Tuesday, December 31, 2013

Cerita 2013 yang akan tinggal kenangan...

Assalamualaikum...

Lahai lama nya tak update blog ni. Dah terabai lagi. Sori pada sesiapa yang mengomen tapi tak berbalas lagi tu.

Berapa jam je lagi nak masuk tahun baru 2014..moga tahun baru 2014 ni kami laki bini berjaya dalam kehidupan dan anak-anak sihat, cergas cerdas. Plan macam2 ada dalam kepala tapi taktaula time execution nanti camne. Harapnya semua yang di plan kan menjadi dan sukses..bukan per nak carik side income ler pulak memandangkan harga barang dijangka naik..dahla macam2 akan naik harga kan.. 

Lagi satu nak rajin-rajin ngaji la rasanya tahun depan. Sekarang ni kalau tak carik ilmu agama malu la. Semua kat hujung jari je. Kat facebook, kat you tube, internet, macam2 bahan ada. Tekan sini, tekan sana, slide sini, slide sana. Tapi belajar ni macamana pun  paling bagus kena ada cikgu.

Tahun 2013 rasa macam kejapppp je pulak. Taktau pasaipa. Agaknya sebab tak pregnant kot..hehehe..kalau ada rezeki tahun depan alhamdulillah..best jugak kalau dapat cuti bersalin, lama tuuu...hehehe..(verangan)

Seperti biasa, saya takde azam pun. Camne nak berazam, belum abis bulan 1 nanti azam dah ke laut dah..huhu..Cuma harap kalaupun sibuk dengan kerja, saya harappp sangat saya dapat spend masa lebih lagi dengan anak-anak. Sebab depa membesar cepat sangat rasanya. Kecik cinonet macam ni pun kadang2 tak bagi mama kiss tau..huhu..Tu je..

Tahun ni benda-benda penting yang jadi pada saya dan family:
  • kena demam denggi..kenangan sedih hiba air mata hingus;
  • masuk rumah baru..alhamdulillah...buat kenduri aqiqah dengan housewarming;
  • arissa kena chicken pox.. kena cuti unpaid lama..
  • dapat 2 orang anak buah baru..
  • mak mertua masuk IJN dan masukkan pacemaker..
Baru perasan tahun 2013 tak pergi bercuti kat mana-mana..adoii..ini boleh menimbulkan stres..takpe..takpe..2014 boleh bercuti puas-puas..hehe

Selamat tahun baru untuk semua..moga tahun 2014 ni tahun cemerlang gemilang terbilang..

Friday, December 13, 2013

Perkampungan Hang Tuah, Duyong Melaka



Sekarang musim cuti sekolah mesti ramai bercuti-cuti Malaysia atau bercuti-cuti luar Malaysia kan. Hah, sapa-sapa yang suka sejarah, boleh la datang sini. Tengok muzium Hang Tuah ni.




Sila abaikan muka tuan tanah kedaung dan rombongan yang cenggitu misteri sekali rupanya..Sila fokuskan pada keindahan bangunan ye..hehe

 




Lokasi dekat dengan perigi Hang Tuah, Duyong, Melaka. Kawasan Perkampungan Hang Tuah ni memang luas sangat. Pastu ada Pusat Hang Tuah (Hang Tuah Centre) dengan rumah-rumah Hang 5 Bersaudara ni la.


 
Setiap rumah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu ni ada pelbagai aktiviti dan bahan pameran. Hang Tuah Centre ada auditorium yang ada interaktif audio. Pekerja kat sini bagitau ada aktiviti persembahan seni kebudayaan, tayangan visual kat setiap rumah. Kat sini pun boleh naik kereta kuda.



Yang penting kawasan ni cantik dan ramai orang buat sesi fotografi kat sini, especially pengantin baru. Pengantin tak berapa nak baru pun bolehhh feeling-feeling kalau nak bergambor. heh


  

Saya rasa sesiapa yang tak minat dengan sejarah mungkin tak berapa suka tempat tempat macam ni. Eh, tapi bukan ke Melaka ni bandar bersejarah, bandar warisan dunia kan? Melawat Melaka bererti anda melawat Malaysia..Kalau anda ke Melaka nak bershopping maybe la tak berbaloi kut..(senyum..)..

Bayaran masuk tak sure berapa sebab masa kami datang ni dah tutup..rasa dalam pukul 5 petang dah tutup dah..hehehe..tangkap2 gambar je kat luar. Kalau berminat cer tengok kat Website PERZIM kut-kut ada senarai bayaran masuk dengan jadual waktu.

Selamat bercuti-cuti ye.. : )

Friday, December 06, 2013

Musim hujan dan banjir

Assalamualaikum. Salam Jumaat.

Saya masih di sini..(senyum). Macam-macam benda yang dah jadi sepanjang bulan November ni. Tapi kita kena selalu positifkan diri supaya yang datang cuma benda-benda positif saje. Hidup ini kan indah... : ).

Tak sabar nak tunggu tahun baru. Harap banyak berita baik di tahun 2014. Kami masih melatih diri jadi ibu bapa yang positif dan sabarrrrr. Sabar dengan perangai dan kerenah anak-anak. Kadang-kadang penatttt tak terkata dengan semua perangai dan ragam yang buat darah menggelegak. Tapi kebanyakan masa mereka anak-anak comel yang selalu menggembirakan hati.

Aduhai...kesian sangat pada mangsa-mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan, Melaka dan Johor. Moga masing-masing dapat jaga keselamatan dan kesihatan diri masa musim banjir ni. Maklumlah, penyakit boleh merebak cepat. Tambah kesian melihat keadaan pusat-pusat pemindahan banjir. Sesak dan tak teratur. Bilalah agaknya kita akan mencapai tahap sepertimana Jepun yang sentiasa siap sedia hadapi bencana.

Kadang-kadang formalnya entri-entri saya..hihihi..Apa pun doa saya semoga anda semua yang menbaca sihat sihat sahaja. Kerana nikmat kesihatan adalah nikmat yang paling besar.Wallahu'alam.