Pernah dengar tak segmen "Can I help you?" kat radio Era waktu pagi-pagi bersama Pak Nil, Hanif dan Rei? Siapa yang rajin dengar radio Era mesti tau segmen tu mengenai apa kan. Segmen prank call yang "memaksa" kita berbual dengan caller kita dalam bahasa Inggeris.
Baru kejap tadi received a call daripada seorang wanita daripada Singapura. Dia sebenarnya nak bertanyakan sesuatu mengenai bidang Islamic finance, yang sememangnya major portfolio firma saya. Major, tapi saya yang tak reti..huhu.
Dia punya sleng mak datuk, memang terbelit lidah punya. Nama yang sikit punya cun "Amirah" dan jadi "Emeiyrah" dah bunyinya. Pandai-pandaila macamna nak pronounce kan yer..heh
Tapi first benda yang terlintas dalam kepala masa tu "eh, ni ke benda can I help you tu ke? mati aku kalau dorang on kat radio..tapi caller ni perempuan...lol" < ---- serius dah terjangkit bahasa muda mudi sebab dalam hati pun cakap lol..hehe..lol
Perasan tak? perasan tak? *Sila muntah*. Macam la ada sesiapa yang sebuk-sebuk nak call. : P
Tapi tetiba kesedihan pulak yang melanda hati sebab rasanya dah agak lama tak berbual dengan sesiapa dalam bahasa Inggeris. Kat ofis ni kebanyakannya bercakap dalam bahasa Melayu. Maklumla staff ramai Melayu. Ada sorang dulu Chinese pun dah berenti sebab sakit kanser. Dengan bos pun cakap bahasa Melayu je. Karang kalau cakap bahasa Inggeris dorang kata tebiat. Takpun mesti yang kata, hover kau ye, bajet KL. huwa huwa huwa...
Dulu masa zaman kerja kat KL, memang ramai client Chinese dan bangsa lain yang "memaksa" kita bercakap dalam bahasa Inggeris. Tapi di sini, setakat ini, kebanyakan portfolio assignment saya adalah untuk agensi kerajaan atau syarikat berkaitan dengan kerajaan negeri yang berkomunikasi mostly dalam bahasa Melayu.
Dan bos opis lama dulu, kelulusan luar negara dan agak senior umurnya. Jadi bila kita tergedik-gedik bercakap dengan dia dalam bahasa Melayu, tetiba je "English, please". Apa lagi, ermm aaa ermm aaa je.. macam nak kena pang..tapi pastu makin mantop pulak bila speaking rasanya.
Mujurla kadang-kadang berangan juga speaking omputih dengan Ahmad dan Mr Husben. Nasib baik Ahmad kecik lagi, kalau tidak mesti dia nyampah..hehehe..
Betul sangat ye kata pepatah : Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah. Kalau tak selalu amalkan, lama-lama dah kurang berbuah dah 'pokok' kita. Gugur satu satu, lama-lama togel...
8 comments:
Kesian pon ada nak gelak pon ada bila dgr segmen CIHY nih, terkial² nak speaking ^_^.
da gak dengar kadang2 tu. mmg kelakor gilerrr..:)
buat la English speaking day kt rumah..ngn anak and hubby..sama2 improve english masing2 kan.. :)
mamadkan suka suruh aku speaking ngan dia...then dia akan balas..'no..no..no..yes..yes..yes..' sambil buat isyarat tgn...konon pro la tu!eksyen mesti mau lebey ok!
tiap2 pagi dgr Era ni..heheh..
saya pun kat opis ni ckp melayu je, sampai English dah berkarat...betul ckp awak, kalau x amalkan, mmg togel la dia, masa keje private dulu, mmg titikberatkan English, kira saya pun dah mcm minah salleh la gamaknya, kahkah..tapi bila masuk gomen ni, mmg hrrrmmmmm, kang kalau saya speking kang harus kena sindir ngan makcik2 kat sini...huhuu...
fiza : tula, kdng2 kesian kat dorang..lainla kalau dorang ni call orang2 yg boleh speaking..ni call org yg memang sah tak boleh speaking
azzey : kelakar kan..dan kesian
lydzar : nak buat English day kena ramai lagi..hehe
roho : ewah mamad sejak menjak masuk sekolah ni..
wahida : yelah, karang kalau speaking tetiba pulak, ada pulak yg tak suka kan
Kt opis 1 Malaysia semua bangsa ade.. so mcm2 bahasa leh dengar...
tp klu nk tunjuk kepandaian B.I tu ngan anak n hubby jer.. salah ke x betol ke ayat nyer x la malu sgt..
tp sy sentiasa ckp @ tulis dlm B.I sbb in future klu ank2 tanyer x ade blur sgt..
manje : betulla..kalau tidak lama2 nnti gagap tau..huhu..pastu kalau kakak2 atau abng2 saya, kalau takmau anak2 kita tau apa yg kita sembang, kena speaking..sebelum dorang pahamla
Post a Comment