Thursday, July 19, 2012

Harleen's by Euro Moda & Gulati's


Pada suatu hari, kami sekeluarga telah membeli belah di Gulati's Silk House memandangkan Hari Raya Aidilfitri akan menjelang  tiba. Walaupun saya sedar Ramadhan belum pun tiba, tetapi saya tidak mahu membeli belah ketika bulan puasa supaya tenaga tidak berkurangan dan dapat beribadah dengan sempurna *poyo*.


Saya berasa sangaaaat gembira kerana dapat membeli kain untuk dijahit sebagai baju raya baru pada Hari Raya kali ini. Ini kerana sudah lama saya tidak memakai baju raya yang ditempah. Baju raya yang dibeli selalunya tidak menepati kehendak pelanggan yang berbadan comel seperti Lisa Surihani seperti saya *double poyo*.


Saya masih ingat sewaktu saya masih kecil, ibu saya selalu berpesan supaya tidak meninggalkan ibadah puasa kerana orang yang tidak berpuasa tidak dapat makan bersama dengan orang yang berpuasa ketika berbuka dan tidak dapat memakai baju raya baru di Hari Raya.*tetiba*


Di Gulati's Silk House kami telah diberikan peluang untuk mengisi borang cabutan bertuah kerana belian melebihi RM200. Seminggu selepas itu, tiba-tiba *jeng jeng jeng*  suami saya telah mendapat satu panggilan telefon yang mengatakan kami telah memenangi cabutan bertuah mingguan daripada Gulati's Silk House dan meminta suami saya untuk mengambil hadiah.


Saya berasa amat terkejut atas kemenangan ini! Ini kerana kami tidak pernah memenangi apa-apa pun jenis cabutan bertuah sebelum ini. Saya ketika itu telah membayangkan kami sedang menaiki sebuah kereta baru. *yang ni confirm triple poyo*.


Setelah suami saya balik daripada mengambil hadiah, saya sekali lagi terkejut kerana sebenarnya kami hanya memenangi tudung sebagai hadiah! Saya ketawa berjemaah bersama suami memandangkan angan-angan kami telah mengatasi angan-angan Mat Jenin *ko kalo berangan over kan*.  


Inilah dia 2 helai tudung Harleen's by Euro Moda & Gulati's yang telah kami menangi. Walaupun hanya tudung, tetapi  saya berasa amat gembira kerana kami adalah antara golongan yang 'bertuah'.


Dan kami suami isteri hidup bahagia selama-lamanya. Tamat.  







Komen pemeriksa :
Bahasa yang digunakan amat teratur dan menepati kehendak soalan. Gred keseluruhan : A+.

*Ha ha ha..meroyan seorang-seorang nak ambik exam dan jawab soalan exam. Rindunya nak jawab exam especially exam dalam bahasa Melayu. Haruskah daku menjadi student semula di kala baju tak berlipat ada di atas katil, di atas sofa serta baju sudah berbasuh tak sempat disidai dalam mesin basuh dan anak menangis minta susu? ngeeeee*


22 comments:

Bionic women said...

hahaha..ujian percubaan UPSR minggu depan yea kak..hahahha

***poyo tu bukan bahasa peperiksaan yea..sila potong markah..bila double poyo, potong souble markah..hahha
komen pemeriksa kedua:
camner dia ni leh dapat A ni..
mesti pemeriksa pertama ni baca sambil tgk dejavu di kinabalu..hahhaa

Okeh ler tu, bertuah ler jugak dari mereka-mereka yg tidak bertuah..

Amin Hafizy said...

best dapat barang free... kecik2 dulu,lengkali cuba lagi...

eelobor said...

hahahaha.... dari mula sampai akhir... tergelak jer baca entri nih. kelakar betul lah korang kan? mesti happy jer.....

Eliss said...

alahai, comel :p

tudung pun comel :p

double comel disitu ;p

Qhaifa Nur said...

kiranya hari tu hari yang sangat bertuah, cantik.....

Hanis MY said...

Akak ee tak aci sendiri tulis sendiri check of cozla dpt a+ hihi lawak hokay. Apapun tahniah kak! Cntik la tudung tu boleh pakai raya nanti

ct rahani said...

karangan nih layak dapat A.. hahaha..

tahniah sis.. sonok apa dpt tudung freekan.. :)

Ardini Humaira said...

leh wat raya tudung comey tu :D

Anamarza said...

Tahniah amie, kira bertuah la dari org yg tak pernah dpt cabutan bertuah kan hihi

Fiza Rahman said...

Entry ko menceriakan petang ku. Lawak hokey...aku asik gelak jer.

Tahniah lah yer even dpt tudung.

* Hehehe...sama mcm aku. Baju dah setinggi gunung kinabalu masih blom sempat lipat. Baju dlm mesin basuh pon kekadang tak sempat nak sidai.

Saya Disini said...

wah..bestnye.tahniah

mekchu said...

lorrr... patut pun bahasa skema.. siap pada suatu hari tu yg tak tahan,.. hihihi..

berbaloi2 lah shopping kat sana.. beli kain dpt tudung.. sukeee suke..

GREENJADE said...

hahaha baca intro aje dah nak gelak luas2..mmg tiptop bahsa jiwa bangsa sis ni...hihihihi

alehai..punah sudah angan2 berkereta baru kan sis..tp tudung pun ok ape...dpt bertudung raya baharu begitu..hehehe

Sharinginfoz said...

tudung pun ok le kan dapat hadiah

a.samad jaafar said...

hahahaha.. inilah entry paling poyo utk tahun ini.. nak sambung gelak... hahahhaha...

Cho Zila said...

baguih... baguih A+++....
akak ingat tadi dapat cokelatjer yerk.. okler tudung... bertuah dah tu...
lama tak shopping kain kat gulati's betoiler..... kalau gi gulati's mesti makan kat insaf.. alamak esok dah puasa...

Kazman / Sue said...

wah... dapat tudung yee.... cantik tuu...

Selamat menjalani ibdah puasa dari kami sekeluarga....
Maafkan salah silap kami.....

jemarioren / ciknor said...

taknak hadiah tu bak sini :p

mmm..karangan yang sedang meningkat maju

LYAfrina said...

hehe..rezeki utk raya tu..

mmg la..kalo shopping last minute..nnti mkin sesak kan

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak yg tanda pun tak lulus juga Amie sebab ada campuran bahasa inggeris dalam ayat yg dibina hihi...

Jaga hero dan anak dara comel tu lagi best.. dapat tudung free pun best juga. Kakak tak pernah dapat tuah-tuah nie Amie.

dwatyKNY said...

ok la tu,...saya ni jarg bertuahnya... hehehe


salam ramadhan dan salam perkenalan...

Unknown said...

karangan ni memang boleh dpt A++++ :)
kelakar!