoalan tersebut ye.. : )
lydzar : normal ke dak tu ek? risonyaaa
wida : adakah itu menunjukkan aku pelahap? haha
kakzakie : bagi la tips macamana akak bersalin mudah je..
kazman & sue : memang takutttt..smp ada la bab-bab cong sket2 sket..hehe
huhuhu akak pun tak suka minum air gula tu
p/s: semoga amie dapat bersalin normal, jaga makan dan ikut nasihat doktor ..
ami, moga tak de apa2 la ye..mmm..besar juga baby ami tu ye..apa2pun, take care kay..muahhh
Wah...membesar bagai johan adik baby yer. Aku blom pernah lagi minum air gula. Mungkin sbb check-up kat private kot.
Semoga semuanya ok yer nok.
seronok kan....
x sabar gak nk tengok adik baby.. hehe..
semoga awak dan baby sentiasa dilindungi Allah SWT
Semuga semuanya selamat ea :)
takpe detect kencing manis...biasalah kadang2 waktu preggy jer kencing manis ni...dah 32 minggu yek..sy lak dah 36 minggu ni...tak sabar nak bersalin ni...
ala akakk nak ler tgk adik baby... 4d lagi ha, takelah tunggu versi live semoga selamat semuanya... odaijini kak amirah...
macam akak mak ada kencing manis...
ngandung anak ke 5 ada pulak kencing manis...sekarang x pernah cek pulak..
takut juga..moga selamat semuanya
Sy ade experience minum air gula. Then kena bt diari menu yg sy amik tiap2 hari. Then sy kene amik bacaan gula setiap minggu. Oleh krn terlalu takut dgn kencing manis, sy diet ketat baekk punye. Bila after bersalin, sy kene hipo. Bacaan gula rendah sgt2 smpi kene tegur dgn nurse. Mslhnye, menu yg diorang bg tu betul2 tawar. Adehhh! Mcm ne nak nek gula sy???
ei air gula tu mmg tak sedap,tp masa tu pk air sirap jerk nak sedapkan hati..hehe
Post a Comment