Monday, August 22, 2011

Koleksi Kad Hari Raya Setakat Ini..

Sedih ko. Tahun ni dah minggu-minggu akhir puasa ni cuma baru dapat 3 keping je kad raya. sob sob sob..nampak sangat diri makin dah tak gelemer. Dulu masa kerja kat KL kad raya sana sinun..




Siap boleh buat tampal kat pintu lagi. Kemeriahan Aidilfitri la katakan. Ramai klien yang bagi. Kat sini tak ramai yang bagi. Kalau bagi pun kongsi-kongsi atau satu firm dia bagi satu je. Takkan nak berebut-rebut tarik-tarik rambut pulak kan..ermmm..


Rindunya dengan budak-budak ofis lama di KL. Ni kad raya dari seorang kakak clerk tu dengan seorang lawyer junior. Masa tinggalkan firm tu, budak ni masih chambering lagi, belum jadi lawyer pun.




Bos lama saya dulu seorang art collector. Jadi ofis kitaorang merangkap galeri seni jugakla. Kalau ada klien datang mesti bawa tengok lukisan sekeliling firm. Kat bawah firm pula memang ada galeri bos suami isteri. Segala macam artwork ada termasukla lukisan, sculpture besi la, kayu la dan segala macam lagi la. Yang pasti, kalau nak pergi galeri tu sorang-sorang tak berteman kirim salam la..huhu 


Kad raya ofis kami dulu memang bos saya tu akan ambil dari mana-mana koleksi lukisan untuk dijadikan gambar cover kad raya. Ini koleksi siri "Pertarungan" oleh pelukis Amron Omar. Koleksi ni bersiri. Jadi banyak sangat lukisan dari siri "Pertarungan" ni. Kad-kad raya sebelum ini pun ada lagi simpan kat rumah.


Sebelah kiri kad raya tahun lepas "Pertarungan", 2002.
Sebelah kanan, kad raya tahun ini "Pertarungan", 1997
Bila tanya bos kenapa pilih gambar orang 'bertarung' jadi kad raya? Jawapan bos, lambang pertarungan melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan. Serius tak faham orang seni ni..hehehe..


Tetiba rasa macam rindunya dengan kawan-kawan ofis lama. Yela, orang kata tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak ofis tempat pertama dapat gaji - kena marah dengan bos - kena seranah sebakul dengan klien - tempat menangis meleleh-leleh air hidung mengadu dengan kakak senior - juga tempat melarikan diri time klien yang macam kena rasuk datang..keh keh keh...


21 comments:

Sharinginfoz said...

saya dapat satu aja.....

Hanis MY said...

eh akak byk la tu sy satu pun takde tau alam maya adalah 1 hehe...

Cik Nor said...

tak dapat satu pun takat ni. mak tak kisah, heee...

Azian Elias said...

Sekarang ni dah terlalu canggih. Dah jarang kita amalkan hantar card raya ni. macam teringin gak..

Kakzakie Purvit said...

Alahai amirah mana lagi org nak hantar kad-kad sekarang nie. Dapat 3 tu dah terlalu baik. Kakak satu pun tak ada. Kalau kad hantar ke sykt memang banyak. Tapi amirah nak tahu tak, ofis kakak is the only Muslim. so itu kakak punyalah ye..Hehehe.... terperasanlah...:)

Anamarza said...

teringat zaman keje2 dulu, selalu kene letak kad raya dalam sampul tampal alamat klien, tapi buat ramai2 la, sambil tangan buat keje sambil mulut pok pet pot pek

Eliss said...

eliss dpt satu jer tahun ni , tu pun dato' vc bagi :p

sahromnasrudin said...

pernah kne saman tak kat opis lama?? heheheeee

amirah said...

bro nik : ok la tu drpd takde lngsung..

amirah said...

hanis : skrng ni mmng zaman takde org hantar kad raya kut..akak pun tkde nmpk pun org jual kad raya tahun ni..

amirah said...

JO : tkpe..jnji bahagia...hehe

amirah said...

kak yan : iye, kdng2 memang rasa teringin nak dpt espcly dr kwn2 yg jarang hantar

amirah said...

kakzakie : nampaknya memang kena perasan kan diri jugak..huhu

amirah said...

kak ana : sy pun ada buat dulu..seronok mcm kenduri...hehe

amirah said...

eliss : rajinnya dato vc bagi kan..

amirah said...

bro sahrom : belom lagi..hik hik hik..kut kena tnya ngan sprm tu mcm pernahhh je..hehe

wahida said...

aku baru dapat satu nok...itu pun ex boss aku yg hantar...time raya cina, haram aku x ingat nak send kad kat dia..kehkeh...

Fiza Rahman said...

Aku langsung tak dapat. Tak der org nak bagi...hehehehe...

amirah said...

wida : apesal ex bos ko anto? mesti dia nak pujuk ko keje ngan dia balik tak?

amirah said...

fiza : ni pun kira nasib le ada gak yg nk bg..hehe

shahrilhakime said...

ok le tu.....
awok yang personal hagham sekepin pun tak dapat...... yang datnag ni sume opis punye........huhhuuuhu