Tuesday, November 02, 2010

Kerja kerja kerja..tak siap lagi??

Dari minggu lepas menghadap kerja yang tak sudah-sudah ni. Bila kita tak biasa buat dan tak dapat direction macamana nak buat terasa susahnyaaa..tapi bukan tak boleh buat, boleh punye.

Cuma kena study ngan kerja lebih sket je...pastu perlu extra masa nak kena fikir betul2 apa yang sesuai nak digunakan dalam kes cam ni.

Buat masa ni tengah duk pulun buat dokumen pembiayaan pembelian harta secara Shariah, Al Bai Bithaman Ajil oleh sebuah kerajaan tempatan (local authority) daripada sebuah bank. Di dalam penyediaan dokumen sebegini, kena extra cautious sebab bank akan depends pada pengesahan yang kita buat.

Sebab tula, mata dah naik juling sebab kena baca satu-satu ayat dokumen yang tebal dia toksah nak citer la..

Anak pulak demam, tapi disebabkan kerja ni terpaksa tinggalkan sekejap. Mujurlah suami saya ada. Bukan nak puji suami sendiri..kalau puji pun apa salahnya kan, memang dia berjaga sepanjang malam sebab risaukan anak yang demam. Syukur pada Allah dikurniakan suami yang sebegini.

Macamana nak cari pasangan hidup yang serasi? Kena check buku akaun ASB atau Tabung Haji nya ke? Takpun bajet2 kut2 dapat macam rupa Tom Keruih ke? Tak pun kat depan nama dia ada extra? Atau bagaimana dia menjaga AGAMA nya?

Rasanya dah tau jawapan yang mana kan...fikir2kan dan selamat beramal..(ish..kalo Prof Izi dah register copyright, kena saman kang..kuang kuang kuang...) 


Monday, November 01, 2010

Agnes Monica dikatakan tak patriotik sebab tak gunakan bahasa Indonesia

Petikan dari berita harian online di SINI.
Penyanyi itu berkata ramai pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan di Indonesia tidak tahu berbahasa Inggeris dan hanya bertutur dalam bahasa kebangsaan, tetapi masih lagi mengamalkan rasuah.

Agnes yang berkesempatan tampil dalam iklan sempena memperingati Hari Sumpah Pemuda iaitu hari peringatan kelahiran bangsa Indonesia 28 Oktober lalu, berkata hari itu wajar diisi dengan perubahan sikap dan cara berfikir.

“Kita tidak seharusnya hanya menjulang bendera dan buluh runcing, tetapi perlu mencari jalan bagaimana membebaskan diri daripada kemiskinan dan kebodohan,” katanya.

“Usaha membebaskan diri daripada kemiskinan dan kebodohan itu patut menjadi misi penting. Caranya juga perlu diubah dan bukan dengan mengangkat senjata seperti ketika memperjuangkan kemerdekaan dulu, sebaliknya dengan meningkatkan keupayaan dan pengetahuan dalam pelbagai bidang,” katanya.

Bagi saya mungkin Agnes selesa berbahasa Inggeris sebab dia anak kacukan.

Tapi memang benar, patriotism itu salah satu ditunjukkan dalam kegunaan bahasa kebangsaan negara. Macam negara Jepun, kebanyakan rakyat masih menggunakan bahasa Jepun. Tapi disebabkan bahasa Inggeris adalah bahasa global, kita perlu pelbagaikan kemahiran berbahasa. Bukan sahaja untuk kemajuan diri, tetapi untuk kepentingan kerjaya sendiri.

Apa ek komen anda?
sumber : berita harian online