Wednesday, September 21, 2011

Hantu Bonceng



 
Semalam boring punya pasal, sempat juga la melayan filem Hantu Bonceng ni kat youtube sementara boleh tengok lagi ni. Sungguh saya agak buta IT. Jadi kerja-kerja mencari dan mengupload serta mengdistribute link adalah tanggungjawab adik junior sebelah - yang belum dapat surat confirmation lepas habis probation period. Saya pesan pada dia, "watch at your own risk". heh.


Bila habis je tengok, perasaan adalah macam "mujur aku tengok free" sebab ada la juga niat nak nengok kat Astro First. Honestly, rating saya untuk filem ni cuma 3 bintang je kut. Tak boleh nak celen Hantu Kak Limah Balik Rumah kut sebab rupa "hantu" Kak Limah dalam HKLBR tu tetap seram walaupun dah tau dia punya ending camne..heh


Tapi hantu dalam Hantu Bonceng (lakonan Julianna Evans) ni lawa jugakla. Jadi kebarangkalian untuk pergi tandas sensorang waktu malam lepas tengok Hantu Bonceng adalah tinggi. Masa nengok HKLBR dulu siap kejut Incik Somi lagi suh teman walaupun tandas sekentut je pun. Mengade okeh. hehe


Tolak tepi isu-isu kontroversi tu macam unsur-unsur bertentangan dengan agama Islam, banyak juga part-part yang kelaka dalam filem ni dan agak kiut jugakla bila Eizlan Yusof jadik tok bomoh. heh. Pastu kalau tak masukkan scene macam si Nyet (Kunyit) nak bunuh diri sebab gegirl dia dah tau dia Mat Rempit pun takpe kut. Takde efek pun. Tapi kan, tapi kan, tetap ada pengajaran dan teladan baik dalam filem ni yang kita boleh ambik.  


Mungkin filem ni ada isu kontroversi yang menaikkan kutipan kat pawagam dia, sebab menengokkan jalan cerita dengan lakonan adalah biasa-biasa aje bagi pendapat saya la. Rasanya kalau Zizan berlakon dengan Johan baru best. Macam masa dorang hoskan Raja Lawak. Tapi mungkin orang lain ada pendapat lain kut untuk filem ni.   


Kesimpulannya, saya telah makan gaji buta selama sejam 25 minit semalam. Tapi hari ini saya sudah insaf dan akan MMZDB dengan bos masa jamuan raya opis nanti. : P

13 comments:

sahromnasrudin said...

bg saya citer nie taraf drama je tp sebab la nie genre komedi seram tgh hot..maka lakulah dia huhuhhhhh

Kakzakie Purvit said...

Kakak tak tengok lagi. Tapi publisiti bukan main dan ditambah dah hot isu menghina Islam sekarang mesti tambahlah rating dia....

wahida said...

aku dah tgk...tapi pada aku tak lawak mana...betul ckp ko...aku lagi suka ngan lawak hantu kak limah tu...setakat ni takde filem genre komedi seram yg boleh lawan HKLBR...

p/s: aku kurang suka Zizan...lawak lagi Johan aku rasa...

Anamarza said...

akak setuju, HKLBR lagi best sbb tu anak akak boleh ulang tgk HKLBR sampai berpuluh kali pun tak boring..siap hafal dialog lagi hahaha

bujal X said...

tak best pun~~biasa je~~keh keh~

Fiza Rahman said...

Tak tgk lagi citer ni. Tunggu kluar kat tv jer lah...hehehehehe...

ayukhairy said...

tak berani tgk cerita hantu sewaktu denganya...hehe

Hanis MY said...

kak amirah peminat tegar citer antu ke? lum tgk lg ni..wuwuwu...3 bintang aje eh takmo tgk la hik2...

Daddylicious said...

oh ye ke...kurang best....

Sharinginfoz said...

hit betul citer ni

Qhaifa Nur said...

dengar kata citer tu best sangat..

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

a.samad jaafar said...

nanti saya buat citer hantu tetek..amacam ? boleh ??? hihihi...

velasrizal said...

mmg tak best sgt pn hantu bonceng ni.. klo bkn sbb zizan org tak tgk nye