"Sayam.." *cium pipi adik sambil tinggalkan air liur/nasi/roti dan sebagainya*
Abang long yang tak boleh sebut "ang".
Abam (read : abang), Semayam (read : sembahyang) lonkam (read : longkang)
sayam (read : sayang).
Pelat yang pekat.
Rasa macam dah lama tak bercerita tentang teruna saya seorang ni.
Ahmad Raif Idlan - hampir 2 tahun 6 bulan.
Semakin bijak - bijak buat kelakar - bijak mengamuk - bijak meniru - bijak menyanyi - bijak mengaji - bijak mengambil hati - bijak main kompang <----- segala benda nak di kompangkan, badan mak bapak dia pun bolehhh..
Bijak mengambil hati?
Mengamuk sakan bila kita tak bagi barang yang dia nakkan sangat.
Dah puas mengamuk - mama serender - hulur barang - dia akan ucap "Acih" (read : terima kasih) tanpa rasa bersalah..hehe
Adoi, manala tak blood goes upstairs gini! hehe
Obses bola dan kereta, lori ambulance dan seangkatan dengannya.
Yang menjerit "jollllll!!!!" (read : gollll) sambil baring di lantai - tiru siapa la agaknya?
Masa birthday Abam Ahmad yang ke 2, kami laki bini beria buat tema "Harimau Malaya"
Obsesi terbaru adalah train.
Train choo...chooo...yang akan lalu atas kaki, tangan, kepala kita tiba-tiba. Banyak dapat hadiah train masa 2nd birthday haritu. |
Mulut pot pet pot pet - taktau apa butir.
Yang pasti vocab nya semakin hari semakin banyak."Mama...nak yob"
Mama tak faham apa la benda "yob" tu.
Ahmad mengamuk sebab mama tak faham apa dia nak.
Dah berapa hari dia mengamuk nak "yob"
Babah kata " Dia orang Perak memang orang panggil yob"
Satu hari dia nak "yob". Dia berlari ke dapur rumah opah.
Tiba-tiba gembira sakan.
Nampak kain buruk opah sidai tepi sinki..
Rupa-rupanya "yob" tu KAIN BURUK nak lap kete dia!! haha
Setiap hari ada sahaja aksi yang buat saya geram.
Dan gelak dengan Incik Suami.
Ada masa kami rakam aksi nya - untuk dia tengok masa depan nanti..
Moga Ahmad Raif membesar sihat, bijak dan jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat...
19 comments:
hehe mesti dia malu tengok ragam dia masa kecik nanti :D
seronok tengok perkembangan anak kan... nak2x bab dia cakap pelat... kita yg macam terikut la pulak...
Tapi walaupun dia lelaki dia sayang adik itu yg bagus Amie.. kakak teringin tengok dia baring sebelah-menyebelah... bandingkan muka dia ada iras tak?
kalau umur 2-3 tahun ni memang dh boleh nmpak pkembangan diorang kan..makin bijak!
yob??? hehehhee...
ada je bahasa budak kecik ni kan.. kekadang jenuh nak paham apa dia nak...
laaaa..kain buruk ke? ahahhaa..mmgkelakar la abam ahmad ni.
Abam yg comel! Alahai...seksa mama nak fhm. Eh, tp Aydin pun mcm tu. Klu kite tak phm ape die ckp, mulelah t nak ngamuk. Heheheheh....
Abam yg encem. Syg abam kat adik yer.
Anak dara aku tu plak tak syg adik. Bila di tye cpt2 geleng kepala. Masih dlm fasa cemburu lagi gamaknya...hehehehe...
Memang geram tgk ragam anak hari². Geram tapi sayang ☺☺
umur pun sebaya aeish...
pelat mesti ada hanya mama dia yang faham, tak faham buat tahu udah....
kejap aja dah besar...
sejuk pandangan mata bila tengok wajah kanak2.. :)
my nuha tak pelat tapi hr tu tepengaruh dengan kwn2 taska dia yang pelat. bila kena marah 2-3 kali, terus tak ckp pelat dah :p
gitu yerk yob mana dia nak ingatkan... anak2 akak tak pelat tapi ngada2tu derler...
comeljer diakan...
kalau tak pelat..bukan budak namanya.comeljer..
nampak makin bulat muka ahmad :)
bijak semuanya......
yob tu kain buruk rupanya...jenuh aku fikir...haha...
yg penting anak ko ni comel dan keletah...aku geramm!!
amin.. bijak abg ahmad.. anak sy yg first pun pelat jugak.. tp semakin besar semakin kurang pelatnya.. budak2 macam tu kot.. :)
nanti bila diorang dah besar mesti rindu gile dengan perangai comel diorang sekarang ni
eh sama la nama anak kita... Idlan.. hehehe
Post a Comment