Thursday, August 19, 2010

Raja Azmi Punca Roslin dan Isteri Bercerai

Dalam kedinginan cuaca Ramadhan kali ini, tiba-tiba kita digemparkan dengan berita penceraian pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan isterinya, Nurhayati Othman yang baru berkahwin pada 9 Julai.

Ini adalah perkahwinan kedua Roslin yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Faizah Mohamad selama 12 hari.


Laporan akhbar KOSMO! semalam

Berita di harian Kosmo! hari ini pula melaporkan bahawa isteri bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman dikatakan punca penceraian tersebut bila mana Nurhayati bersama ibu dan dua adik lelakinya serta Jalani Sidek menyerbu bilik hotel di mana Roslin dan Raja Azmi dikatakan berdua-duaan. Berita lanjut di KOSMO!.

Sungguh mengejutkan berita hari ini. Tambahan lagi ianya berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi kecuali di laporkan oleh akhbar. Mungkin selepas ini kita dapat meneka sebab dan penceraian Roslin Hashim dengan bekas isterinya terdahulu.

Tetapi Jalani Sidek setakat ini menafikan telah memfailkan penceraian di mahkamah dan mendakwa bahawa beliau sendiri yang telah meminta Roslin untuk menghantar isterinya ke hotel tersebut kerana ada urusan lain.

Macam-macam hal dunia. Semoga semua pihak dapat menyelesaikan masalah mereka secara berhikmah tanpa mencalarkan kesucian Ramadhan kali ini.

Mungkin penceraian jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak ini seandainya tidak dapat meneruskan lagi kehidupan berumahtangga dengan sempurna.    

7 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

dunia kita ni dah mcm2 cerita yg memeningkan...huhuhu

ayukhairy said...

entah la ami...malas nak ambik tau..macam artis la plak..

amirah said...

kak fiza, tu la macam2 hal la pulak...

ayu, yela bukan artis pon..tapi sokabau biasala kan, nak letak cerita yang boleh lakukan dorang je..cerita camnila letak front page

hamzah ian said...

alahai.. aku sokong ayu..

Sharinginfoz said...

macam2 cerita kan, dah jadi pemain badminton, kisah peribaadi semua orang nak tahu kan

Tips Mudah Tingkatkan Trafik

Anamarza said...

hmmm dah lama tak ambil kisah pasal gosip2 artis ni, dah jadi cam katak bawah tempurung plak tak tahu perkembangan dunia artis...hihihi

The Womanish said...

jodoh pertemuan di tangan Tuhan kan, susah nak komen...kita doakan apa yg terbaik jelah kan kawan2..