Post tahun lepas di bulan Ramadhan .Takdek kerja duk buka entri-entri lama. Ya Allah, sekejapnya masa berlalu. Rasanya masih segar lagi memori Ramadhan yang lepas. Nak buat amalan sebanyak mungkin yang mana boleh buat Ramadhan kali ni.
Ini adalah kisah benar dan bukanlah rekaan semata-mata.
Ini adalah kisah benar dan bukanlah rekaan semata-mata.
Sementara menantikan waktu yang sesuai untuk kita melakukan perkara sunat di bulan Ramadhan (read as tidur sekejap) secara berjemaah, apa kata anda semua bacalah luahan hati saya pasal mimpi ngeri saya malam tadi.
Punyalah ngeri sampai terus terkejut bangun sahur. hehe
Ada ke patut pelik je mimpi saya ni.
Saya mimpi saya nak sambung study.
Bukan seorang, dengan kawan ramai-ramai pulak tu.
Ayu je pakai baju kurung pergi kelas dengan beg opah-opah nak pergi mengaji tu.
Pastu sampaila turn nak tau saya dapat course apa.
Selak la buku pasal course-course yang ada.
Selak-selak nama saya tersenarai dalam course "I love artis"
Haha..kejadahnya course ada macam tu sekali.
Apa bendala saya fikir sebelum mimpi ye sampai gitu sekali.
Cuba imejin apala soalan periksa dia nanti.
Soalan 1
Sila terangkan dalam 1000 patah perkataan adakah anda menganggap punca hubungan pertunangan di antara penjaga gol pasukan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau "Apek" dengan Harmie Aimelia atau "Elia Jejariruncing" terputus disebabkan oleh gosip yang mengaitkan Apek dengan seorang gadis bernama Dahlia Teck?
Soalan 2Berapakah nilai anggaran persalinan perkahwinan yang ditaja untuk perkahwinan Memey dan Norman Hakim?(a) sejuta(b) berjuta-juta lemon(c) ermmm..rasanya adalah dalam 3 juta kut(d) eleh, orang sponsor
Astagfirullahal'azim..
Jiwa kacau sungguh rasanya kalau dapat course gitu.
Takmauuu..tak rela!!
Ngeri betul mimpi tersebut..grrr..
Selamat berpuasa untuk semua pembaca blog ni. Mohon ampun kalau ada tersalah catatan. Jangan ponteng puasa. Huduh betul kalau orang tua yang takde uzur syarie ponteng puasa. Jom kejar pahala jom..
15 comments:
boleh ludah ke kiri 3 kali :)ngeri sungguh!
selamat berpuasa la. kalau tak leh terwaikh kat masjid, kat rumah pun x per kan :)
Jujur kakak terawih di rumah aje Amie.
Kalau dah nama pun mimpi semuanya pun tidak terduga..
tu petanda suruh stop baca gosip artis tu amie, hihihi
bab gosip bulan ramadhan kena kurangkan tuu... haaa3x....
selamat berpuasa juga dari kami sekeluarga..
heheh dni pun pernah mimpi merapu :D
memang heran mimpi lagutukan.. tak suka mimpi kena masuk sekolah balik sebab bangun penat sebab takut tak buat homeworkler, tak dapat jawab soalan periksaler... tah hapa2..
nk kena cubit kak amirah ni hehe.. nama course tk menahan auwww
selamat berpuasa jugak utk akak sekeluarga.. course x agak2 tuh.. ekekeke..
hehehe pelik tp chomel lah mimpi dia..
tp nama course x boleh blahhh yuuu..glemer tuuu hihihihi
slamat bposa ya sis
bi 0ghang kaya datang nih.. sila respek sikit ok...huhuhuhu..
errr..bagi saya pinjam mimpi tuh.. best tuh !
p/s n3 ttg pose tu memang sbg tanda ingatan pada arwah mak saya..
huhuhu... xbest mimpi tu... mengarut je kan..kan..
moon siap mimpi g dating ngan nabil raja lawak.. keh keh keh...
kalau dpt mimpi yg best asyik duk ingat saj hi...hi..
dh namanya mimpi sure mainan tido, abaikan.......
hahahaha.... haduiiiii. ada gak mimpi cam gitu eh?
sesekali best mimpi gitu..
mujur mimpi,kalau bebetul lagi berlambaklah majalah hai kat umah kita.belum campur dengan sumber rujukan dari media hiburan lagi tu...
Post a Comment