Thursday, November 11, 2010

Episod Akhir Drama Chinta - Slot Akasia TV3 - Aku Stress..


Eh, hari ni episod akhir drama Slot Akasia, Chinta kat tv3 ek..

Best ke citer ni ek? Pernah juga tengok drama ni masa mula-mula tapi tetiba macam lost pulak. Rasa macam drama ni meletup-letup la pulak sebab sana sini orang duk citer sinopsis drama ni. Yang tak berapa nak follow pun nak menyelit sama nak bagitau ending drama ni. Padehal sinopsis reka sendiri. Yang dengar boleh percaya pulak tu...lol

Tapi kan, tetiba je rasa stress disebabkan citer Chinta Chanduri ni....
 
Stress sebab tak follow drama ni..

Mana taknya tetiba rasa diri ni macam ketinggalan keretapi. Mana boleh tahan, sana sini orang duk cerita pasal drama ni, tapi macam tak boleh nak 'in' pulak..waaa.

Tak boleh nak join the group acik-acik kat ofis ni tau..Padehal beli newspaper hari-hari...(apakah??), tapi tetap merasakan diri ini tak up to date, tak semasa gitu..Kesian kat diri sendiri.

Stress tau, macam takde cerita lain nak sembang..citerla pasal Proton Inspira ke, macam mana nak buat cup cakes ke, atau masalah-masalah negara ke..


Stress tau kalau suami kita follow drama ni, kita tak follow..

Ok fine. Aku redha. Sebab Husben cekgu, balik kerja awal. Sambil baby sit anak boleh follow drama ni secara senyap. Nampak je macam tak ambil pusing tapi..... 

Isteri yang cute : "Eh, sape pulak la ni? Ramai betul watak dalam Chinta ni...."
Suami : "Owwhhh..ni yang bla bla bla bla..."

Stress ok. Menci. Tak boleh komen lebih-lebih. Fullstop. lalala...


Stress pulak rasanya menengok lakonan suci Fasha Sandha...ahaks..

Rasa macam kerap sangat la pulak tengok Fasha dalam tv sejak menjak ni. Lepas tu, macam watak yang baik-baik je.

Yelah kut sebab hari tu Fasha bagi statement nak bawa watak baik-baik je lepas ni.

Bab lain citer panas-panas malas nak komen..huhu

Kesimpulannya, kalau balik dari ofisnya pun dah pukul 8 malam, Chinta Chanduri apa lagi yang tinggal..??..huhu..

Takpe, lepas ni Slot Akasia lagi best punya..

credit :http://www.ardinihumaira.com

12 comments:

man yusoef said...

dekat website tv3 pon ada, tak minat tengok cerita ni sebab ada fasha, tapi tertengok jugak sebab balik ofis, memang tepat2 time cerita ni nak mula...so tengok jela...hahaha

azimask said...

yup.. betul cakap man..

boleh layan kat website tv3... :D

mie pun tak layan..
tak sempat..
tapi dalam minggu nie balik awal plak ke pejabat.. so leh la layan...
arinie last kan...

hehehehe

// klik sinie jom ke blog mimie azimask untuk entry baru :D ... //

amirah said...

man : ele..minat kat fasha tu terus trang je la..kami memahami : P

mimie : tu la yg stress tu..rasa cm semua org layan..apsal aku takk??huwa huwa

Unknown said...

hihihi kelakar pulak stress sbb tak follow chinta..

Eray Majid said...

hush x yah stress sbb tak dapat tengok chinta chanduri.
wohooo sungguh suci lakonan fasha.

BIONIC WOMEN said...

dulu layan jugak, pastu slalu berebut ngan anak tv..hehehe
so pepetang gitu, papa dia ajak g joging..lagi berfaedah katanya..terpaksa
(ramai yg x suka fasha tapi suka cerita tuh...)

velasrizal said...

mmg ramai yg suka tgk drama ni..

Ramlah Ram Bertudung !

Anonymous said...

stress jugak bila ikut citer nih...stress bila tgh syok2...iklan or to be continue...dan yg paling stress...x tahan la nak tunggu dia habesss...kemain panjang lagi episod die...stress wooo....sebaik rini habes...legaaaaa

amirah said...

lydzar : hehe..takleh nk watpe dah kestressan ni..

eray : dua tiga menjak ni asik berlakon ngan telekung je,.tp kat luar..erkkk

mama dhiya : yela..baik joging..hilang stresss..hihi

velasrizal : ye la..ramai sungguh peminat citer ni seantero Melaka ni hah..

roho : itu pun stress jugak kan..tak abes2..stress nak teka apa jadi pasni..hee

kucingorengemok said...

apasal orang suka ek? aku rasa nak lempang² je tengok fs (ganas sangat ke? hihi)... last² sendiri yang stress, tukar tengok katun

amirah said...

meow..ganazz tu..jgn amalkan selalu..nanti darah naik tak turun2 plak..tp kan tgk spongebob pun stress jugak..heh

alin said...

stress sebab banyak skip cite..lantak la sape2 yg berlakon pn..yg penting jalan cite best.. :)