Monday, July 18, 2011

Tips Tambahan Sewakan Rumah..


Berhati-hati semasa nak menyewakan rumah kita pada warganegara asing.
Tips tambahan - Perlu pastikan penyewa warga asing yang nak menyewa rumah kita ada permit masuk yang sah atau paspot yang masih sah.
Juga dan tidak berada di Malaysia lebih daripada tempoh yang dibenarkan.


Sebab ada yang minta nasihat lepas saudaranya kena penjara sebab sewakan rumah pada warga asing.
Semasa rumah tu disewakan, permit penyewa masih sah tapi tamat tempoh dalam masa tempoh penyewaan.


Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen

Dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan Akta.
Hukuman:
Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000. Sekiranya lebih daripada 5 orang boleh dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.

Seksyen 55E Akta Imigresen
Mana-mana orang yang membenarkan mana-mana Pendatang Tanpa Izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis yang ianya mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut.

Hukuman:
Denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap Pendatang Tanpa Izin. Bagi kesalahan kedua, denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Selamat hari Isnin semua. Rajin-rajinkan diri di hari Isnin demi mencari rezeki yang halal...  : P

13 comments:

Anamarza said...

Good info amie, ada je yang terlepas pandang hal ni sbb tak tahu undang2 kan

Wan Anie said...

kalu camni xyah sewakan terus dgn warga asing :)

Sharinginfoz said...

bagus info ni untuk yang nak menyewa

wahida said...

nasib baik aku takde umah sewa yg nak disewakan...ahaks!!

amirah said...

kak ana : kdng2 tak perasan atau terlupa pun ada gak..

amirah said...

kak wan : iyela..tp kdng2 ada jugak student yg nak menyewa..

amirah said...

bro nik : aah...kesian pada sedara kawan tu..sebab dia tak perasan permit penyewa tu dah nak mati..

amirah said...

wida : huhuhu..iyela tu..

eelobor said...

sekarang pun masih dok menyewa. nak cari umah sendiri pun masih dok melilau2 lagi nih

Bionic women said...

rumah sendiri pun blum ada, xleh ler nak bagi sewa..hahhaha

Anonymous said...

aku ada sewakan rumah kat org iran...tiptop...selalu sewa byr advance 3 bulan...suka3...sbb sblm tu penah sewa kat pompuan melayu yg mula2 mcm confiden boleh byr sbb rumah ni semifurnish...so sewa pun bole tahan tinggi gak...last2 3 bulan x byr...bg alasan mcm2...last2 suh dia keluar...dgn langsir2 sekali dia rembat...sofa kasi patah...eee...geram...tp yg iran ni aku x de plak cek2 paspot or permit bagai...tp kalau ape jadik...aku cari hang ye mie...hehehe

ayukhairy said...

bagusnya info ni ami...thanks for sharing..

Fiza Rahman said...

Lor...aku tak perasan entry nih. Thanks for sharing. Aku baru tau.