Pertama kali ke sini selepas lebih 2 tahun kompem jadi warga Melaka dan menderhaka pada Perak yang tercinta..uhuk uhuk..
Tapi bila ke sini, tengok-tengok cuma ada 5 peniaga je yang berniaga. Antara yang dijual, kek lapis Sarawak, mainan kanak-kanak, kain pasang, tudung dan baju wanita, aksesori/perhiasan. Ada lagi, tapi dah lupa.
Dulu masa mula-mula dengar pasal Car Boot Sale ni terasa sangatla nak pergi. Maklumla dah terimejin macam car boot sale/ garage sale kat oversea gitu.
Ingat lagi, masa mula-mula perasmian Car Boot Sale ni, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka datang dan jual baju-baju beliau. Ramai yang datang waktu tu. Peniaga pun penuh. Segala benda ada jual. Masa tu saya rasa, OMG! -- oh, menarik gila!..Eh, jangan tersalah anggap, saya takde di tempat kejadian. Saya baca dalam suratkhabar je. heh...
Tapi bila pergi last week, kesiannya peniaga kat sini sebab tak ramai yang datang. Kalau dinilai dari segi harga sewa memang murah sangat-sangat. Bayaran sengget je pun. Dari pukul 9 pagi sampai 1 tengahari pulak tu. Lama jugak untuk harga yang murah sangat. Dulu, saya pun verangan nak kepoci jual menjual kat sini. Tapi tanakla bagitau apa yang saya nak juak, nanti korang gelak..heh
Dari segi kawasan, luas dan selesa. Kalau ramai-ramai rombongan Cik Kiah nak masuk pun rasanya masih ok. Tapi heran jugak kenapa tak ramai yang berminat nak berniaga. Rasanya, salah satu sebab peniaga kurang adalah kerana tak ramai orang yang datang.
Saya rasa nak bagi cadangan bernas la. ok, cadangan ditutup!
Pertamanya, kena perhebatkan lagi la promosi perkenalkan Car Boot Sale ni. Kalau duk letak banner tapi kat tempat-tempat yang tak strategik, orang pun tak nampak.
Lagi satu, bolehla iklankan kat dalam radio rasmi negeri Melaka, Melaka.fm. Selalula iklankan. Moga ramai yang datang nanti. Lagipun waktu hujung minggu bukan rakyat Melaka je yang ramai, orang luar pun ramai yang boleh datang.
Pastu kena la pastikan jalan ke kawasan Car Boot Sale ni segala papan tandanya ok dan dapat membantu. Haritu, nyaris saya *iye, saya lah orangnya yang telah dipaksa rela oleh incik suami untuk berlatih bawak kete kat situ* tak bertembung dengan kereta dari arah depan sebab saya pandai-pandai je guna one way. Tapi saya takde rasa bersalah pun sebab papan tanda yang mengelirukan! *awas, ini adalah satu alasan* Rasanya kalau yang tak biasa pergi ke kawasan sana boleh sesat jugak tu. Mungkin sebab terceruk sikit kawasannya, jadi agak kurangla sambutan..
Dan ada baiknya juga diadakan sesuatu yang lebih menarik perhatian orang ramai ke sini. Misalnya buat sesuatu aktiviti, contohnya macam karnival santai bersama keluarga kat area ni. Jadinya, orang ramai pun lebih tahu dan berminat nak ambik tau. Ke panggil artis ke buat persembahan...Bukan ke orang kita suka artis..uhuk uhuk terbatuk
Kalau tak berjaya juga...ermmmm boleh tak kalau dikatakan Car Boot Sale masih belum dapat diterima kat sini?
Kalau tak berjaya juga...ermmmm boleh tak kalau dikatakan Car Boot Sale masih belum dapat diterima kat sini?
credit : http://ohmelaka.com
14 comments:
bagus juga ada benda alah ni..
hmm..tak kira nak cadang jugak
1. buat sebulan sekali ke dan hebah2kan.
2. buat pada hujung minggu pas musim gaji ofcoz, kasi perabis duit pembeli
3. ...(tengah pikir)...
menarik..tapi sayang tak de sambutan kan..huhu
kurang promosi dan tempat tak strategik memang buat apa2 sekalipun susah nak dapat sambutan..
psst apa yg amie nak jual tu...ce citer skit (^_*)
bro nik : bagus sebab boleh jual apa yg kita nak jual..jgn jual benda haram sudahh..
jemarioren : bagi voucher pree?? buleh tak? buleh tak?
ayu : aah la ayu...org melaka sikit sgt kut
kak ana : aah la kut kak..kawasan tak ok kut..hihihi..akak nak tau ke?hehe
waaa menarik tp syg takde sambutan...tak pun mcm akak ckp la kena pomot2 lebih gitu...pastu brg2 pun biarlah variety sikit kan...
aah la hanis...sian kat dorang ni..sebab pomot2 ni patutnya penganjur yg buat
amirah..
Car Boot Sale tu hape ?? yg jual kat boot kete tu ye..
purak-purak bodoh la kali nih..
baik mike menjuei kat kaghei je la amirah weih.. juei ape yg sesuei nanti kite bincang yak..
saya ngan hubby selalu nak menjual kat car boot sale ni, tapi x tau nak terjah maner..hehehe..
Saya mencari peniaga yang berminat untuk berniaga versi "Carboot sale" di Nilai sempena karnival iCEPS7 Universiti sains Islam Malaysia yang akan diadakan pada 8 Oktober 2011, tempat dataran Nilai @ Stadium Tertutup Nilai, terdapat aktiviti lain seperti concert, pameran, sukan lasak dan lain2. kepada peniaga yang berminat boleh hantar butiran nama, no telefon,no kereta ke atishakirashabri@gmail.com. charge untuk satu lot parking kereta RM20, kami yakin pengunjung memang ramai.
ala...baru igat nak p jual barang baby sy yg dah tak pakai ni, sementara barang masih br jd sy nk jual le sblm dia bkapuk lame.adeh..xde rmai plak org dtg sne.mesti bosan gile klu dok tercongok bjam2 kt sne.yela promotion kurang, sy pn br tau psl ni.hehe...
car boot sale masih beroperasi lg ke sekarang? saya berminat nak menjual la
salam sesiapa warga Johor Bahru. meriahkan CarBoot Sales Bukakbonet JB di Tapak permainan, Taman Nusa Idaman,Johor Bahru,Johor. Berdekatan Columbia Asia Hospital,2nd link.
please like FB page https://www.facebook.com/BukakbonetJB
Xde lg ke event camni ek
Post a Comment