Sebenarnya saya sibuk beberapa minggu lepas adik ipar lelaki saya kahwin.
Majlis nikah dan sanding rumah pengantin perempuan 1 Oktober.
Sebelah rumah mak mentua saya 8 Oktober, Sabtu lepas.
Rumah pengantin perempuan di Temerloh, Pahang.
Maka, dapatlah juga kami berjalan-jalan makan angin ke Pahang.
Harap-harap adalah nanti adik ipar saya yang kahwin dengan foreigner..amin..heh
Penat weh kalau kenduri tak guna katering.
Penat tengok pun dikira penat kan?
Tapi kenduri bergotong royong lebih meriah dan 'meriah' dengan isu-isu.
Tapi sampai hari ini (Khamis) saya masih 'penat tengok'...aci tak? heh
Kenduri di Temerloh.
Kenduri di Melaka.
Untuk Meeh dan Rin, moga jodoh berkekalan hingga akhir hayat.
Berbeza pendapat dalam perkahwinan tu perkara biasa, matang-matangkan diri dan selesaikan dengan cara berhikmah.
Bertolak ansurlah dengan pasangan masing-masing.
Kenduri kahwin orang-orang sekarang membuatkan saya 'terasa' macam orang dulu-dulu.
Tapi macamana pun kenangan majlis kahwin saya tetap yang paling manis.
Mestilah.
Diraikan saudara mara dan kawan-kawan...
Dan yang paling utama dapat kahwin dengan boyfriend pujaan hati.
Perkahwinan ni memang banyak "perasa tambahan yang dibenarkan".
Ada masam, manis, pahit, pedas, 3 rasa, eh, eh..
Betul tak?
Saya rasa saya bertuah atas kurniaan Allah pada saya.
Cuma kadang-kadang banyak dugaan "dalam bentuk anak-anak dara cun" datang menguji kesabaran saya.
Saya redha kalau Allah nak berikan 'payung emas' pada saya.
Baiknyaaa..saya kan? Ada serupa macam isteri-isteri ustaz drama Tahajjud Cinta tu tak?
Pang sedas...heh
Tapi saya pun tak pasti dapatkah saya dengan 'payung emas' tu..
Dan saya yakin si dia faham kenapa entri ini sebegini pagi ini...doa saya moga rumahtangga kami bahagia hingga ke syurga.. : P
19 comments:
amie...why penutup entry camtu?
Sama2 la kita berdoa agar rumah tangga kita sampai ke syurga...Amin!
*Adus tak habis tulis ainul dah tekan apa tah, terus terpublish*
bak kata amie dugaan "dalam bentuk anak-anak dara cun" tu akak pun alami jugak, ni budak2 sek rendah yg dah macam anak dara gayanya cun melecun, body bergetah duk keliling hubby kat sekolah tercabar jugak tau...
Biasalah tu, dugaan dlm alam rumahtangga.
Tapi aku menci ngan ustaz dlm citer tahajjud cinta tu. Tak sabar nak tunggu esok...hehehehe...
Perantin sama cantik, sama padan.
Selamat Perantin Baru utk adik ipar mu.
kak ana, taktau la nak kata apa...kadang2 ada je ujian yg datang, padehal kita tak bersalah pun..tak pasal2 je jadi mangsa..memang skrng ni bahaya betul
fiza, perantin lama ke yang baru? hehehe...
alahmak..takut jugak dgn dugaan payung emas tu.. tp kita berdoa agar yang baik2 sahaja utk kita semua kan. semoga ujian yg turun tu dapat kita lalui dengan baik..amin
lydzar, dugaan payung emas ni selalu dtg..bertabahlah hati..huhu
semoga berbahagia dunia akhirat hendaknya :)
ami, kenapa ni??? alahai..sayu plak baca kisah ami ni...bersabar banyak2 ye..
memang penat tapi pada masa depan mesti teringat kan
cantik betul kaler dan baju warna biru tu ..sweet jer terasa nak bernikah lagila pulak ...haha
Suami sekadar pinjaman Allah buat ita di dunia. Kalau kita redha insya-Allah tak akan ada yg tak baik berlaku
semoga berbahagia juga buat kita semua..gelora perkahwinan pasti datang..pastikan ia menjadikan kita lebih kuat.. bukan terhumban..err.. ke sungai perak !
Akak... Sy turut mendoakan kebahagiaan akak n hubby n ahmad yg comel...
sama2 kita berdoa agar perkahwinan kita kekal abadi selamanya...
aku pun tak pernah lepas diuji mcm ni nok...malas je nak citer...huhu...
nota kecil tue agak sedih pula , saya doakan semoga kebahagian rumahtangga awak kekal bahagia sehingga hujung nyawa
kadang kala anak dara cun2 tue yg lebih2..kiter nie biasa2 je huhuhhhhh
Kena sabar mira, hidup sebagai manusia yg punya akal yg sempurna mesti ada ujian...
pertama kali di sini, salam kenal.
Dlh hidup berumahtangga..dugaan itulah sesuatu yg mematangkan kita sebenarnya, ramai pasangan beranggapan agak selesa bila tiada dugaan dlm hidup keluargnya...bila dah rasa selesa maka tggjwb akn beransur berkurangan, maka sebolehnya atau sebaiknya perbaiki dari hari ke hari agar sidia ttp seperti mula2 dulu...insyaAllah tiada timbul soal 'payung emas' tu.
Post a Comment