Wednesday, June 16, 2010

mode : kibas-kibas habuk di blog...!!

fuhhh..fuhhh..berabuk dah blog saya ni..rasa macam dah lama giler tak update blog dan blogjumping.....SEBAB......penat+busy amattt....selalunya saya akan meng"apdet" blog atau blogjumping tetiap hari..kekadang berkali2 dalam sehari..selalunya tak jugak mengapdet blog cuma suka baca blog orang lain....mmbaca kan ke menambah ilmu...

banyak yang nak diceritakan tapi masa takdak...busy amatt....weekend lepas ke Penang..dah berapa lama tak pegi Penang..mmng sgt best!! cuma kitorg ke sana untuk pegi kenduri --bukan yuha2..hehe-- tak sangka Penang semaju itu, macam dah lebih kurang KL je dan semestinya lebih daripada Melaka ni hah..jalan sket jem, jalan sket jem ---ini bukan kemajuan ye--..the conclusion=lamanyer tak pegi Penang ---jauh sangat..oversea..huhuhu!!--- rasanya lebih kurang saploh tahun tak pegi...waaa..sedeynya aku..nampak nau asik ngadap keje yang tak habis2 ---sampai bongkok tiga ler--- len kali upload gambo pegi Penang yer..

Balik dari Penang tiba kat Melaka hari Ahad pukul 3 pagi..nak kena keje lak tu hari Isnin..bangun pagi... hah, tu diaaa...pkul 8.30 pagi.  Kalo terbang pun tk tentu bleh sampai opis di Banda Hilir pukul 9..terus dapat keje dari bos..bertungkus lumus wat keje dari ari Isnin sampai laaa ni baru siap..mak aiii..naik pening, kepala bingai dah baca dokumen yang tulisan macam cacing kerawit ---ni ke cacing yang duk dalam perut kita? kena tanya incik google---.

semalam tido pukul 2 pagi..balik dari opis sampai rumah 10.30 malam..sian Ahmad..mujur babah bawak ke opis temankan mama..iskh iskh..bila dah hantar je dokumen tu..fuhhhhhhhhh...legaaaa...terus ringan kepala...lalalala..

Apdet EBM masih di tahap yg sama..apa yang tak kena, tak pasti..yang pasti dah cuba sehabis baik...---macam lagu pengakap je--- mengepam at least 7-8 kali sehari --- cuma dapat paling banyak pun 4 oz, yang lain 2 oz.---, makan milk booster, minum air longan, makan sup ayam betik, cuba macam2 resepi, minum susu, latch on rasanya dah ok sebab bleh dengar bunyi Ahmad telan, direct feeding sentiasa, especially waktu cuti dan malam, negative pregnancy test, BF pun tak wat visit lagi ni...tapi end result still sama. Mungkin itu je rezeki Ahmad yang Allah beri..tapi tak putus asa pun..masih sama jugak buat semua tu..

tapi adakah disebabkan KAFEIN?? yang pastinya kalau dah addict ngan kopi nescafe segala macam, tak sah kalo tak dapat secawan sehari..tapi cuma secawan sehari...ermmm..kena kaji ni betul ke tidak ibadat pada pada Allah ni...ermmmmm...moga Allah makbulkan doa dan impian dapat beri full BM pada Ahmad walaupun seminggu..--jeles tengok orang lain---

pape pun sekarang ni tengah hepi sangat...

SEBAB.....SEBAB.....SEBAB....esok kitorg sekeluarga terbang ke pulau lagenda mahsuri..bercuti..sronot nyer...dan sesungguhnya memang sangat2 lamaaaaa..---macam lagenda la jugak, history hehe--- tak jejak ke Langkawi..tu pon rasanya jaman jaman tadika --gigi takdak-- patut letak gambo wktu pegi jaman tu..masa tu muka masih chumelll..la ni makinnn chumellll..makam Mahsuri pun tak bertiles lagi, tanah merah, time hujan abis becak...

tak sabo rasanya..doakan kami sekeluarga selamat pergi dan kembali ye..!!

Thursday, June 10, 2010

SUKMA XIII Melaka 2010

Salam,

Melaka Bandaraya Bersejarah minggu ni meriah dengan kedatangan para atlet dari seluruh negara dan Brunei untuk edisi ke 13 Sukan Malaysia (SUKMA). Sana sini di Melaka penuh dengan papan tanda tempat kejohanan dan acara yang akan diadakan. Tapi setakat ni tak terasa pun kemeriahannya sebab Stadium utama SUKMA jauh dari rumah dan pejabat. Kena menjengah jauh sikit baru la terasa kemeriahannya.

Walaupun SUKMA akan bermula secara rasmi pada hari Sabtu ni, tapi ada acara-acara tertentu yang dah pun bermula sejak dari Isnin yang lepas. Kerajaan negeri dah war-warkan dalam media, SUKMA Melaka akan jadi yang terbaek dari segi penganjuran dan perasmiannya..dengar di radio ramai yang akan jadi pembawa baton untuk majlis perasmian nanti..antaranya jagoan haki negara, Mirnawan Nawawi dan jaguh pecut, Rabuan Pit.

Untuk peniaga pula, inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk dapatkan rezeki bermusim yang lebih. Nampak dah berderet-deret gerai jual macam-macam jenis makan minum baju semua ada..(yang penting sedia duit je..)

Melaka sebagai tuan rumah dah letakkan target 60 emas. Yang paling best, semua atlet yang dapat pingat akan dapat imbuhan dari kerajaan negeri. Untuk emas akan dapat RM3,000, perak RM2,000 dan gangsa RM1,000. Waduh lumayan sekali...(kalau nak jadi atlet, nak masuk acara apa ye..ermmm)..

Saya dan suami dah bercongak-congak acara apa yang kitorang nak tengok. Tak boleh lepaskan peluang nie sebab bukan tiap-tiap bulan ada kejohanan SUKMA. Nak kena usung Ahmad Idlan pergi stadium sekali. Rasa-rasanya mungkin ke stadium bola sepak atau badminton.. nantikan update untuk aktiviti tu...