Monday, February 21, 2011

Hartawan

  1. Senarai orang terkaya di malaysiaRobert Kuok – RM50.04 bilion
  2. T. Ananda Krishnan – RM45.78 bilion.
  3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.77 bilion
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM12.74 bilion
  5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.89 bilion.
  6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM10.75 bilion
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion.
  8. Puan Sri Lee Kim Hua – RM7.43 bilion
  9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM4.77 bilion.
  10. Ong Bee Seng – RM3.98 bilion
  11. Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion.
  12. Tan Sri Vincent Tan – RM2.43 bilion.
  13. Datuk Lee Yeow Chor
  14. Lee Yeow Seng
  15. Datuk Seri Lee Oi Hian
  16. Datuk Lee Hau Hian
  17. Tan Sri Yeoh Tiong Lay
  18. Tan Sri Lau Cho Kun
  19. Datuk Mokhzani Mahathir
  20. Tan Sri Jeffrey Cheah

Minggu lepas kat sokabar ada keluarkan Senarai Terkaya Malaysia untuk tahun 2011 berdasarkan jumlah pegangan ekuiti pada tahun 2010 seperti di atas. Harta mereka-mereka itu sangat la banyak kan tuan-tuan puan-puan. Berbillion-billion. Gila kentang banyak harta mereka itewww. *remaja tak??*

Walaupun saya tak banyak harta, tapi rasa macam nak bercerita juga tentang orang yang banyak harta. heh 

Masa kerja kat KL dulu, ada la sekali tu saya pernah certified slip gaji client yang gajinya RM70,000.00 sebulan! Tak termasuk travelling expenses dengan entertainment expenses yang ghase-ghasenya enam puloh hibu hengget sebulan..

Masa tu dia nak apply untuk visa anak dia nak belaja obersi. Kat UK. Pastu dia citer anak dia kejap kejap nak amik kos law kejap tukar medic. Mentang-mentangla ayah dia kaya. Main tukar-tukar je kann..sabor jelaa...

Dasat gaji dia kan? Pastu certified EPF statement dia..ermmm malas nak citer. Benci tau. Pastu banyak giler pulak fixed deposit cert la, harta sini sinun. Time certify dokumen-dokumen dia tu rasa cam nak menitik airmata terharu (terharu??) sebab waktu tu, gaji bukan sipi-sipi...tiga persen dari gaji client tu pun jauh sekali! Hai apa la salah kalau dia campak seribu dua pun..takde efek pun kat rete dia..tulun tulun jangan report..hehe

Itu cerita orang makan gaji, banyak lagila experience dgn orang-orang kaya ni. Ramai jugak sebenarnya client-client orang kaya yang senyap-senyap.

Ada sekali tu, client tu nak beli rumah. Tapi dia tu keje kampung je. Tanam pisang la tapi. Buleh pulak dia bawak empatpuluh hibu hengget cash dalam beg plastik masa datang opis kitorang! Kuss semangat...!! Agaknya orang tengok penampilan dia orang tak selera nak merompak. Tapi sebenarnya dia kaya. Nasib baik dapat loyer yang baik tak gelap mata cam ai ni. *jangan muntah dulu* ...

Ada sorang client kat sini pulak, memang terkenal la banyak duit. Tapi kan, kalau korang tengok dengan mata sendiri, sure korang rasa sedih sangat. Rasa macam nak tolong sikit rambut dia. Baju dia..sob..sob..sob..Padehal dalam akaun dia ada berbelas jota hengget Malaysia tau! Ini serius! : P

Jadi, jangan pandang orang sebelah mata dan jangan suka-suka je menghina-hina orang lain. Semua makhluk Allah sama di hadapan Allah kecuali banyak kurang amalannya. Jadi, kadang-kadang bukan dia tak boleh beli henbeg LV tu..dia saje je taknak beli. ehem ehem..

Tapi mereka-mereka di atas adalah usahawan/businessman. Betulla tu. Kalau buat bisnes jadi usahawan baru buleh jadi hartawan. Kalo makan gaji, belum sempat lagi dapat slip gaji dari HR, dah babai dah gaji tersebut..heee..

Jom buat bisnes jom!! Tapi ghase ghase nya bisnes apa yang paling best dan seswai untuk orang yang keje opis makan gaji, ada anak sorang-tapi-macam-ada-anak-saploh orang-asik ngantuk. Pastu goyang-goyang kaki, kira duit, masyukkk....hehe..panggg!!

Ok2..ce citer ce citer bisnes apa yg seswei...



27 comments:

Anamarza said...

makcik makan kaya jer tapi tak kaya2 jugak...tapi kan yg kaya2 tu ramai yg chinese malay duk tang mana jer

ardinihumaira said...

bestnye laaa hai.. bila nama kita lak nak ado dalam list tu hehe

Proud Mama's Dairy said...

meh kita jadikan ini sebagai motivasi... kalau baca n nengok susur galur org kaya2 ni... mereka ni bukan senang2 dapat duit selepuk masa dulu2...pun susah gak masa nak jadi kaya.

Proud Mama's Dairy said...

meh kita jadikan ini sebagai motivasi... kalau baca n nengok susur galur org kaya2 ni... mereka ni bukan senang2 dapat duit selepuk masa dulu2...pun susah gak masa nak jadi kaya.

Hanis MY said...

ya ampunnn pengsan! haha..eheh betul la kak ayat muda remaja tapi pe salahnya akak kan masih muda remaja gitieww... wow LV? nakk tapi apakan daya huhu

Lady of Leisure said...

murah rejeki kan hehe

man yusoef said...

sokong!! hadis nabi pon ada cakap 9/10 rezeki dtg dri perniagaan...setakat keje makan gaji je mmg tak mampu le..hahaa..ape lagi kak, jom kite wat JV...hahaha..

ayukhairy said...

ami, apa kah kebolehan anda??memasak?? menjahit atau buat marketing?? mmm, benda tu boleh buat ami..cuma kena rajin kan..hahaa

BIONIC WOMEN said...

kat kampung hubby ada sorang pakcik tu, kerja dia buat rumah jer, tapi anak dia memang kwan ngan hubby masa kecik ag..then masa anak dia nak kawin, dia gi suh amik duit 5ribu bawah bantal dia tidur. Pastuh bawah tikar bilik solat dia ada 10ribu. dia kata dia malas nak beratur kat bank, takut org x suka dia bau peluh, sebab hari2 dia buat rumah..huhu..ada jugak. tapi tngok pakcik tu sempoi jer, hari2 x pakai baju, seluar compng camping, dengan tool kit jadi tali pinggang..hehe

Hanis MY said...

haha...man gedik sebab dia panggil sy mat tams itulah tak sbar nk tgk komen dia dah la dia tak suka justin bieber kan?

wahida said...

aku org yg ke 21, apasal ko x publish? ahaks...

amirah said...

kak ana..yela..heran kemana kah menghilangnya usahawan2 melayu yg lain..?misteriiiiiiii

amirah said...

dini : erkkk...nanti tggu blogshop dini meletup2 ok

amirah said...

proud mama's diary : yup..sgt2la betul.cthnya mcm tan sri syed mokhtar sendiri.dulu orng susah

amirah said...

hanis : kan kan..nak jugakkkk..

amirah said...

lady : murah rejeki kalau beliau2 itu mencampakkan barang satu dua riban kepda saya..hehe

amirah said...

man : kita wat JV bisnes gmbr orang kawen guna dslr pinjam kat abg man buleh? pastu kita jual kat e-bay..hua hua hua

amirah said...

ayu : rajin? hehehe..gelak dulu la..takde soft skill cam ayu.nak buat kek pun x pernah ni

amirah said...

eily : biasanya ada org yg mcm tu kan..yg usahawan2 tersenarai tu berdsrkan dorang punya pegangan ekuiti.tak kira la dorang punya aset tunai dan liabiliti.ntah2 ada org yg lg kaya..heh

amirah said...

wahida : laaa...tertinggal la tu..nnt kena edit la entri ni..hehehe

azzey said...

Agak2nya ada x bisnes yang pasang niat dlm hati je. Tau2 untung masuk dlm akaun...

Sharinginfoz said...

memang seronok kan kalau gaji banyak2 tapi manusia tak pernah puas kan

sahromnasrudin said...

saya setuju..kalau nak kaya, kne jadi usahawan..kalau makan gaji ( termasuk saya) setakat lepas makan, kereta, rumah je la huhuhuhuhhh

azzey said...

AS SALAM SAJE DTG JENGUK AWAK KAT SINI..

amirah said...

azzey : kalo ada la yg jenis pasang niat je..kompom anta surat resign skrng jugakkk..haha

amirah said...

bro nik : betullll..namanya pun manusia..selalunya mcm tu

amirah said...

bro sahrom : hihi..bila mau kaya??