Monday, June 27, 2011

Tulang Tangan Kanan Ahmad Bengkok...

Dah 3 hari tangan kanan Ahmad berbalut. Pagi ni insyaAllah dah boleh buka balutan dah. Ini balutan yang ke 2. Kesian sangat menengoknya sebab dia tunjuk-tunjuk pada balutan minta dibuka. Rimas agaknya.


Kami belum pergi jumpa doktor perubatan setakat ini dan belum x-ray lagi dan tak tahu sejauh mana bengkok/larinya tulang Ahmad. Setakat ni kami dah pergi berurut 2 kali. Yang kedua, saya ikut sekali dan sedihnya hati bila tengok Ahmad menangis. Sakit sangat la tu.


Saya pun tak pasti macamana boleh jadi macam tu. Setau saya, Ahmad jatuh depan saya dan  menangis sekuat hati. Jatuhnya tak serius mana pun. Bukan dari tempat tinggi pun, sebab masa tu Ahmad tengah berjalan. Cuma mungkin sebab dia jatuh menahan dengan tangan atau terseliuh. Tak pasti.


Cepat sangat masa tu. Yang saya tau dia kejar seorang budak perempuan Cina, agaknya nak main sama kat shopping complex. Lepas tu budak tu terlanggar dia. Bukan salah budak Cina tu pun sebab dia tak perasan Ahmad kejar dia. And someone has to be blamed and definitely it's me...sebab saya tak kejar dan pegang tangan dia waktu tu.. : (


Saya cuma sedar tangannya bengkak 2-3 hari selepas itu memandangkan peliknya Ahmad asyik menggunakan tangan kiri, termasuk gosok mata. Yang pasti tangan kanan masih boleh memegang benda-benda dan boleh pegang sampai kepala, tapi bila terkena sikit je tangan kanan dia, dia menangis macam kena dera.


Ada sekali dia terjatuh lagi kat rumah, terus menangis tak berhenti-henti sampai kena bawak pergi jalan-jalan dalam kereta sampai tertidur. Mesti sakit tangan sebab dia asyik pegang tangan kanan je..


Walaupun hati runsing dengan keadaan tangan kanan Ahmad, tapi saya lega sebab dia masih ceria dan sihat. Dan melasak ya amat.


InsyaAllah esok saya kongsi-kongsikan gambar budak sakit tangan yang macam tak sakit pun..   : P



17 comments:

Daddylicious said...

biasalah budak-budak ...

Bionic women said...

better gi bawak jumpa cod, xray..
kalau x serius boleh buat fisioterapi.

kang kalau patah tapi lambat tahu, xleh buat aper dah bila otot2 daging dah selaputi tulang patah tu.

ni kita bagitau based on pengalaman, kita patah bahu tapi lambat jumpa doc, then masa xray dia kata ada daigng dah tumbuh, so xleh nak wat fisioterapi sebab nnti daging tu akan rosak..uhhuhu.
sampai sekarang bahu kita senget

Anamarza said...

betul la amie, elok bwk pergi x-ray, biar doktor yg check. Anak2 akak klau jatuh even setakat benjol kat kepala ke tetap bwk klinik jugak... takut ada pendarahan dalaman

a.samad jaafar said...

salam.. lama tak ke sini..

bab tangan bengkok ni susah nak beri pandangan..sebab tak dikabo keadaan.. err.. mun di kabo pun tetap la juge saya idok tawu hihihi.. tp, tu la.. sian ngan anak kan?

pstt.. rupanya kita bersaudara ye.. ayah saya cerita, ayah amirah pernah menolong arwah mak satu masa dulu..terharu saya..

Fiza Rahman said...

Siannya ahmad. Benda dah nak jadi, tak bley nak salahkan diri sendiri gak.

Gi x-ray lah amie lagi better, detail sket. Get well soon to ahmad. Sedih plak baca bila ahmad nangis²...sakit sgt lah tu.

Anonymous said...

kesiannya baca...get well soon

Hanis MY said...

akakkkkk kesiannya ahmad! sedih sy baca, odaijini ye, budak2 mmg mcm tu la kan nak2 boy lasak suka lari, anak buah sy lagi la sampai tahap takleh bw g shopping complex nanti tak jumpa cari...okies sy nantikan update tu

sahromnasrudin said...

sy doakan dia tak alami kecederaan yg seriyes ya

jemarioren said...

siannye. kecik2..kita pun mengaduh. mmm...jadik cite gelak2 bila dah beso nanti.

ayukhairy said...

ami, bawa la jumpa doc..siannya ahmad..mesti sakit tu kan..

velasrizal said...

semoga dia cepat sembuh

Sharinginfoz said...

sorry to hear that, semoga tangan ahmad tak ada apa-apa masalah

wahida said...

kesian ahmad...better ko bawak dia gi check cepat...

aku lak yg risau neh...

Eliss said...

saya dulu terseliuh jari, pastu takut ckp kat mak.bila mak tahu, dah seminggu, bw gi berurut, tukang urut ckp, jari me dah tak boleh betul dah.so bengkok sampai skang.better jumpa doktor cepat2..risau kecik2..semoga dia ok ajer.ameen

mekchu said...

a ahh.. baru nak mintak tunjukkan gambar.. dengar pun dah kesian.. budak kecik kan.. adoiiii... semoga ahmad cepat sembuh.. jgn lasak2 lagik taw..

Proud Mama's Dairy said...

ooo... pity Ahmad. Bila tgk anak yang suka me'lasak' tetiba dapat sakit yang membataskan kelasakkan... kesian kan? moga Ahmad cepat sembuh dan jadi kuat mcm "maman"...

Ardini Humaira said...

adik dni yang pempuan penah terseliur bahu masa umo 3 tahun ... 2 x... dia sorang je dak kecik duk dalam wad... teringat time tu :)