Wednesday, December 14, 2011

Baru Teringat Ada Blog Rupanya Aku ni..heh

Punyalah lama tak update blog.
Dekat 2 minggu tu tak update.
Saya masih ok. Perut suami saya nampak ok.
Ahmad lagilah tersangat ok.
Cuma sibuk atau purak-purak sibuk tak tentu hala.


Heran juga ke manakah menghilangnya 24-jam saya..
Musykil..musykil




Minggu lepas kami di Johor Bahru sebab saya ada kursus 2 hari.
Hari Jumaat dengan Sabtu.
Kami - merujuk kepada kami laki bini dan sorang budak kecik.
Seperti biasa, angkatan mak timah 'kami' haruslah dibawa sama ye tuan puan.


Badan sikit punya penat menghadap seminar sehari suntuk, macamlah saya budak katering yang kena cuci pinggan.
Padahal saya adalah tukang makan merangkap tukang menghabiskan makanan je.
*macam sama tapi tak serupa*
Lepas mendengar talk dengan penuh khusyuk dan tawaddu', memang sesuai carik teh tarik. pergh



Kami bermalam satu malam kat Hotel Grand Paragon.
Sebab dekat dengan ofis di Johor Bahru tu.
Booked melalui agoda.com.





 
Pemandangan pagi Johor Bahru *sebelah mana tak dapat dipastikan*
Dari tingkat 13 Hotel Grand Paragon.

Lepas seminar ada makan-makan bagi pengubat hati yang lara. ehe
Dinner bersama Dato' di Kai Xuan Chinese Restaurant, Hotel Puteri Pacific.






Gondol habis ikan siakap ni. Kesian.


Brocolli and beancurd and golden mushroom.





Nasik goreng Cina.
Desert - longan dengan kelapa laut.


Memandangkan tekak tuan tanah adalah berbangsa Melayu, rating makanan tidak dapat diberikan sebab tak dapat dipastikan.. ehe

Gambar budak botak tengah menikmati breakfast.

Sekejap je dah nak masuk tahun baru ye.
Minggu depan cuti Krismas budak kecik ni dah nak masuk 2 tahun dah.
Tapi mak bapak dia tak prepare apa-apa pun untuk birthday dia.
Ermm.. 

8 comments:

Fiza Rahman said...

Ingatkan dah tak nak update.

Ahmad dah botak ☺☺

amirah said...

weh,..agak2 ler..hahaha..

Unknown said...

geng sebotak hadif hehe. sedapnya makan2an itu!! chinese set eh ami?

Anamarza said...

Rindu la celoteh amie...

ayukhairy said...

hehe..rindu gak pada ami...hehe

a.samad jaafar said...

agaknya, oghang tempat kita mmg kuat meghapu yak hihihi..

jgn berhenti berblog.. nanti aku sedih sape nok mujuknye hahahaa..

Sharinginfoz said...

memang sedapnya makan

Kakzakie Purvit said...

Sekejap rasa masa berlalu kan Amie.. Ahamda pun dah nak masuk 2 tahun.. tahun depan dapat adik... baguslah. Eh...pls do something for Ahamd's birthday. Dah tu masukkan N3 dapatlah kakak tengok sama:)