Ish...kes pertama demam denggi dah dilaporkan di perkampungan atlet Sukan Komanwel di Delhi. Sebelum ni pun dah pelbagai masalah yang dihadapi India sebelum Sukan Komanwel India 2010 dirasmikan malam tadi.
Dah lebih 1,000 kes, termasuk 3 yang mati disebabkan denggi di India. Yang itu statistik sejak bulan Jun lepas. La ni taktau la berapa pula kadar statistik denggi di India.
Kerajaan India dah berusaha keras supaya Sukan Komanwel dapat dibuat di India. Untuk mengawal denggi, pihak penganjur sudah mencuba pelbagai kaedah, termasuk menggunakan "ikan pemangsa nyamuk".
Tapi macamna agaknya keadaan dan tahap kesihatan atlet-atlet? Bagaimana makanan disediakan. Corak pemakanan untuk atlet adalah sangat penting dan salah satu faktor kejayaan seseorang atlet.
Kerajaan India perlu pastikan perkampungan Sukan Komanwel bebas denggi dan lain-lain penyakit. Kalau tak macamana semua atlet nak berjuang dengan jayanya..heh..
Semoga atlet Malaysia berjaya dalam buruan pingat emas..chaiyokkk..
1 comment:
ada dengar juga pagi tadi seorang kan, harap2 itulah yang terakhir
Hadiah Dari Australia
Post a Comment