Dari minggu lepas menghadap kerja yang tak sudah-sudah ni. Bila kita tak biasa buat dan tak dapat direction macamana nak buat terasa susahnyaaa..tapi bukan tak boleh buat, boleh punye.
Cuma kena study ngan kerja lebih sket je...pastu perlu extra masa nak kena fikir betul2 apa yang sesuai nak digunakan dalam kes cam ni.
Buat masa ni tengah duk pulun buat dokumen pembiayaan pembelian harta secara Shariah, Al Bai Bithaman Ajil oleh sebuah kerajaan tempatan (local authority) daripada sebuah bank. Di dalam penyediaan dokumen sebegini, kena extra cautious sebab bank akan depends pada pengesahan yang kita buat.
Sebab tula, mata dah naik juling sebab kena baca satu-satu ayat dokumen yang tebal dia toksah nak citer la..
Anak pulak demam, tapi disebabkan kerja ni terpaksa tinggalkan sekejap. Mujurlah suami saya ada. Bukan nak puji suami sendiri..kalau puji pun apa salahnya kan, memang dia berjaga sepanjang malam sebab risaukan anak yang demam. Syukur pada Allah dikurniakan suami yang sebegini.
Macamana nak cari pasangan hidup yang serasi? Kena check buku akaun ASB atau Tabung Haji nya ke? Takpun bajet2 kut2 dapat macam rupa Tom Keruih ke? Tak pun kat depan nama dia ada extra? Atau bagaimana dia menjaga AGAMA nya?
Rasanya dah tau jawapan yang mana kan...fikir2kan dan selamat beramal..(ish..kalo Prof Izi dah register copyright, kena saman kang..kuang kuang kuang...)
2 comments:
hehe kerja ni sampai bila pun mcm tak habis je kan
amirah: xpe ....pelan2 nt siap le keja tu
Post a Comment