Wednesday, November 24, 2010

Interesting Blog Award


Anak pak usop, manyusoef.blogspot.com, see see..akak dah buat dah ok. Lagipun idea ngak ado nak buat entri lain. Banyak makan daging korban.
 
Uiiii...banyaknya soklan nak kena jawab. Len kali kena letak soklan objektif.Senang nak baling dadu. Takpela, buat jugaklah ni.

Syarat-syarat:

1. manyusoef.blogspot.com di mata kalian..

Baru je follow belog manyusoef.blogspot.com. manyusoef ni baru 22 tahun, suka makan mee laksa dan segala bagai yang berkaitan dengan mee? Tapi cam tersuka la pulak dengan cara penceritaan man yusoef dalam belog dia. . Maklumla kami sebaya..lalala...

Apa kata cuba tengok blog manyusoef.blogspot.com. Menarik juga sebab man selalu bagi macam-macam tips..huhu

2. nama blog anda & kenapa letak nama tu..

Nama blog ni ~ A to Z of Us~ . Kenapa? Ntahla ye. Sebab haloba nak cerita semua benda kut..hua hua hua..yelah, nak cerita dari A sampai Z. Lagipun sejak ada anak ni, asik nyanyi A, B C je..Dah terinspira dari situ...eh. terinspirasi.

3. nama url blog anda & dari mana datangnya idea tu..

Original nama dalam ic. Sebijik  sejibun. Tak teringat pulak masa buat url tu nak nyuruk-nyuruk. Hahaha..takpela, nama sedap ape, mak abah bagi. 

4. apakah kaedah dalam penulisan blog anda..

Kaedah macamana? Kejap-kejap perasan macam budak sekolah menengah, kejap insaf, kejap gedik tak tentu hala. Ntah, tak paham jugak apa kaedah penulisan ni..ngeh..kaedahnya, kalau ada idea tulis kut..Merapu pun ada..

5. apa perasaan anda bila lihat blog orang chantek & menarik sedangkan blog anda tidak (kadang-kadang blog sendiri menarik tapi merendahkan diri)

Owhhh..sedih. Blog orang lain mengelip-ngelip anak mami. Tapi takpela, kasik can kat depa. Lagipun blog ni cam SS je..*sebenarnya taktau camne nak buat ngelip-ngelip semua huhu*.. 

6. bilakah blog anda diwujudkan..

tahun ni. Baru je lagi sebab rasa macam diri sendiri kreatif. Tapi tulis satu entri senyap nya sebulan. Ntahapahapantah..Sekarang baru sedar diri. Tak kreatif inovatiof langsung rupanya aku nih..ermm

7. siapakah orang pertama yang tahu & menjadi pengikut/sahabat blog anda..

Ayu Khairy, sebab Ayu la jugak tiba-tiba macam ada semangat waja nak bukak belog. Sebenarnya minat nak baca dari blog-blog ibu yang menyusukan anak. Teruja dengan semangat dorang semua. Buat menaikkan semangat dan dapat ilmu dari blog-blog tu.. : P

8. sila tag 5 nama lain untuk menerima anugerah tersebut & paskan syarat-syarat ini.

Tak tag takpe tak? Sape yang berminat, mai la ramai-ramai buat tag ni. Menarik juga nak cerita history belog kita..

7 comments:

ayukhairy said...

nak buat boleh tak..ahakk..nak tambahkan entri lagi ni hari ni..biar gempak sikit, satu hari 5 entri keluar..hahaaaa..malam ni ayu buat naaa..

amirah said...

amie pun takde idea ayu..keluarkan semua tag yg dapat..hehe..sambil hilangkan boring sebab dah tak busy..

man yusoef said...

sebaya ke???

amirah said...

man : lorrr..tak caya ke?

Syigim said...

lawak part yg "blog ngelip2 anak mami tu" xyah la liplap2....blog amirah sempoi gile & cun dah tu. xyah tempek mcm2 kat blog pun dah cukup lawa.

minat purple ye? ;)

Anonymous said...

mie...nak ngelip2 gak...tp cam malas nak study camana nak buat...huhuhu

amirah said...

syigim : sebetulnya tak reti camne nak buat, so, redha jela..huhu..yupp..sgt minat ngan purple...

roho : aah, amie pun malas gak..jadinya, hadap jela yg dah sedia ada org bagik ni