Tuesday, August 02, 2011

Cerita 1 Ramadhan Saya..


Minggu lepas balik Kuala Kangsar, maklumlah Melaka cuti awal Ramadhan semalam.
Tapi kami bertolak balik awal.
Tak sempat berbuka dengan mak. Sempat bersahur je.
Sedihnya mak masa kami nak bertolak..
Yelah, yang paling jauh. Sedih hati dia...
Tapi nak buat macamana.... : (


On the way, sempat singgah di RnR Tapah Highway PLUS menghala Selatan.
Incik Husband saya belikan buah, ketupat palas dengan lemang.
Siap dengan rendang sekali.
Feel nak beraya awal la tu..


Tapi kami singgah di rumah kakak saya di KL.
Nak pergi Ampang boleh pulak tersesat sampai ke Convent Bukit Nanas.
Nasib baik memori zaman muda masih berfungsi, jumpa juga Jalan Ampang kat mana...


Semalam KL sesak macam biasa.
Kesian pada semua warga KL bersesak-sesak nak balik rumah berbuka dengan famili.
Tambah lagi yang kena naik bas. Berdiri pulak tu.
Dulu dah pernah rasa dah pengalaman menggigil lutut kena berdiri dalam bas waktu bulan pose..perghh..
Pitam kat Jalan TAR masa bulan pose pun pernah..hehe.


Sampai Melaka pukul 10.30 malam, terus hanyut ko..!
Tak sempat nak tengok drama bulan pose *tak insaf nak mengaji ke hape..hehe*
Pukul 3 pagi bangun kejutkan Incik Husband, kepala pusing sangat..
Ni la penangan pulut sebab berbuka dengan ketupat palas dengan lemang..
Moralnya, tak boleh berbuka puasa dengan pulut!


Semalam tengok orang pakai telekung pergi surau ramai-ramai.
Rasa macam bestnya kalau dapat pergi masjid solat terawih.
Tahun lepas tak dapat pergi sebab Ahmad kecik lagi.
Harap tahun ni kalau tak dapat solat terawih sekali, duduk kat belakang ambik feel/bau pun jadikla..
Kalau nak dibiarkan je Ahmad sorang-sorang takut ada yang melatah time solat sebab ada budak kecik masuk telekung!!



18 comments:

Anamarza said...

amie akak pun dah lama tak solat terawih kat masjid, biasa buat kat rumah je sorang2

Fitri Senin said...

Mira..kita pn xg masjid. Raif kita bkn msk telekung org je. Kang dia yg dok berlari2 dlm tu.

Lady of Leisure said...

hehehe comelnya tetiba ada budak comel masuk bawah telekung :D

a.samad jaafar said...

saya pun balik kampung jugak amirah..hihihi..

kalau ada anak kecik sebaiknya tinggalkan di rumah saje.. mcm2 boleh berlaku..paling cuba nak dielakkan ialah, bimbang mengganggu jemaah yg lain.. errr.. tapi anak mike berapa tahun umurnye ye..

velasrizal said...

uih bahaya tu bdk kecik masuk telekung.. meloncat jemaah

Jemarioren said...

tu le pasal. kalo ada kesedaran ok le. tapi yg tak bestnya dalam masjid tu huwaa sana, huwaa sini, suara jerit ketawa budak kecik tu, kan mengganggu jemaah namanya tu

ayu said...

sama la ami..sejak ada anak2 ni, buat kat rumah je.belum lagi nak ke surau, takut menganggu jemaah yg lain..

sahromnasrudin said...

takpe, awak leh terawih kt uma cume feelnya tak sama dengan terwaih kat surau / masjid kan...

kucingorengemok said...

cer try- hari pertama terawih 2 rakaat kat mesjid, lagi 6 sambung kat rumah (supaya ahmad tak bosan tunggu), hari kedua 4 rakaat, dan seterusnya sampai dia ok duduk sorang² cukup 8 rakaat...

tapi kat rumah lebih afdhal untuk perempuan kan sebenarnya

amirah said...

kak ana : amie pun sama. dh 2 tahun tak pegi..

amirah said...

fitri : tu ler...takut ahmad pun mcam tu jugak..memula je sopan pastu karang berlari sini sana

amirah said...

lady : takut opah yang terkejut.. :P

amirah said...

yob samad : anak kite baru umor setahun 7 bulan, tgh sibok nak berlari sini sana..bahaya nak membawaknya

amirah said...

velasrizal : hehe..dulu selalu jugak tengok..

amirah said...

JO : selalunya masjid riuh rendah dengan suara budak sampai ada pengumuman suruh mak ayah dia kontrol sket

amirah said...

ayu : yela, sama la kita..amie ni dah 2 tahun tak pegi..

amirah said...

bro sahrom : iye, feel nya yang tak sama..

amirah said...

KOG : bagus gak cadangan tu kan..tp bila balik rumah karang takut drama lain yg dia buat..langsung tak tersambung dah..