Friday, June 17, 2011

I was in Ho Chi Minh City : Post Vietnam War (Day 1)

Sebelum jadi berulat, baik saya keluarkan entri-entri basi ni..lagipun takde idea baru nak menulis....Kami decide nak pergi Ho Chi Minh dengan travel agency akhirnya walaupun sebelum tu verangan lebih lebih nak jadi backpackers yang kental di bumi asing macam dalam Amazing Race...


Bertolak dari Melaka naik bas ramai-ramai dengan acik-acik pukul 4 pagi. Nasib baik bos kecik dalam mood yang sangat baik. Tak menangis mahupun buat drama swasta pagi-pagi buta. Sampai di LCCT pukul 6 lebih. Solat Subuh dengan breakfast dulu kat LCCT sebelum fly pukul 9 pagi.







Black Knight is coming...

  





Suspek : Budak kecik tengah boring
Tempat kejadian : Lantai departure hall LCCT
Modus operandi : berenang-renang atas lantai
Motif : tidak diketahui tetapi kemungkinan protes secara aman kehendak tidak dipenuhi.
 
Nasib baik Vietnam tak jauh sangat. Dalam 2 jam je. Jauh lagi kalau pergi Terengganu naik kete. Kalau jalan kaki ikut jalan darat insyaAllah boleh sampai dalam masa 2 bulan atau sebelum raya. Ok merapu.


Tapi dalam sekejapan tu tetap la jugak nak beli makanan dalam AirAsia sebab nak feeling-feeling macam travel jauh.









Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di waktu siang yang memang happening.
Gambar beg-beg sebelum beg-beg tersebut beranak.


Sebelum tu babah Ahmad dah berpeluh dah nak menjawab dengan pegawai imigresen airport ni sebab seludup "sesuatu" yang tak sah di sisi undang-undang..hehe..tu la, tu la...Pegawai-pegawai dia strict, dah macam tentera dah...Jadi kalau datang sini, silala jangan bawa barang yang dilarang ye,..
   
Tourist guide kami. Lee namanya. Free thinker dan masih single. Baik, dan mesra. Full time tourist guide merangkap tukang geletek dan cak cak Ahmad secara part time.


Ini pulak tokey bro Lee tu. Yang ni dia bagi cenderahati daripada company dia. Tak selalu pun jumpa dia. Rasanya dalam 3 kali je dia ada datang jenguk. Taktau kenapa, tapi bila tengok muka mamat ni, terngiang-ngiang drama Korea. ehe ehe..



Kenmain panjang lagi tagline nya..hihi

Cuaca memang panas terik masa kami sampai. Sama macam Malaysia. Dan di sana masa tu tengah "Summer Holiday" bermaksud cuti sekolah sampai 3 bulan.  Memang masih kuat pengaruh sebab rasanya Vietnam bukan negara bermusim. Ni Lee yang bagitau, kalau dia bagi ajaran sesat, memang sesat la siapa yang membaca..hhihi.. 








Kami menginap di Hotel Saigon di District 1. 3 bintang je. Bilik hotel yang agak lama tapi memuaskan la. Yelah, keluar pagi balik malam atau petang je. Jadi takyahla mahal-mahal sangat pun asalkan selesa. Ada disediakan safe sekali. 


Sila jangan pandang sebelah mata TV dia tu. Terbaik sangat tv tu. Channel banyak gila sampai taktau nak tengok yang mana satu. Hatta, cerita-cerita-kena tutup mata-Ahmad-mata mama bukak takpe- pun banyakkkk..maklumlah, ada juga channel Australia. Malaysia pun ada!! Upin ipin pun ada...!!*jakun*


Kalau jadi backpaker, rasanya lebih banyak pilihan kat sekitar District 1. Memang banyak pilihan. Yang penting kena survey dulu. Kat agoda.com pun boleh survey yang mana sesuai untuk family, dan yang single. Yang berbintang-bintang, takde bintang ada taik bintang semua ada..


Hotel kami ni berdepan dengan Saigon Sheraton Hotel di Jalan Dong Du. Yang best sepanjang jalan ni depan hotel kami ada Masjid Musulman dan masyarakat Islam Melayu Champa adalah sebahagian daripada masyarakat Islam minoriti kat Vietnam. Melayu Champa boleh berbahasa Melayu walaupun dalam dialek lain dan mesra. Jadi kalau dah namanya minoriti, azan pun hanya boleh dilaungkan di dalam masjid sahaja.


Sebelum check in hotel, kita makan dulu..!! Yang bestnya lagi, hotel kami ni senang gila nak cari makanan halal. Kat tepi je ada kedai mamak dengan restoran halal. Seberang jalan pulak ada restoran halal orang Melayu Malaysia, Restoran Nyonya --- kalau tak silap. Tuan nya perempuan Melayu dari Johor datang berniaga kat sana.


Our lunch on Friday, our first day, at Restoran Nyonya..Gambar lain tak sempat nak snap
sebab photographer dah kebulur..heh

Makanan nya semua sedap-sedap ok. Tapi tak dapat dipastikan kebenaran samada sedap sebab memang sedap atau sebab dah memang pelahap..hik hik.


Agak-agak la kan, kalau dah namanya susah nak cari makanan halal, memang mahal la sikit harganya. Teh tarik pun lebih kurang RM5. Makan roti canai dengan capati, kopi ais dengan kari ayam kat kedai mamak sebelah pun adalah jugak dalam RM20++..


Ditambah pulak dengan mahalnya harga sewa kedai. Intebiu dengan tuanpunya kedai, sewa kedai USD34,000.00 sebulan hokeh...!! Dollar Amerika. Mana la tak harga teh tariknya RM5.


Tapi Jalan Dong Du (hotel) dan Jalan Dong Koi (dekat-dekat hotel) ni macam area Bangsar atau Bukit Bintang la. Macam golden area. Lee yang inform kata tanah kat sini mahal sampai USD50,000 sqf. Mahal nak mamp** ok. Nasib baik aku duk Malaysia. hehe..   












Ini Pejabat Pos Besar Ho Chi Minh. Kalau tak silap, salah la tu, namanya Buen Dien Kantor. Pejabat Pos yang juga terbesar di Vietnam. Reka bentuk dalam dan luar dia menarik sungguh, macam stesen keretapi Eropah. Terasa macam kat Paris pulak, tengah hanimun. heh.. Maklumla, semua bangunan yang seni binanya ala-ala zaman Renaissance ni dibina masa Vietnam masih di bawah pemerintahan kerajaan Perancis.


Banyak lagi bangunan sekitar situ yang cantik-cantik yang seni bina nya menarik, macam City Hall, Notre Dame Basilica, Reunification Palace, Municipal Theatre yang ala-ala era kolonial....






Memang terlampau banyak motorsikal kat sini. Lebih kurang 5 juta motorsikal. Macam-macam jenis la motor. Kalau motor cup tu biasala, maklumla bujet sket. Lee kata kat sini takyah bayar road tax. Tapi lupa plak nak tanya Lee, agak-agak satu rumah average ada berapa motor.


Cara pemanduan = berani mati ok. Maka, nak kalau nak melintas, silalah mengucap siap-siap. Kitorang ni nak melintas siap menjerit-jerit bagai, maklumla kena angkut stroller dengan tuannya sekali..hehe 


Jadi, kalau dari pemerhatian mata kasar tanpa cermin mata mahal, banyak gila kedai jual moto, kedai jual helmet yang cute, cute!! Helmet hello kitty kaler pink memang in. Rasa cam nak beli seploh untuk souvenir tapi susah nak bawak balik banyak-banyak. ehe...


Tu polis trafik la tu. Lagi satu kemusykilan, uniform polis-polis dorang ni nampak macam baju pinjam je. Selalu nampak macam besar dan bukan size sendiri je.


Petang pulak acara bebas. Bebas = shopping ye encik-encik dan puan-puan. Tempat shopping yang paling terkenal kat District 1 untuk pelancong-pelancong tentulah di Cho Long - China Town yang ada Ben Thanh Market. Pasar ala-ala macam Pasar Payang. Masa ni kami berdua belum warm up lagi. Ala, rileks la baru hari first. Dah agen bagitau kita memang akan ke Pasar Ben Thanh hari-hari. Ye, betul! Hari-hari mahu...aummm 




 Yang ni restoran bertentangan dengan Pasar Ben Thanh yang Presiden Amerika datang makan masa tahun 2000. Lee sebut Presiden Bill Clinton waktu tu. Sebab tu nama dia PHO 2000. Pho = Presiden. Eh, ye ke tahun 2000, Presiden Amerika Bill Clinton?..ahak ahak..lupa

 Gambar Pasar Ben Thanh akan menyusul kemudian....










Mee goreng mamak..





Ketam yang telah dihukum, kena gari kaki dan tangan..



Malam tu makan kat Restoran Lion City. Owner dia orang Singapura kut. Menu nya adalah sepertimana gambar di atas. Makanan semuanya ok dan rasanya mahal kut harganya. 


Nampaknya di luar negara, susah nak pastikan kehalalan makanan dan "pembahagian" antara keduanya nampak sangat slim. Mungkin restoran itu sediakan makanan halal dan dalam masa yang sama serve alcoholic drinks or meals (?) macam kat Malaysia juga. Jadi, pastikan anda tak was was kerana sesungguhnya halal itu jelas, haram itu pun jelas....


Lepas tu jalan-jalan sekitar kawasan dekat-dekat situ..pastu balik hotel dan pengsankan diri untuk next day..


Sila jangan jemu baca ye... : P .... To be continued.....



17 comments:

Wan Anie said...

wah... best! patut lama senyap.... lepas ni ajak akak pi Saigon yer!

eelobor said...

hahahaha, mula2 berangan gak nak pegi. pastu terus kansel bila teh tarik pun dah RM5. hihihihi

Hanis MY said...

bestnyaaaa esp tang makanan tu, gambar pun mearik seme... rasa mcm hanis pun duk situ gak hehe... comel ok budak tecik tu beraksi di LCCT...

Anamarza said...

Mahal eik amie...huhu tak pa la at least dapat gak tgk negara org kan

ayu said...

entri yang ditunggu2 sudah tiba...wahhh...mewahnya makanan2 kat sana kan..

amirah said...

takdela kak wan...ni citer lama la..sejak menjak ni busy sgt...jom jom..kita nak pergi lagi la kak wan..

amirah said...

bro eelobor, jgn susah hati sbb brng lain murah insyaAllah...jom jom pergi

amirah said...

hanis, sebab agen yang carikkan..tu yg takde masalah tang makan tu..baru bajet nak diet sebab tak makan nasik..rupa2nya semua pun nasikk

amirah said...

kak ana, bertungkus lumus gak la nak kumpul duit ni..hehe

amirah said...

ayu, kitorg ni ikut agen je..rasanya memang ok je semua..hehe..best la ayu..jom la pi sebab amie nak pi lagi nnt

Hanis MY said...

ala kak nk diet hapenyer...ok je sy tgk, cun melecun je... ahaha lawak la akak ish kalau ada anak nanti takmo lepas nk duk tepi anak je hehe...

fiza said...

Phewww...habis pon baca ☺☺

Brg apa lah yg di seludup tu yer...cer citer...cer citer..^_^

sahromnasrudin said...

bestnya awak dpt berjalan2..mesti seronok bersama dalam sebuah keluarga kan..syabas!!!

Sharinginfoz said...

seronoknya pi jalan2...... bila le nak pi keluar malaysia ni

Hanis Haizi said...

wahhh seronokknyaaa! travel dgn anak. mcm tingin lak nak ke vietnam.. mesti murah2 kan

Hanis MY said...

kak amirah, kabocha tu sedap tapi takleh lawan kesedapan makanan kat blog akak ni ha, tiba2 terliur nk makan ketam masak lemak hehe..sedapnyerrr nyum2

wahida said...

kalau aku ke sana, mmg blog ko yg aku bukak dulu...

nok, aku ari tu dlm flight ke langkawi walau pun sejam, tetap order makanan, feeling pegi obersea...keji tak?