Monday, November 01, 2010

Agnes Monica dikatakan tak patriotik sebab tak gunakan bahasa Indonesia

Petikan dari berita harian online di SINI.
Penyanyi itu berkata ramai pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan di Indonesia tidak tahu berbahasa Inggeris dan hanya bertutur dalam bahasa kebangsaan, tetapi masih lagi mengamalkan rasuah.

Agnes yang berkesempatan tampil dalam iklan sempena memperingati Hari Sumpah Pemuda iaitu hari peringatan kelahiran bangsa Indonesia 28 Oktober lalu, berkata hari itu wajar diisi dengan perubahan sikap dan cara berfikir.

“Kita tidak seharusnya hanya menjulang bendera dan buluh runcing, tetapi perlu mencari jalan bagaimana membebaskan diri daripada kemiskinan dan kebodohan,” katanya.

“Usaha membebaskan diri daripada kemiskinan dan kebodohan itu patut menjadi misi penting. Caranya juga perlu diubah dan bukan dengan mengangkat senjata seperti ketika memperjuangkan kemerdekaan dulu, sebaliknya dengan meningkatkan keupayaan dan pengetahuan dalam pelbagai bidang,” katanya.

Bagi saya mungkin Agnes selesa berbahasa Inggeris sebab dia anak kacukan.

Tapi memang benar, patriotism itu salah satu ditunjukkan dalam kegunaan bahasa kebangsaan negara. Macam negara Jepun, kebanyakan rakyat masih menggunakan bahasa Jepun. Tapi disebabkan bahasa Inggeris adalah bahasa global, kita perlu pelbagaikan kemahiran berbahasa. Bukan sahaja untuk kemajuan diri, tetapi untuk kepentingan kerjaya sendiri.

Apa ek komen anda?
sumber : berita harian online





3 comments:

Sharinginfoz said...

macam2 kan komen org

azzey said...

amirah: pendapat org ni berbeza2.....

Ogy said...

hmmm agnes ni org kata sombong+berlagak....ntahlah ek