Friday, December 06, 2013

Musim hujan dan banjir

Assalamualaikum. Salam Jumaat.

Saya masih di sini..(senyum). Macam-macam benda yang dah jadi sepanjang bulan November ni. Tapi kita kena selalu positifkan diri supaya yang datang cuma benda-benda positif saje. Hidup ini kan indah... : ).

Tak sabar nak tunggu tahun baru. Harap banyak berita baik di tahun 2014. Kami masih melatih diri jadi ibu bapa yang positif dan sabarrrrr. Sabar dengan perangai dan kerenah anak-anak. Kadang-kadang penatttt tak terkata dengan semua perangai dan ragam yang buat darah menggelegak. Tapi kebanyakan masa mereka anak-anak comel yang selalu menggembirakan hati.

Aduhai...kesian sangat pada mangsa-mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan, Melaka dan Johor. Moga masing-masing dapat jaga keselamatan dan kesihatan diri masa musim banjir ni. Maklumlah, penyakit boleh merebak cepat. Tambah kesian melihat keadaan pusat-pusat pemindahan banjir. Sesak dan tak teratur. Bilalah agaknya kita akan mencapai tahap sepertimana Jepun yang sentiasa siap sedia hadapi bencana.

Kadang-kadang formalnya entri-entri saya..hihihi..Apa pun doa saya semoga anda semua yang menbaca sihat sihat sahaja. Kerana nikmat kesihatan adalah nikmat yang paling besar.Wallahu'alam.


14 comments:

AtieYusof said...

Salam Jumaat Mira..
samalah kita, msh berusaha memperbaiki diri dlm mendidik anak..msh byk yg perlu sy belajar..
Takziah pd semua mangsa banjir...mg sedih tgk depa..moga bersabar...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Musim tengkujuh telah tiba Mira... Doa yg mampu kita berikan kepada mangsa banjir dan sumbangan kewangan :)

Qhaifa Nur said...

moga 2014 tahun cemerlang buat diri kita Mira.....

nampaknya banjir kali ini teruklah...berdoa semoga semuanya akan pulih seperti sediakala...

Fiza Rahman said...

Biasalah tu. Memang mencabar dgn karenah anak2 ni.

Simpati dgn mangsa2 banjir. Sama2 kita doakan keselamatan mereka.

Tie HT said...

betul la kan, berterabur je tempat pemindahan tu..
macam tak de persediaan lansung meke ni
moga mangsa2 tabah mengahadapi

Kakzakie Purvit said...

Betullah Ami. Kalau ikutkan dah tiap tahun kena landa tapi macam itulah juga penempatan mangsa banjir tak berubah dari zaman kakak kecik sampai kakak dan tua ni...

Tunggu ada menteri yg terbuka minda utk mencari alternatif. Kesian tengok mangsa berasak tak selesa satu hal campur-aduk lelaki-perempuan. Sedih:(

LadyBird said...

Salam kak mira.. :) kat kuala trg alhamdulillah stkt hr ni msh pd thp biasa.. d kemaman agk teruk.. kakak duduk sn.. bekalan mknn dh khbsn.. susu bebi pun dh hbs.. esk br nk hntr bekalan mknn.. huhu

Sharinginfoz said...

semoga banjir semakin pulih

lizz said...

moga semuanyer kembali ok..
betultu nikmat kesihatan adalah nikmat allah yg tiada ternilai harganyer...syukur...

AtieYusof said...

Salam singgah Selasa Mira...:)

AtieYusof said...

Singgah Rabu:)

wahida said...

mmg sedih dengan mangsa banjir...sangat simpati...aku harap mereka semua tabah dengan dugaan yang maha besar ni...

AtieYusof said...

Singgah khamis..pekabar?? :)

AtieYusof said...

Salam Jumaat Mira..:)