Selesai sudah puasa saya di hari ke 4 Ramadhan semalam.
Menggigil lutut menahan iman bila tengok Ahmad makan bubur lambuk pukul 6.45 petang..grrr..
Semalam pertama kali menjejakkan kaki ke pasar ramadhan.
Dekat dengan rumah mak mertua saya di Bukit Beruang, Melaka.
Param nya kecil je tapi sesak...
Maklumlah, dekat dengan universiti, kolej, berebut-rebut masing-masing student-student ni beli makanan.
Gila ko, murtabak yang fizikal nya tak berapa menggiurkan tu pun boleh habis..!!!
Happy gila muka pakcik murtabak tersebut sambil kemas-kemas kedai dia sambil pandang-pandang kerek kat peniaga lain..
Kesian mereka-mereka ini..sob sob sob..
Oh.."mereka-mereka ini" merujuk kepada student-student yang kelaparan tersebut ye..
Memang meriah param di situ.
Sampai terkeluar jugaklah statement berani mati daripada suami seorang wanita yang cute : "Next year abang rasa kita ambik satu geraila. Meniaga apa-apa. Kita buat nasik lemak berlauk ni gerenti habis"..
Yang dibalas dengan pandangan orang-tengah-lapar-sangat-sangat-jangan-buat-kelakar-seram-boleh tak-ala-ala "Ya Rabbi laki aku ni..!!" -- dalam hati..
Tips?? Ye, ye tips membeli di pasar Ramadhan edisi saya :
HANYA beli makanan yang dimasak di situ atau masih panas untuk mengelakkan sakit perut ATAU boleh mengambil langkah berani mati kamikaze seperti suami seorang wanita yang cute itu lagi (eh, laki aku lagikkk..!!) yang bertanya secara direct kepada peniaga : "Kak, ni karipap bila? Elok lagi ke? Semalam punya tak nak tau" -- masa ni dah babai tinggalkan dia seorang-seorang dah..hehe
HANYA beli di gerai yang ramai orang kerumun dan orang beli. InsyaAllah sedap atau boleh diterima tekak sebab dah masuk hari ke 5 Ramadhan.
HANYA beli sebungkus seorang sahaja. Caranya tawaf secara lengkap tanpa tertinggal satu gerai pun. Jadi, pilihan hanya boleh dibuat sekali sahaja. Ingat..!! Sekali sahaja. Kalau terlepas atau mengidam sangat, esok ada lagi pakcik tu. Tak kemananya dia sampai raya nanti.
JANGAN sesekali beli air yang memang diakui sangat kalerful yang boleh menggoyahkan iman. Boleh bancuh sendiri air di rumah. ATAU hanya beli satu jenis SAHAJA dengan membuat pertanyaan annoying berkali-kali seperti wanita cute tersebut bertanya kepada suaminya "Abang taknak beli air? Serious ni? Balik jangan menyesal.." jika malas membancuh air di rumah..
PALING PENTING..lepas beli terus belah dari param tersebut untuk mengelakkan penyakit rambang mata yang serius dan penyakit poket kering sebelum raya..!!
Selamat mencuba..!!
Selamat berpuasa di hari ke 5 Ramadhan...semoga hari ini kita diberkati...insyaAllah ...
16 comments:
ahahaha best2 macam mana nak cuba? kat sini takde param hik2... kellas la wahai akak amirah wanita cute i very like tang ayat2 yang double meaning akak mmg pakar maklumlah ahkak kan feguam handalan... bila dah lapar seme pun nampak sedap dan seme pun mcm nak beli mcm cinta hati sy eh ni sedap eh tu sedap pasni isteri tak berapa cute ckp, habis ke love nak makan semua ni...ehehe...
p/s: tak pernah g langkawiiii uwaaa daku betul2 kachiwa!
Aku klo gi param memang rambang mata, tak tau nak beli apa.
param kt rumah kami ni tak menarik. tak rambang lgsg mata ni..huhuhu
ooo param eh. baru ku dengar ini. ish ish
Kalau kakak masih boleh control tapi anak-anak manalah boleh kata tidak semuanya sedap di mata dia...:)
ya, kesemua nya betul dan sangat perlu dipraktikkan..
alahai sweet laa tips ni :)
haha...atau pergi 7 eleven jer...
semalam sayer pegi param kat situ.. ;p
akak sebelum pergi dah set nak beli apa, klau jumpa apa yg nak dibeli tapi rupanya tak menarik hati mmg tak beli terus
i pon beli 1 je tp tak abes juga.. mybe sbb mkn nasi byk kot
memang ramai sangat org pi pasar rmadhan ni
saya belum ke bazar ramadhan lagi.. tahun lepas kerap jugak.. err.. 2 kali kot.. saya makan sama spt hari2 biasa.. tp isteri saya rajin gi ngan maknya.. jarang saya jamah apa yg deme beli pun..baik tak saya ?? hahaha...
aku hari2 kena gi PARAM..tak sempat masak nok...
pastu wajib carik tepung pelita..
PARAM kat umah aku best tau...meriah!! byk kedai sampai aku rambang mata...apa kata ko terjah PARAM RAwang? ahaks!!
tapi rege kat PARAM ni mahei sangat...... kekdang tu tak masok akei....... kalo setakat nak bungkoih lauk singgit....memang deme tka layan....minimum mesti 2 ringgit..... 2 ringgit tu...ade le secoet je lauk nye....sabo je le....
mekasih kawan2 semua sebab mengomen..huhu..terharu eden..pape pun, kalo nak beli kat PARAM kena awas jugak, ok ke tidak makanan yg dijual.semalam beli pun makanan basi.kecik ati acik camni..huhu..semoga kita semua dijauhkan dr benda2 yg tak elok dan jugak peniaga yg tak ikhlas berniaga kerana Allah...
Post a Comment