Tuesday, January 03, 2012

Azam??

Selamat tahun baru 2012 semua...!!
Dah masuk hari ke 3 dalam tahun baru 2012 pun hari ni.

Semangatnya nak bekerja di tahun baru ni.
Braxton Hicks pun dah takde lagi.
Dan selamat balik Kuala Kangsar hujung minggu tahun lepas.
Malam semalam sampai di Melaka dengan sihatnya.

Esok hari baru dah bermula sebab sekolah kan bukak semula esok.
Maka, rutin harian kami laki bini akan bermula pukul 6 pagi semula...sob sob sob..
Dan menjawat tukang bukak opis semula seperti biasa.

Macam biasa, tahun baru ni takde azam pun.
Karang buat azam beria-ria tapi berusaha ke arah tu takde la pulak..huhu
Jadi biar takde azam yang spesifik.
Cuma berharap tahun baru ni lebih baik dari yang sebelum ni.
Dan dipermudahkan Allah atas segala urusan dunia.

Kenangan tahun 2011.
Banyak sangat.
Mengandung anak kedua mestilah yang paling diingati..huhu..
Melancong ke Vietnam 2 kali dalam tahun lepas.
Dapat kenaikan gaji dan bonus pertama kali di firma ni.
Ahmad  Raif Idlan dah 2 tahun.
Dapat anak buah baru.
Dan macam-macam kenangan bersama anak yang makin membesar.

Yang sedihnya, mak dah tak boleh berjalan macam dulu lagi tapi syukur mak sihat-sihat aje.
Moga tahun ni mak lebih sihat dan dapat berjalan macam biasa semula.

Moga tahun baru ni juga tahun baru yang baik untuk kita semua..

15 comments:

Heidi Shafiq said...

ade azam nak belanje saye x? ;P

ayu said...

moga tahun ni akan lebih membawa seribu satu cerita utk ami..

Anamarza said...

sama la ngan akak amie, tak de specifik azam, cuma nak jadi lebih baik dari hari sebelum je

lydzar said...

Happy new year! Amie cuba letak azam nk jadik Supermama yg pantas, cargas dan cun dimata suami dan anak2 tahun 2012 ni okeh...maklumla tahun ni bakal jadi mother of two. mesti berbeza punya dgn cara mother of one nih :D

amirah said...

HS : errr...errr..orang dpt gaji first la kena banje patutnya..heh

amirah said...

ayu : insyaAllah...moga dapat lahirkan baby ni dengan selamat dan sihat..

amirah said...

kak ana : tu la, takut nak pasang azam...huhu

amirah said...

lydzar: huhuhu..bagusnya cadangan lydzar ni..kena tanam azam ni sebab rasanya memang kelam kabut la pasni...hehehe

Sharinginfoz said...

selamat tahun baru

Hanis MY said...

happy new year kak amirah! samalah takde azam jugak hehe...

p/s: betul ke akak lalu mesin x-ray tu? obvoius gak mesin tu... bila masuk situ kena angkat tangan macam penjenayah tu dalam keadaan mengiring... ala takde pape, jgn difikirin dong...its ok, adik baby dah besau...

Cho Zila said...

2011 memang macam2 yang berlaku.. semuanya kenangan yang penting hadapilah 2012 dengan penuh keseronokan...

Fitri Senin said...

tahun ni nanti mira makin sibuk la ye

eelobor said...

azam saya nak tunaikan azam2 yang lepas....hihihihi

Lady of Leisure said...

happy new year.. moga tahun ni lebih baik dari yg sebelumnya.. :)

sahromnasrudin said...

azam???

kne tanya pakcik azam kot heheheheee