Thursday, September 29, 2011

Sakit kepala...


Hari ni sebenarnya ada makan-makan kat ofis.
Sempena raya la kaedahnya.
Walaupun Syawal dah habis semalam.
Maklumlah, semalam pun ada lain yang puasa.
Tak best pulak kalau nak buat jamuan time orang puasa.


Masing-masing ada bawa potluck.
Saya minta nak buat koktel je la.
Tak larat nak masak-masak.
Lagipun takut kalau saya masak, sedap sangatla pulak karang.
Tak habis-habis pulak nanti orang memuji.
Nanti jadi riak..hehehe..


Punyalah banyak makanan yang ada.
Ada sate, lontong, nasi impit, kuah kacang, bihun goreng, rendang ayam, rendang daging, nasi lemak, sambal sotong, kek, cupcakes, cendol, roti jala, karipap, kuih cara berlauk, puding kurma, popia basah, buah tembikai...
Amboii...list takde nak panjang lagi? hehe


Melihatkan list makanan yang panjang tu, jadi faham-faham la ye.
Apa yang berlaku seterusnya..
Makan telah bertukar menjadi mentekedarah.
Terus sakit kepala... grrr..


Esok kita tengok gambar-gambar riang ria Aidilfitri...





15 comments:

ayukhairy said...

banyaknya makanan....tak sabar nak tunggu gambar ni..

Hanis MY said...

sedapnya menu2..tak sabar nk tgk gambar kompem terliur tahap gaban ni huhu...

wahida said...

aku nak tgk koktel ko tu...hehe...

Unknown said...

kt opis saya pon ada mkn2 smlm..abes je mkn terus pening..ngantuk n muntah2...adoiii keluar blk mknn yg sedap2 tuuu

Daddylicious said...

tandas ada bertemu...hehe

Anamarza said...

tak pa lps ni boleh diet la dah, syawal dah abis no more open house kan hihihi

Fiza Rahman said...

menu makanan sumanya sedap ☺☺☺

Get well soon.

sahromnasrudin said...

agak2 kalau awak buat mee kari mesti sedap kan heheheheeee

zue said...

assalamualaikum,
mmg semuanya sedap belaka...smpai sakit kpala.

salam kenal.

Hanis MY said...

akak...mana gambar joli2 riang ria aidilfitri hehe saje je nyakat...

Lady of Leisure said...

semua sedap2, kalau i join nih kan, sure lepas makan klu nak bgn kene org tolong angkatkan hehe

a.samad jaafar said...

saya suka tengok makanan yg banyak tapi makan saya sikit je..tak pandai makan byk jenis makanan.. kira saya ni rugi jgk la kan..

chomelista homestay said...

Huwaaa rindu nya nak pot luck.
Kat ofis lama selalu ada mkn2 (besday, staff kawen, jamuan perpisahan, jamuan sambut raya, jamuan raya).. now kat ofis baru tak ada la :-(

Anonymous said...

Bila mkn byk trs rs weng!

Hana Soffelia said...

Hahaha if ada potluck kt opis, memang kejenya mentedarah jelh. :-p