Juga adegan isteri muncung sehari tak dapat nak makan apa yang dihajati.
Semalam berakhirlah episod luka si isteri.
Bila dapat juga jejak kaki ke Tutti Frutti.
Ehe..
Saya punya. Banana and strawberry yogurt dengan melon yogurt. Toppings : lychee, dried berries, longan dengan strawberry syrup. |
Terlampau sejuk untuk si kecik ni. |
Agak luas dalamnya. Baru buka kan. Kerusi bau kedai lagi..hehe Dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam pada 20.11.2011. |
Suami kata "eh, takde pun benda-benda topping macam tu" ..heh |
Sila abaikan budak kecik tengah berusaha menggaru belakang sendiri. |
Yogurt dispenser. *ye ke namanya dispenser?* |
Tibalah masa untuk suami-sindir-isteri.
Harga boleh tahan gabak juga Tutti Frutti ni.
Suami kata boleh buat belanja makan lunch 2 hari.
Eleh, macam makan hari-hari pun.ehe
Inilah power of blogging.
Daripada orang yang tak tahu menahu.
Sampai teringin sangat nak merasa.
Dah lama di KL tapi baru di Melaka.
Kesimpulannya, siapa yang minat dengan yogurt mungkin suka.
Saya okay je, cuma semua toppings adalah sangat manis.
Terlampau ngeri untuk ibu mengandung diabetic seorang ini.
Tapi ini mungkin bukanlah lawatan pertama dan terakhir walaupun mungkin tak akan sekerap mana.
20 comments:
harganya mmg terkedu sedikit ...hehe
mahal gak benda trutti ni
haa betul tu. deko kemain tapi takdak pong,
Jgn xtau fit beli 3cup tu kena rm75!!!!!
mahal kan????aduyai....tetiba teringin eskrem magnum yg dlm iklan tuh..sedapnyeee!!!!
mcm ice room kat nilai kan...
Bila dah dapat tak usah sindir-sindir lagi. Sekarng mesti senyum-senyum kan. hihi...
wo wo...ni adalah antara list dlm JJCM aku ni..tak gi lagi merasa...
asal nak gi jer, anak lak batuk la, demam la...hehe...
ok, abaikan komen aku kat atas ni...
baru jap tadi, lepas lunch tadi baru pekena tutti frutti ni...yahuuuuuuu!! akhirnya dpt merasa gak..hehe..
daddy : bukan terkedu sket...terkedu banyak..tp RM5.30/100 gm. yogurt tu sendiri pun dah berat sgt..
velasrizal : sekali sekala bleh la..selalu boleh bengkrap
JO : aah...nak yg mcm ada oreo tu..
fit : biar betikkk
natasha : aah, memang mahal..magnum? dah melepasi tahap mengidam..dulu tetiap hari mesti nak makan...skrng takde rasa pun nk mkan
bro sahrom : ice room lagi bnyk pilihan kut..nmpk cam best ke ice room
kakzakie : hehe..pasni sindir2 untuk makan lain pulak..hihi
wida : amboi amboi...kenmain lagi ko nok..akhirnya berjaya jugak ko nak makan TF ni ek..hehe..so apa perasaan? up la entri satu
sekali sekala ok le kot
saya jugak yg belum penah merasa tutifruti ni lagi. padahal mmg hari2 lalu kedainya.
x sedap mana pun....mahal jer lebih kan :0
hi slm perkenalan.
Post a Comment