Thursday, May 24, 2012

Rutin Beranak 2

Lamanya tak update blog. Macam dah sebulan rasanya.Lagipun kering idea nak update cerita apa. Boringla kalau takde gambar. Kamera tinggal satu, berebut laki bini. Takpela, kasik chance pada suami sebab beliau lagi memerlukan.

Rutin harian masa weekdays sejak dah naik kerja, laki bini masing-masing memang dah macam mesin. Tak berhenti dari celik mata sampai la tidur malam. Tapi duk buat benda yang sama hari-hari. Cycle hidup yang agak sama sampai kadang-kadang rasa dejavoo - "eh, ini macam dah buat semalam.."

5.00 - 5.30 pagi - bangun masak lauk untuk Ahmad. Tengokla siapa yang bangun dulu dia masak dulu. Selalu suami yang masak sebab dia selalu tidur awal boleh bangun awal - Alasan cliche kan? heh. Kalo Arissa ngamuk pepagi memang tudung senget benget la. Kalo tak, nampak cun sikit.. : )

5.30 pagi - 7 pagi - siap beg anak-anak, siapkan susu, mandi, solat subuh. Keluar rumah hantar anak rumah mak mentua. Kalau keluar lambat dari ni mesti Incik Husben terlambat masuk mengajar dan kena jelingan maut dengan Guru Besar dia.

7.30 -7.45 pagi - sampai ofis. Lepak-lepak. Layan Facebook, tengok blog. Baca suratkhabar. Breakfast. Kalau mengantuk sangat, cantum kerusi buat katil dan tido, buat macam kita sedara bos.

9 - 6 petang - Office hour.

7-7.30 petang - 8 - 9 malam - sampai rumah mak. Ambil anak-anak. Kemas botol-botol susu. Kemas kain baju. Mandikan anak-anak. Solat Magrib. Kadang-kadang makan kalau mak ada masak lebih. Kalau tak, singgah kedai atau balik rumah terus masak. Dah pukul 9 malam takde maknanya nak masak macam menu Masterchef, hias-hias bagai. Megi letak telur kira ok. Tapi biskut kering celup kopi hidang kat suami nampak agak melampau la.

9 malam - sampai anak tido -  main-main dengan anak-anak, layan ragam Ahmad ke, kemas kain baju ke, tengok tv, pastu dah malam sket atau bila arissa dah merengek, nyusukan Arissa sampai diri sendiri tertido.

Pastu esoknya sama balik. Hari-hari sampaila tiba hari Sabtu Ahad. Baru la lain sikit norma-norma kehidupan aku. ewah.

Tapi minggu depan dah ambil cuti sebab nak balik Kuala Kangsor. Lama gila tak balik. Sejak dari bulan 1. Dah ada bau-bau anak durhaka ni. Jangan plak mak kunci pintu tak bagi masuk nanti..

Selamat hari Khamis semua.

Wednesday, May 16, 2012

Hari Ini 16 Mei

  
tarikh 16 Mei sgt signifikan dlm hidup saya - pada tarikh ini 16 tahun yang lepas saat-saat yang tak boleh dilupakan - pemergian arwah abah ke rahmatullah, semoga Allah mengampunkan segala dosa2 dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman - dan Hari Guru... Selamat hari guru untuk cikgu di hati, terima kasih untuk semua pendidik yg mengajar semasa di SK Karai, SMKA Slim River, UIA, adik ipaq ku - Dmun Ever, biras2 - kak long, sabrini, sahabat2 yang bergelar pendidik dan semua guru2 ..terima kasih atas jasa kalian..


walaupun dah 16 tahun tapi bila tiba je 16 Mei masih rasa sedih. Memori visual dalam kepala ni memang jelas lagi la walaupun dah 16 tahun kan...macam dvd yang di rewind berkali-kali..memang sedih sebab tengok muka arwah abah kali terakhir waktu jenazah dah diturunkan dalam liang.

Masa tu tingkatan 3 kan. Berapa bulan je lagi nak amik PMR. Memang nampak efek nya sampai PMR punya result teruk gila. Berbanding dengan sahabat yang lain, result tu memang agak teruk dan dibawak sampai hari ini la memori luka tu. Bersama dengan memori kehilangan orang yang paling disayangi waktu tu. Iye, memang diakui waktu tu sayang abah lebih sebab mak garang sangat - waktu tu la.

Tapi kan masa tu memang tertekan sebab kawan-kawan sekeliling ko mak ayah dorang semua muda-muda lagi. Masa tu memang tertekan nak terima kenyataan kematian orang tersayang. Bayangkan masa tu arwah abah dah umur 70 tahun. Genap 70. Perokok tegar lak tu. Mak bapa orang lain baru 40-an.

Banyak kali meroyan sorang-sorang tepi loker asrama mengenang nasib. Memang meroyan la namanya tu sebab arwah abah ada je lagi waktu tu. Tapi dah menangis beria. Rasa macam nak lempang tak ? Tapi bila tiba saatnya, kehilangan tu dapat diterima seadanya sebab perasaan "masih ada" tu memang kuat.

Arwah abah dulu memang sayang sangat la kat anak bongsu dia ni. Manja gila sampai abang kakak sume nak rasa jeles. cis. Suka hati orang la kan dah abah sayang kat orang lebih. Dah abah bagi kuasa veto kat orang sorang. Dengkis.

kalau la abah ada lagi hari ini, mesti abah bangga dengan anak-anak dia. Mesti abah seronok tengok cucu-cucu dia dan kehidupan kitorang sekarang ni. Arwah abah jenis yang cool dan suka belajar benda yang baru. Mesti dah sambar iPad lagi awal dari saya..

Kalau kita kehilangan orang yang kita sayang, atau kita yang meninggal dunia, hanya memori yang tinggal. Dalam ingatan, dalam hati. Tapi jangan lupa sedekahkan bacaan Qur'an dan doa setiap kali ingatan tu datang. Abah, tenanglah di sana. Amie sentiasa ingat dan rindu pada abah. Al-Fatihah.

Bila mengenangkan betapa sedihnya kehilangan orang yang kita sayang, terfikir macamana la cara nak mendidik anak-anak sendiri menerima situasi hilangnya orang yang disayangi. Baru-baru ni pun ada terbaca kisah budak yang murung, bunuh diri lepas nenek dia meninggal.

Bab mendidik ni apa kata kita serahkan pada yang pakar? Bak kata Encik Husben, guru ni terlampau meluas skopnya. Selagi kita diberi ilmu, orang yang memberi ilmu itulah guru. Termasuk 'love guru' ke bang? : )

Selamat hari guru abang dengan ingatan ikhlas tulus murni "Tahun ni dapat hadiah frame lagi ke?"


 Happy teachers' day wahai semua pendidik sekalian.
Google doodle.