Friday, December 03, 2010

Nak pergi MAHA 2010..nak menang kambing jugakkk...

Baca dalam paper ada pensyarah, Ahmad Udin jadi pengunjung ke 1.5 juta MAHA 2010. Dari Kuantan Pahang, datang dengan anak perempuan beliau.


Ai..bertuah sungguhla...siap dapat kambing sekor tu. Boleh buat kambing panggang cicah sos mayonis takpun cicah ngan air asam..perghh. Pastu dapat tiket pergi Australia plak tu. Jelesnya. *eh pakcik, cunnya anak perempuan pakcik..hehe*
Tengok aktiviti kat MAHA 2010, macam-macam ada. Semalam ada pertandingan angkat berat kan. Akak yang powerful angkat beras tu, gambar kat front page lagi tu. Sempoi sungguh. Hari ni taktaula pulak. Bestnya kalau dapat pergi. Tergugat keimanan nak pergi.


Sekali lagi jarak menjadi kekangan. Nak pergi tapi jauh. Bila camtu, carta keinginan untuk sambung tido di hujung minggu lebih tinggi dari carta keinginan nak pergi MAHA 2010 tu. 

Siapa yang dah pergi MAHA 2010? Sila cerita sket best ke tak best ..

5 comments:

wahida said...

x bole nak join MAHA...jauh ya amat!!

Lady of Leisure said...

bertuahnya dapat kambing hehe.. boleh buat bbq hehe

ayukhairy said...

ami dear,

meh join GA ni..

http://ezurin.blogspot.com/2010/12/wardah-ilmu-first-giveaway.html

azzey said...

amirah: xpegi lagi......

amirah said...

rasa cam rugi plak tak pegi sebab dengar citer org lain macam best je..cuma agak sesak kut