Wednesday, October 13, 2010

Indomie selamat ke tak? Dah banyak masuk dalam perut ni..

Semalam dalam Buletin Utama ada laporan mengenai pengharaman mi segera Indomie di Taiwan sebab ada kandungan beracun yang boleh mendatangkan kesan buruk kalau makan secara berterusan. Kalau tak silap-salah, kesan nya boleh menyebabkan muntah dan sakit kepala, dan kalau berterusan boleh sebabkan kanser.

Taiwan dengan segera telah menarik balik semua penjualan mi segera jenama Indomie dan sepupu sepapat mi ni. Dan-dan tu juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dihubungi untuk mengesahkan betul ke tidak mi segera yang diimpot dari Indonesia ni berbahaya.

Dan ini laporan terkini dari berita harian: 

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa bahan pengawet yang terdapat dalam produk mi segera "Indomie" yang diimport dari Indonesia adalah selamat dan tidak mendatangkan risiko kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata bahan itu yang dikenali sebagai "hydroxyl-benzoic acid methyl ester" mendapat pengesahan penggunaan daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa Bersatu dan sebuah jawatankuasa pakar bahan makanan antarabangsa yang ahlinya terdiri daripada pakar makanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). "Bahan pengawet ini selamat untuk digunakan dalam makanan mengikut had yang telah ditetapkan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO bagi Pasifik Barat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.

Liow berkata, bahan pengawet itu yang berbentuk garam serta sering terdapat dalam produk snek dan makanan ringan mempunyai amaun yang boleh dimakan sehingga 10mg/kg berat badan sehari tanpa memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang.

Sabtu lalu, laman web http://news.pts.org.tw/ melaporkan pihak berkuasa Taipei Country Health Bureau mengesan kehadiran bahan pengawet itu dalam sos soya yang menjadi satu daripada perencah "Indomie".

Liow berkata, Kementerian Kesihatan turut membuat ujian terhadap Indomie yang dijual di pasaran tempatan untuk dianalisis dan hasil kajian daripada 30 sampel menunjukkan keputusan negatif.

"Melalui pemantauan yang dibuat memang tidak ada bahan makanan Indomie yang tercemar dalam negara kita dan begitu juga dengan produk makanan lain yang diimport," katanya. - BERNAMA

Yang mana satu betul ni? Yang penting memang dah banyak mi brand ni terlepas masuk dalam perut..hehe..nak wat camno. Dulu time2 student, ongkos kureng, lagipun bajet2 nak kurus macam Ziana Zain..lol..

Pape pun, mi Indomie perasa ayam goreng bawang memang best..tambah lagi kalau letak telur, sayur sawi dengan cili padi. 4 mangkuk pun kira tarak papa lagi. Steady lagi..

Sungguh menyelerakan bagi orang terlebih RAJIN.. : P ...

Macamana pun, bagi yang was-was dan nak elakkan penyakit yang macam-macam nama, jenis sekarang ni, baikla elak makan benda yang segera, supaya umur kita pun takdelah pendek dengan kadar 'segera'.... 


nota kukukaki : entri insaf dari seorang ibu yang menyusukan anaknya.. : P



5 fridays, saturdays and sundays in October 2010, but that happens way more often than "once every 823 years"

Saya buat entri pasal istimewa oktober 2010, bila saya terdengar sorang caller di radio Sinar FM yang bagitau fakta bahawa ianya hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun. Tapi fakta ni pun disebarkan di facebook twitter dan email-email.

Owhhh..rupa-rupanya rumours aje sebab 5 kali Jumaat, Sabtu, dan Ahad ni sebenarnya lebih kerap. Tengok artikel Robert Quigley di geekosystem.com di SINI.

Hehehe..tertipu eden yang dapat kredit subjek Matematik masa SPM cukup-cukup makan ni..

Macamana pun, Oktober 2010 tetap istimewa sebab 10.10.10 nya..

10.10.10 ada manis untuk beberapa orang dan pahit untuk sebahagian yang lain.

Manis untuk yang berkahwin macam Angkasawan Pertama, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Datin Nur Halina Mohd Yunos dan lain-lain pengantin baru.

Tapi pahit untuk orang yang ditimpa musibah. Takziah sekali lagi untuk ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka Ahad lalu. Entri saya berkaitan kemalangan maut itu di SINI.

Baru harini sempat nak bukak Facebook, banyaknya video dan gambar kemalangan maut di Simpang Ampat tu. Yang pasti saya takan bukak sebab takmau emosi terganggu. heh...

Dalam akhbar pun ada lapor kekesalan ahli keluarga mangsa kemalangan maut tu sebab sedihlah tengok keluarga sendiri kan dalam kesakitan macam tu. Betul juga ye, kalau diletak video atau gambar kemalangan ngeri macam tu pun belum tentu akan menginsafkan pemandu-pemandu yang suka memecut atau akan bawa apa-apa perubahan.
 

Dan ada pula yang kata kawasan kemalangan Simpat Ampat tu "keras" sebab ada beberapa orang driver pernah juga terserempak makhluk Allah yang itu. Ala, yang gitu, gitu tu..Iyeeee..ada orang nampak. Tak caya, baca SINI...


Wallahualam..


Moga kita dijauhkan dari musibah..