Nampaknya tak sempat nak masuk "4th Anniversary GA" anjuran Ayu disebabkan kesibukan minggu lepas dan kebetulan anniversary Ayu dan Khairy jatuh pada Hari Raya Aidiladha..
Sebenarnya bersemangat nak masuk sebab dah jumpa benda yang di cari-cari. Puas juga mencari untuk dimasukkan dalam entri. Apa dia ye? Sebenarnya, mencari gambar kahwin Ayu yang masih dalam simpanan saya.
Terasa baru je datang ke kenduri kahwin Ayu dan Khairy di Taiping. Baru yang rupa-rupanya dah masuk tahun ke 4. yang menunjukkan secara automatiknya bahawa saya juga sudah tua. (apakah?)
Untuk Ayu dan Khairy, selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 4. Moga nombor ini terus menjejak ke angka yang ke 40. Semoga kalian berdua berbahagia hingga ke hujung nyawa. Bahagia dalam susah, dalam senang, dalam sakit, dalam suka dan duka. Moga tiada ribut, tiada gempa yang bisa menggegarkan cinta kalian berdua. Yakinlah bahawa kalian berdua adalah jodoh kurniaan Tuhan yang paling sempurna. Pandanglah wajah masing-masing dengan pandangan iman dan kasih sayang dan yakinlah sepenuh hati bahawa kalian diciptakan Tuhan untuk mengisi ketidaksempurnaan masing-masing.
Moga kita berjaya menahan cabaran dan ujian dalam membina keluarga sakinah mawaddah dan terus melahirkan pewaris mujahid Islam.
Happy 4th Anniversary.

4 comments:
ami cayang bucuk manja..bla..bla...hehe, puji2an dulu...
terima kasih diatas ucapan itu..
sangat syahdu bila membacanya..
tak pe la ami, tak masuk GA pun tak pe..ami dah buat entri ni pun kira dah buat ayu terharu tau...
kejap je kan masa berlalu..
teringat plak time korang datang kenduri ayu dulu...huhu..sangat indah utk dikenangkan semula..
kak...saya dengan niat bukan dipaksa telah tag akak...hahahhaa
entry ni..kot2 tak perasan ke..hehe
http://manyusoef.blogspot.com/2010/11/pertama-kali-dapat-award.html
happy anniv buat mereka!!
regards,
Sofia Smiley
Post a Comment